Followers

Thursday, December 30, 2010

3 Kunci


cikgumizi kembali
sudah sekian lama menyepi
kini kembali menconteng2 disini

aku rasa belum terlambat mengucapkan tahniah
kepada pemain2 Malaysia yang telah dinobatkan sebagai juara 
bagi Piala Suzuki di Indonesia
permainan yang cantik dan tidak sia2 aku bersengkang mata didepan TV
dikala tilam memanggil2 menggoda untuk bersama
memang tidak dinafikan Indonesia adalah pasukan yang kuat
dan mungkin tuah tiada dipihak mereka
kerna Hang Tuah sentiasa milik Malaysia
~~haha~~

tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya
musim persekolahan bakal menjelma
ramai muka2 baru mendaftarkan diri pada hari ini
excited bebenar cikgumizi ingin mulakan sesi persekolahan
(yeker..??... hihi..)
huwaa...~~
belum puas cuti
dapat lepak kat KL seminggu jer
xsempat nak menikmati panorama KL yang indah itu
yang penuh dengan hutan2 kenderaan
2 bulan lagi baru dapat berjumpa dengan cuti
ermm...

elaun ikhtisas dan claim mileage SPM sudah diterima
wahh.. leh tahan banyaknya
nampak gayanya
tak lama lagi dapatlah korang dapat merasa nasi minyak cikgumizi
~~kah3~~

tapi mak aku pesan
sebelum menamatkan zaman bujang
seelok2nya perlukan 3 kunci iaitu:
1. kunci kereta

2. kunci rumah
3. kunci kewangan


macam mane ni eq..??
jauh lagi perjalanan nak memiliki ketiga2 kunci tersebut
tapi aku sedang usahakannya
bersusah2 dahulu pendapatan, bersenang2 kemudian
mungkin moto ni sesuai dengan keadaan aku sekarang
caiyok2..~~

cikgumizi: sedang merangka bajet 2011.. hihi..

Saturday, December 18, 2010

Hati Berkecamuk Remuk


aku benci dengan perempuan
serik aku nak bercinta lagi
sudah patah hati 
perempuan membuatkan aku jadi begini
mengkhianati cinta aku
aku dah tak percaya dengan perempuan
pendusta..!!

dulu kau bilang sangat mencintai aku
akulah yang terbaik
akulah yang terhebat
akulah yang selalu dihatinya
tapi itu sekadar ungkapan dibibir
permainan yang menggores emosi dan jiwa
kenapa kau mengkhianati aku..??
KENAPA..!!!??

sedangkan aku mencintai dirimu seikhlasnya
aku sanggup melakukan apa sahaja 
menepati kehendakmu
jika kau menyuruh aku menyeberangi lautan api
pasti aku turuti
aku umpama lembu yang dicucuk hidungnya
kaulah tuan empunya lembu

tapi kini
aku kecewa dengan perempuan
aku mula membenci
jelek melihat golongan itu
aku memilih jalan ni
mungkin ini yang terbaik untuk diriku
tidak perlu berendam air mata
mengenang kecuranganmu keatas diriku
aku ingin bercinta dengan kaum sejenis
lebih tepat lagi
aku ingin jadi gay/homoseksual
itulah suratan hidupku
nyah kau perempuan dari hidupku
"saya gay, saya ok"



mungkin ini peristiwa hitam yang menyebabkan golongan ini terjerumus kekancah gay
berani mati mereka ini mengaku yang dorang gay
upload video tanpa memakai topeng power rangers kat muka dorang
malu mak bapak weh
bertaubatlah segera
sudah lupakah kamu tentang azab yang menimpa pada kaum Nabi Luth a.s
atau sengaja buat2 lupa

kredit to bro mazidul


cikgumizi: apa sudah jadi pada masyarakat sekarang, hilang sifat malu dan berani menegakkan benang yang basah.. mudah2an golongan ini diberi petunjuk supaya bertaubat sebelum terlambat. amin..~~

