Followers

Tuesday, March 30, 2010

Habis Madu Beli Yang Baru

Entry ni sepatutnya aku post ahad yang lepas,
sewaktu masih hangat lagi memory aku
akan tetapi di sebabkan kepenatan dan juga kerja yang membukit
ku ketepikan dulu blog ini
maafkan aku "Selamat P@gi Cikgu"

weekend yang lepas yakni 27hb dan 28 hb Mac 2010
aku telah merayap ke mersing bagi mencari ketenangan
ketenangan jiwa yang sangat2 aku perlukan dikala ini
~ketawa~

tempat2 yang sempat kulawati di mersing
seperti Pantai X, Pantai C, Pantai V
sebenarnya aku lupa akan nama pantai2 tersebut
jangan marah
~ketawa mengilai~

penat merantau di sana
teringin untuk membina rumah tanpa tangga
di usap angin laut yang manja dan ayu pandangannya
tenang jiwaku sehingga terlupa akan segala beban kerja












aku bermalam dirumah rakan sejawat ku Cikgu Sam
opss.. maaf.. "Cikgu Syam" nama yang diminta untuk dipanggil
walaupun aku tidak tahu dari mana datangnya huruf "y" itu.
~ketawa terkekek~

bila ada masa terluang ingin ku merantau lagi di mersing
akan ku jelajahi pelosok daerah Mersing untuk mencari madunya
bukan habis madu sepah dibuang ya

24H diriku berada di Mersing
umpama sejam di fantasi mindaku
singkat sungguh masa berlari


status: kepenatan kerna petang tadi ada mesyuarat PK di SK Peserai, wakil penyelaras


Wednesday, March 24, 2010

Boling @ Summit Parade

Hari ni hari Rabu bersamaan dengan 24hb Mac 2010
Pendidikan Khas(disebut:PK) SMYP telah mengadakan latihan bowling bersempena dengan tournament yang akan diadakan pada akhir bulan ni
latihan ini bertujuan untuk memilih bakal atlit dan juga wakil bagi sekolah
wakil sekolah la kiranya

aku sebagai guru yang bertanggungjawab yang belum di tauliah kan lagi dilantik sekali lagi sebagai pengurus pasukan bowling (gila kuasa: cita2 mahu jadi penyelaras PK).
~ketawa~

bertolak dari YP dengan menaiki bas bertujuan untuk mengajar mereka ini menggunakan perkhidmatan awam
segalanya beres tanpa ada sebarang kecelakaan jalan raya dan juga musibah sepanjang perjalanan
sesampai sahaja disana
tujuan utama ke pusat bowling
dengan pantas dan juga excited gile (aku je yang excited actually)
aku mendaftarkan nama mereka2 ini



dengan kecekapan dan juga ketererran aku aku menunjukkan segala skill yang ada bertujuan untuk mengajar (berlagak) pelajar.
dengan ketunjukajaran aku kepada mereka yang kurang ajar ini maka berjaya memimpin mereka membuat strike
finally, result akhir (macam SPM lak) menunjukkan point yang tertinggi ialah 139 dan tak lain tak bukan mestilah aku yang menang.
~ketawa kegirangan~




more action

pelbagai aksi pelajar sempat kurakam
ada yang menggelikan hati
dan ade juga yang terbahak2 dibuatnya
apa yang penting memang seronok dan enjoy kelas hari ini

lunch kami memilih Pizza hut sebagai juadah
aku masa umur 22 tahun baru 1st time makan pizza
mereka ni kira beruntung
dan belanja untuk hari ini ialah bowling=rm120, pizza=467
kopak duit aku walaupun gaji tak masuk lagi
(tolong bayar je sebenarnya, guna duit tabung PK)
~happy.. lalalalaaa..~~~


