aku ingin berkongsi pendapat bersama teman2
adakah kalian pernah terfikir
perjalanan hidup kalian adalah yang telah ditetapkan
aku mula berfikir semenjak berdiskusi dengan abangku
semasa pulang berhari raya yang lepas
banyak topik yang dikupas
antaranya rahsia tarikh lahir yang telah dihadiri
memang menarik dan membuatku mula aktif berfikir
menelaah setiap buku2 motivasi kendiri
persoalan dalam diskusi tersebut
adakah kerjaya aku sekarang merupakan kerjaya yang telah ditakdirkan untukku
sejak dibangku sekolah aku tidak mempunyai banyak masalah dalam pembelajaran
walaupun tidak cemerlang seperti tokoh2 pelajar yang dinobatkan setiap tahun
tapi aku masih boleh meneruskan perjalanan akademik aku ke peringkat degree
seterusnya aku menjadi seorang pendidik
sebelum ni aku amat kecewa kerna permohonan untuk masuk ke SMKA ditolak
aku membawa diri ke aliran teknik
dan aku ditempatkan di SMT Kuala Selangor
seterusnya aku melanjutkan pelajaran ni Kolej Matrikulasi Johor
dan berjaya menamatkannya dalam masa yang telah ditetapkan selama setahun
aku berjaya pula sambung degree dalam Pendidikan Mekanikal di UTM
walaupun membuatku sesak untuk bernafas tika itu
aku berjaya juga konvo bersama teman2 seangkatan
sementelah itu
sebelum aku di tempatkan bagi guru tetap di SMYP
aku bekerja sebagai GSTT di SMKepong Baru
walaupun sempat bersama 3bulan
aku tidak sukar untuk mencari pekerjaan
sekarang aku bekerja tetap di SMYP setakat ini
persoalannya....!!
sejak dari dulu hingga sekarang
perjalanan hidup aku tidak sukar dan lancar
tidak seperti graduan2 yang tidak mempunya kerjaya
adakah kerjaya yang aku pilih ini memang kerjaya yang telah ditetapkan untukku
walaupun dahulu aku berkeinginan mengikuti kursus dalam bidang
Mechanical Engineering
tidak rugi memilikinya
dalam pembongkaran rahsia tarikh lahir oleh pakar2
guru adalah kerjaya kedua yang tepat
dan yang pertama adalah engineering
memang tak salah
ku ulangi kembali
aku mengambil kursus degree in tech and edu (mecha)
guru ada, engineering pun ada
ermmm....
KALIAN BAGAIMANA...??
~~merungkai setiap persoalan~~
cikgumizi: trimas buat abangku yang telah membuka mindaku untuk berfikir
No comments:
Post a Comment