Friday, December 17, 2010

Hati Berbunga-Bunga


kebosanan melanda diri ini
tiba terpandang tabung duit syiling
dulu berjanji pada diri
"kalau penuh duit tabung tin biskut kering cap jacob ni ,aku nak kahwin" bisik hatiku
begitu semangat aku buat akujanji
walaupun tiada surat perjanjian yang ditandatangani

hati pun berbunga2 nak check isi kandungannya
"berapa ribu agaknya eq..?" 
aku angkat dan goncang2kannya
"mak aii, berat semacam ni. cam tak lama lagi je ni.. kih3.." hati pun kegirangan
hati berdebar2 nak mengumpilnya
pergi dapur ambil pembuka tin

praappp.... !!

bukak pun
check punya check
"ekeleh, sikitnya. musnah harapanku nak kahwin" merudum kesedihan
aku rasa baru 1/5 berisi penuh dengan duit syiling
semua duit syiling tu aku kumpul dari awal tahun ni
kalau setahun banyak gitu
5 tahun diperlukan untuk penuhkan tabung tu
lamanya.. 
~~hihi~~



tiba2 idea jahat datang
"apa kata kau letak tabung ni kat masjid, mesti jemaah masjid yang bermurah hati tolong penuhkan tabung ko ni." bisikan syaitan ditelingaku
"cilakak ko setan, memang dasar setan nak menghasut ke arah kejahatan." makiku kepada syaitan 
terus aku tutup tabung tin aku dan letaknya di tempat yang selamat
aku kena teruskan usaha memenuhkan tabung ni
jika tidak
tak berbini la aku
~~kih3~~

cikgumizi: kebosanan tahap gaban menunggu tamatnya tugasan sebagai pengawas SPM.. argghhh....

Wednesday, December 15, 2010

Pergaduhan Besar


pergaduhan besar melanda diperkarangan taman rumah sewa ku
begini ceritanya....

sedang aku merehatkan minda dengan menonton upin&ipin
aku terdengar bunyi bising diluar
"kejadah pebenda bising2 ni..?" bisikku..
aku pun bergegas keluar
ku amati punca bunyi bising tersebut
"bunyi macam lorong sebelah sana, macam gaduh besar je" ku meneka dalam hati
tiba2..

"errkadsasdjnxijxjxjo...!!" kejar mengejar didepan mataku
sambil meminta tolong dengan bahasa yang tidakku fahami
5 Vs 1
mak aii..
pengecut betul bawa geng
kalau berani 1 vs 1
memang teruk yang 1 tu dikerjakan
sedang mereka berkejaran melalui lorong ditepi rumahku
dengan pantas aku mencapai batu sebesar penumbuk
ku baling si pengejar ni
zaaaasssss....!!
"siot.. nasib baik tak kena, kalau kena memang biol" diriku kegeraman
 "cilakak punya anjing, memekak lak kat sini" aku membebel kesorangan.
boleh pulak bermaharajalela dikawasan ini
siap buat bising lagi
geng mana pun aku tak tau
rasa2nya geng 404 kot..
~~haha~~


esok 10 muharam 
atau hari kesepuluh bulan muharam 
atau lebih dikenali sebagai hari assyura
saja aku ingin berkongsi info dengan korang
~~hihi~~

10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah :

(1)Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
(2)Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
(3)Puasa pada hari ke 10 sahaja.

cikgumizi: renung2kan dan selamat beramal.. 

Monday, December 13, 2010

Mak Nyah Dikejar Polis


tinggal 3 hari lagi
yeayy...!!
hari ini 1st time aku sound calon SPM

tempat kejadian dikelas peperiksaan
waktu kejadian sekitar 4.50 petang
peperiksaan yang sedang berjalan tika itu adalah Pendidikan Seni Visual
masa yang diperuntukan adalah 3jam

alkisahnya begini
semua calon sudah gelisah ditempat duduk
punggung masing2 sudah berbisul
ada yang bersembang
ada yang conteng-menconteng
walaupun tika itu belum tamat peperiksaan
tiba2 terdengar bunyi hentakan kaki yang kuat dikelas sebelah
bukan sekali

tetapi berkali-kali
diwaktu itu kelas itu dijaga oleh pengawas perempuan
dengan muka ketat disebabkan kengantukan tahap cipan
aku masuk ke kelas tersebut