status: happy sesangat hari ni, macam malas nak ngajar esok

Tuesday, March 23, 2010

Teringin Kembali Ke Masa Lalu

malam ni aku dinner dengan kueh teow goreng pasar malam
kalau dah namanya pasar malam rasanya pun cam pasar malam la kan
kerana kengidaman ku beli jua

semasa berjalan-jalan di pasar malam yang terletak hampir 500m dari rumah yang kusewa
terkenang daku semasa bergelar mahasiswa di UTM
jika dulu aku sentiasa ditemani oleh seseorang yang setia bersamaku
tapi kini aku keseorangan
terasa sepi berjalan dipasar malam
teringat juadah feveret yang dibeli dulu
kueh teow goreng+rangka ayam+kopok lekor
teringin kembali ke masa lalu





pasar malam disini tidak semeriah di pasar malam mutiara rini 2
kebanyakkan peniaga adalah bangsa cina
bermakna tidak boleh beli sewenang-wenangnya
mencari disudut2 terpencil barulah terjumpa peniaga melayu
teringin kembali ke masa lalu

jika dulu selepas ke pasar malam
aku akan singgah di meranti atau tempat yang indah sambil di temani si dia
bertukar2 makanan, sakat-menyakat, berhiobur semasa menjamah
tapi kini aku terus pulang kerumah untuk menjamah tanpa menyaksikan permandangan indah
tanpa gurau senda dan gelak tawanya
jika dulu masa 30 minit bersama si dia terasa seperti seminit
tapi kini 30 minit keseorangan seperti seharian
pantas sungguh masa berlalu
teringin kembali ke masa lalu

~merindui si dia, rindu akan kenangan bersama~


status: hati terusik, tersentuh dan kerinduan

Monday, March 22, 2010

aku bersumpah..


"dengan ini saya cikgumizi dihadapan blog saya bersumpah tidak akan menaiki bas itu lagi..."

24hours before....

masa yang tertera dalam tiket yang kubeli pada hari jumaat bersamaan dengan 19 mac 2010 adalah pada pukul 3.30 pm. dengan hati yang sayu untuk meninggalkan kolumpo dan juga menempuh hari persekolahan (bekerja), aku melangkah terus ke platform 15 seperti yang ditetapkan.

30 minutes later...
aku: bang, mana bas ke yong peng, tiket pukul 3.30pm..
bang: bas belum masuk lagi, jalan jem..
aku: orite..

1 hour later..
aku: bang, mana bas ke yong peng, tiket pukul 3.30pm..
bang: rilex, bas belum masuk lagi, jalan jem..
aku: orite, sabar kan sebahagian dari iman kan bang..
bang: orite..

2 hours later..
aku: abang~~ mana bas ke yong peng, hati saya dah membara ni...
bang: bas depan, super rice...
aku: orite, tima kasih abang~~

pukul 5.30 baru bas tu gerak, lega hatiku.. tetapi kelegaan aku tidak lama kerna bas itu adalah bas lompat-lompat, destinasi pertama adalah seremban.. adoyaii.. betapa sakitnya hatiku ini, aku diperkotak katikkan.. disebabkan sakit hati, aku tak dapat nak teruskan menaip.. wokei, babai.. adioz~~

status: mata kuyu, mencari lagu kanak-kanak untuk kelas muzik esok hari

Holiday Story

Holiday kali ni banyak kenduri kahwin di adakan, peluang untuk mengelat adalah tipis disebabkan aku terpaksa untuk membantu rewang untuk kenduri sepupuku di kampung, sungguh memenatkan walaupun aku ditugaskan untuk mencuci pinggan dan cawan.
~~patah pinggan pakcik~~

ermmm..~~~~~
finally, aku telah memiliki komputer riba aku sendiri dengan menggunakan duit gaji aku selama 2 bulan. penat lelahku bekerja dikeringkan dengan sekelip mata. walaubagaimanapun, aku berpuas hati walaupun tidak setanding komputer riba yang dimiliki oleh Bill Gate.