"sape yang hentak2 kaki..?" aku bertanya dengan nada serius

tiba2 seorang calon angkat tangan

"sape yang hentak2 kaki tadi..?" aku mengulangi pertanyaan 

"saya..!" jawab beliau sambil meninggikan lagi tangannya

"awak tau tak kat bawah tu ada peperiksaan..?" sengaja aku menjegilkan mataku

"..................." senyap membisu sambil memandang lantai

aku sengaja memandang keseluruhan kelas
sebagai amaran untuk seisi kelas supaya tidak membuat bising
sunyi seketika kelas itu
melihat keadaan semakin aman
aku beredar ke kelas jagaan aku kembali
(dalam hati aku ketawa terkekek2..kih3..)

Ketua Pengawas pun mengumumkan masa menjawab sudah tamat
aku mengutip semua lukisan2 calon dan membenarkan calon beredar
sengaja aku ingin lambat keluar dari kelas
aku ingin melihat reaksi calon yang aku tegur sebentar tadi
sedang ku mengira bilangan kertas lukisan
tiba2...

"mana laki tu, mana laki tu..?" macam orang gila beliau menjerit2 tika keluar dari kelas
aku hanya melihat mereka dari dalam kelas dengan wajah bengis
rakannya terperasan aku di kelas sebelah
dan memberitahu beliau
kelam kabut beliau turun tangga
lagak gaya seperti mak nyah dikejar polis
tau pun takut dengan cikgumizi
~~kah3~~


finally..
minyak senyonyong mulai tunjuk taringnya
berkesan walaupun lewat
seorang calon ingin nomborku
jeng3....!!
~~haha~~

cikgumizi: berehat untuk 2hari, next paper adalah khamis.. xsabar nak abes pekse.. hihi..

Sunday, December 12, 2010

Ganu Lagi


kepenatan melanda diri ini
tika post ini dinukilkan
diri ini baru kepulangan dari Terengganu
menghadiri kenduri kahwin rakan se-Universiti 
rasanya sudah 4x aku menjejakkan kaki di Terengganu
sepagi Jumaat kami menyinggah di Senggama
opss... Segamat.. kih3..
untuk menumpangkan 2rakan yang menunggu ditepi jalan
perjalanan melalui Muadzam mengambil masa kira2 4jam
untuk tiba di Jabur
(sila sebut betul2 yer... hihi..)

berhenti di kelulut untuk checkpoint yang pertama
menunggu ketibaan rombongan dari KL,Perak,Selangor dan N9
menu memang banyak dan best
tapi itu adalah topeng semata2
sotong celup tepung di order
yang sampai hanya angin laut
air kelapa di order
air kelapa yang rasa macam longkang yang tiba
nasi goreng thai yang diorder
tak reti masak jawabnya
itupun setelah 1jam 30minit kami menunggu
bila ditanya baru diberitahu
memang hampeh tahap gaban
itukah cara dia berniaga
mungkin disebabkan 1 warung yang buat taik
tapi semua terpalit sekali

3H2M yang best
sebab sudah lama tidak berjumpa rakan2
bersembang bertanya khabar
masing2 sudah berubah
tapi perangai gila2 tetap ada
kejung pipi aku nak gelak
tak sanggup lagi nak stay lama2
~~kah3~~





marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah
buat arwah pakcik yang telah kerahmatullah pada pagi sabtu 11/12/2010
akibat sakit jantung di Sabak Bernam
semoga segala salah dan silap diampuni
~~amin~~

cikgumizi: gambar kurang mantap kerna menggunakan kamera henset yang lapok ini..

Wednesday, December 8, 2010

Penantian Suatu Penyeksaan


sesiapa yang ada mercun bola lebihan raya 
sila dermakan kepadaku
aku ingin memercunkan anjing-anjing yang menyalak bukit
menyebabkan idea-idea untuk menulis
terpesong dari memasuki ruang otak ini
dengan gelombang yang membingitkan
juga meremangkan
~~kih3~~

betul kata orang
penantian suatu penyeksaan
seorang kekasih yang menunggu kepulangan buah hati
yang sedang menimba ilmu diperantauan
tiada ruang liputan telefon untuk bermadu kasih
apatah lagi di wilayah celcom
merana bukan kepalang
tapi..


bukan itu yang aku ingin gambarkan
maksud sebenar aku
menjadi pengawas SPM
(cehh.. asek citer pasal exam jer.. boring2..)
tidak boleh bercakap
tidak boleh duduk
tidak boleh makan
tidak boleh baca surat khabar 
(lagi2 harakah..kih3)
tidak boleh ....
tidak boleh ......
argghhhh....

bagi aku

tidak boleh bercakap
tidak boleh duduk
tidak boleh makan
tidak boleh baca surat khabar 
(lagi2 harakah..kih3)
tidak boleh ....
tidak boleh ......

~~haha~~

jika aku menurut rang undang-undang yang diperuntukkan
memang mati kebosanan
jangan cakap 30 minit
5minit pun dah membuatkan aku stress
~~kih3~~


lagi 4 hari untuk SPM bakal melabuhkan tirainya
laungan MERDEKA  bakal menggegar
agaknya inilah erti sebenar kemerdekaan bagi mereka

Bilakah tarikh merdeka bagi negara Malaysia?
A. 31 Ogos 1957
B. 1 Januari 2010
C. 29 Februari 1999
D. Selepas tamat SPM setiap tahun

kalau ada yang menjawab D
sila lempang 100x yer
diminta kalau-kalau PM baca entry ini
sila bagi cuti umum seluruh malaysia
bagi menyambut hari kemerdekaan yang baru digubal ini
(poyo je PM nak baca, macam la femes sangat blog ni..)
~~haha~~

cikgumizi: kepala kerap kepeningan, ada apa2 tips boleh digunapakai untuk hilangkan pening kepala..

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah


saban tahun kita meraikan Maal Hijrah
cuba kita tanya pada pemuda-pemudi diluar sana
soalan yang paling asas
maal hijrah pada bulan apa..??
kalau dorang jawab bulan Disember
tolong sepak dorang dengan kuat yer
~~hihi~~

Maal Hijrah disambut pada bulan Muharam
Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah) 
Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib 
kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi 
Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam 
sama ada dari sudut dakwah Rasulullah
ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang' 
iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah 
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah 
(Al Baqarah: 91) 
Sejak pemansuhan itu
umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan

sedang aku meneroka bahan bacaan di internet
terpandang sebuah hadis yang agak sesuai untuk dikongsi bersama
Hadis 1 di dalam Hadis 40 karangan Imam Nawawi
Dari Amirul Mu’minin, Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada apa yang diniatkan. 
Sesungguhya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. 
Barangsiapa hijrahnya untuk Allah & Rasul maka hijrahnya untuk Allah & Rasul. 
Barang siapa hijrahnya untuk dunia yang dihajatinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, 
maka hijrahnya pada apa yang diniatkan.”

dari hadis ini
kita perlu tahu niat hijrah kita
samaada duniawi atau ukhrawi
jika duniawi yang menjadi idaman
hanya kenikmatan duniawilah yang dirasai
jika ukhrawi menjadi pilihan
itulah yang nikmat yang kekal selama-lamanya
bukan sekadar menyambut Hijrah Rasulullah
tetapi hendaklah menyambung Hijrah Rasulullah juga
jika kita berjaya
itulah Hijrah yang paling besar dalam hidup kita

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar 
atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata 

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini 
dan Allah binasakan aku satu saat jua. 
Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram 


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata 

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah 
mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”


Kredit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM), Nizhny Novgorod, Azhad

Cikgumizi: selamat menyambung Hijrah Rasulullah. renung-renungkan dan selamat beramal..