Acer 4740 dengan teras i5, 320G HDD, 1GB RAM dengan harga rm2199.
aku beli beliau di Low Yat Plaza setelah beberapa jam tawaf di situ (10 minit jer tawaf).


sebelum aku bpulang ke yong peng, hatiku telah terpikat dengan beg berjenama unta(dibaca: camel). dalam fikiranku boleh la bawak pergi camping or travel mana2. tup2.. harga yang tertera rm250 diskaun 20%=rm200. terus aku sambar walaupun berat hati untuk melepaskan duit ke tangan cashier jusco.
~ketawa~


total aku kehilangan duit sepanjang holiday ni = rm3k , termasuklah duit yang kuberikan kepada emakku.next month gaji aku kena berjimat, target aku nak main tikam (dibaca:sijil simpanan premium) di BSN. mana a tau kalau2 dapat BMW sebijik.
~ketawa~


status: kengantukan disebabkan 4x melawat sambil belajar ke toilet disebabkan makan salah (dibaca:salah makan). gambar akan di upload kemudian.

Tuesday, March 9, 2010

Sukan Pendidikan Khas Peringkat BP 2010

Date: 4 March 2010
Venue: SMK Dato' Onn

masa dan bertempat yang telah dijelaskan diatas, telah berlangsungnya sukan antara benua Batu Pahat. keadaan yang panas terik telah meng"sunburn"kan diriku walaupun tiada bezanya pun diantara diriku yang sunburn dan yang tidak sunburn.
~no comment and don't comment~

sebagai pengurus pasukan mesti lah aku ditugaskan selaku pengurus. pada mulanya agak kepeningan lalat jugak la nak menghandlekan budak-budak ni di sebabkan kecelaruan pengurusan pihak penganjur. dengan kesabaran dan sepapan paracetamol sebagai persediaan, aku teruskan juga tugas sebagai pengurus (ibarat carlo ancelotti:chelsea)


more action

setiap pertandingan mestilah ada yang menang dan kalah, walaubagaimanapun pasukan aku tidak lah kecundang diperingkat awal. kebanyakkan nya terkandas diperingkat akhir dan separuh akhir (peserta tak ramai, start acara terus separuh akhir)
~ketawa~

pencapaian bagi tahun ini, aku selaku pengurus pasukan dan jurulatih yang tidak terlatih merasa berbangga dengan mengutip 3 emas,1 perak, 6 gangsa dan jaguh olahragawati.
satu pencapaian yang bagus dan perlu dipertingkatkan.

Aku berazam selaku jurulatih dan juga pengurus walaupun belum dilantik secara rasmi, berazam akan memenangi banyak lagi acara di tahun depan di Beijing
~ketawa~
kihkihkih


cikgumizi: terpaksa membelanjakan duit untuk membeli krim pencerah


Ziarah CNY

aku rasa belum terlambat lagi nak berkongsi pengalaman semasa pergi beraya ke rumah para pelajar ku yang berbangsa cina semasa CNY
3 hari yang best kerna tidak perlu buat lesson plan kerna tidak perlu mengajar
hanya makan angin
~ketawa~


more action

kadang-kadang mereka ni membuat diriku tertawa
kadang-kadang mereka ni membuat diriku marah
kadang-kadang aku merasakan diriku cukup bertuah
dilahirkan sempurna berbanding mereka yang kurang bernasib baik
~bersyukur~

aktiviti ini merapatkan hubungan antara para pelajar dan juga guru dengan ibubapa
bukan hanya makan angin
sambil tu lihat lah gaya kehidupan mereka
kaji dan selidik sedalam yang mungkin akan kehidupan mereka
barulah dapat memahami kehendak dan juga masalah
bukan keputusan akademik semata-mata

kami merasa enjoy dan puas setelah 3 hari suntuk melaksanakan program ini dengan bermacam-macam ragam dan gelagat yang memikat
~ketawa.suka hati~

cikgumizi: peristiwa yang hampir sebulan berlalu