Sunday, December 5, 2010

Hatiku Membentak Jiwaku Memberontak


aku terjaga dari tidur dengan titisan air mata
jarang perkara ini terjadi
kebiasaannya aku akan merasa sakit2 badan
tapi pagi ini aku didatangi mimpi yang menyedihkan
apakah tafsiran dan maksud disebalik mimpiku ini
adakah petunjuk atau sekadar permainan syaitan...??


aku termimpi kehilangan abahku
tidak tahu puncanya
tapi dalam mimpiku ini perkara sudah terjadi
dan aku merudum kesedihan yang amat sangat
tidak mampu berkata2 dan tidak mampu melakukan apa2
hanya menangis teresak2
pantang diperbual mengenai ayahku
terus aku menangis teresak2
sungguh berat ujian yang diberikan
aku tidak mampu memikulnya

hatiku membentak jiwaku memberontak
menidakkan perkara ini
naluriseorang anak semakin kuat menidakkan
tiba2 aku terdengar bunyi kicauan burung
semakin lama semakin jelas
sedangkan dalam mimpiku
aku berada di rumah dan di malam hari
ku pasti ini adalah mimpi
ku berusaha untuk kembali ke alam realiti
dan akhirnya aku berjaya kembali
titisan air mata yang masih basah dipipi
esakan kecil masih lagi kedengaran


Astaghfirullahala'zim.....
aku bermimpi rupanya
perasaan tika itu seperti benar
moga2 dijauhkan perkara ini
aku masih belum menunaikan satu amanat untuk emak dan abahku
ermmm...

cikgumizi: hati tidak tenteram dikala ini.. masih keliru akan kejadian yang berlaku dalam mimpi...

Wednesday, December 1, 2010

Taktik Lama


sebelum anda semua baca entry kali ni
anda disarankan untuk menyediakan paper bag
plastic bag not allowed
bagi ibu2 yang mengandung
pastikan henset anda berada berhampiran
keselamatan anda keutamaan cikgumizi
pesanan ikhlas dari cikgumizi


bila aku kengantukan tahap dewa tika menjadi pengawas
aku akan apply kan ilmu kawadku didalam dewan
tidak sia2 aku menuntutnya di UTM
sengaja aku menguatkan bunyi tumit kasutku
bak kata coach aku
"pacak tumit bukak dada tangan paras kepala langut"

sengaja aku berbuat sedemikian
supaya memudahkan calon2 mengetahui
bahawasanya aku berada berhampiran
dan jika ingin meminta helaian tambahan
inilah masanya
~~kih3~~

setiap kali aku lalu di sebelah calon perempuan
dorang akan minta helaian tambahan
macam pisang goreng panas 
setiap kali aku lalu di sebelah calon perempuan
dorang minta izin untuk ke tandas
setiap kali aku lalu di sebelah calon perempuan
tika itulah barang dorang terjatuh
aku rasa dorang sengaja menjatuhkan barang dorang
ingat aku tak tau
tu semua taktik lama la nak ngorat
~~kih3~~

ok2.. korang leh guna paper bag tadi kalau rasa mahu termuntah hijau
dan bagi yang nak terberanak tu
cepat2 tipon bomba yer
~~kah3~~

tadi baru mengira2 claim yang akan bakal ku terima kelak
woww.. banyaknya, cam tak percaya jer
tak sia2 aku korbankan 1jam 30 minit waktu tidurku dipagi hari
kalaulah elaun harian dapat juga
ermmm... aku akan menikmati keenakannya
yahoo...~~
korang jangan nak ngecak ei
~~haha~~

cikgumizi: perut terasa lapar la pulak, nak kuar cam penat.. de maggi lagi ke eq dalam ghobok.. ermm..

Tuesday, November 30, 2010

Sejarah Mak Kiah Berulang


masih ingat lagikah entry sebelum ini

aku tiba awal di dewan peperiksaan
kerna aku diberi mandat untuk menjadi pengiring terhormat 
meneman KP untuk mengambil kertas SPM
setibanya aku di dewan peperiksaan
aku meletakkan kertas soalan ditempat yang dirahsiakan
disebabkan tercatat SULIT di sampul tersebut
jika tidak aku akan dimasukkan ke ISA

dengan berbekalkan pengetahuan yang cukup2 makan
aku meronda sekeliling dewan sambil mulut terkumat-kamit
membaca ayat kursi dan 3Qul
setiap sudut aku jelajahi bagi tujuan memagar dewan tersebut
setelah selesai
aku meneruskan kerja2 rutin selaku pengawas peperiksaan
15minit sebelum peperiksaan bermula
calon2 dibenarkan masuk ke dewan
tiba2..~~


aku terlihat seorang pelajar berdiri tegak diluar dewan
dengan beraninya aku menegur calon tersebut
sebab kenapa dia berpelakuan sebegitu rupa
"kenapa awak tak masuk..?" soal diriku
"kaki saya takleh gerak cikgu." jawabnya
"awak jangan main2, exam dah nak start tu. cepat sikit." tegasku sambil melihat jam tangan
hachuuummmm....!!
seorang calon lain bersin membuat diriku terperanjat dan berpaling kepadanya
"ishh awak ni, agak2 a nak bersin pun." aku berseloroh.
aku berpaling kembali kepada calon yang berdiri diluar
dan...
"eh, mana budak ni pergi..??" aku kehairanan
aku bertanya kepada calon lain
"awak nampak tak budak tadi tu..?"
"budak mana cikgu, cikgu cakap sorang2 je tadi."
"huhh...."

cerita diatas adalah rekaan semata2, hanya imaginasi aku saje

LUKENABEB..!!
~~kah3~~

hari yang memenatkan
terpaksa menjaga SPM sehingga ke petang
dipagi hari aku masih gagah menahan kelopak mata dari tertutup
tapi longlai kengantukan yang amat sangat di petangnya
jarum saat bergerak perlahan jika selalu dilihat
dan saat bergerak pantas jika dilupakan
penat bangat ni...

tapi petang tadi keberanian aku diuji
sedang aku mengawas seorang pelajar pergi ke tandas
aku melepak ditepi bangunan untuk melihat kehijauan tumbuhan
sunyi sepi tiada manusia yang lalu-lalang
tiba2...

mataku terpana pada 2 kelibat putih
"O'oo.. pebende tu..?" getik hatiku
keberanianku goyah dek cerita Mak Kiah Hangit yang masih hangat di ingatanku
ku amati 2 kelibat tersebut di pagar sekolah

click untuk zoom

cilakak tul
awat dorang letak orang2 kt situ
slalu de kt sawah padi jer..
hak tuii..
seriau diriku ini
selamat aku tidak mengalami sakit jantung
~~hihi~~

cikgumizi: baru pekena nasi goreng kampung+telur mata.. perghh.. mengancam...

Monday, November 29, 2010

Mak Kiah Hangit


mak kiah mundar mandir di ruang tamu
melihat anaknya sedang tidur dikamarnya
"tiada periksa ke si minah ni" getus hatinya
dengan rasa curiga
beliau mengejutkan anaknya dari tidur
"minah, ko xde periksa ke hari ni..?" tanya mak kiah pada anaknya
"takde..!!" bilang minah
bau hangit sudah menyengat hidung mak kiah
tidak sempat beliau bertanya lebih lanjut
"nasi goreng aku..!!" jerit mak kiah teringat akan nasi goreng yang sedang menghangitkan dirinya

selang 5 minit kemudian
perasaan curiga mak kiah kembali kuat
lantas beliau mencapai ganggang telefon dan terus menelefon pihak sekolah
trruut trruuut truuuttt....!!

"hello, saya mak kiah mak si minah ni" mak kiah perkenalkan diri.
"ye, kak. ada apa..??" balas cikgu bertugas di sekolah

"hari ini takde periksa SPM ke..?" soal mak kiah.
"ermmm.. ada la kak. kertas Pendidikan Islam. kenapa..?" jawab cikgu bertugas.

"huhh, tapi anak saya bagitau saya takde periksa hari ni" mak kiah mulai curiga
"eh, si minah tu ada kat sekolah ni kak. ngah jawab periksa tu." cikgu bertugas membalas

"huhh..??. habis sape kat umah ni..??" mak kiah terus pengsan

kisah diatas adalah kisah benar yang diceritakan dari seorang cikgu kepadaku
ianya berlaku beberapa tahun yang lalu
di sekolah tempat aku mengawas SPM
ia berlaku tika kertas Pendidikan Islam sedang dijalankan
dan esok kertas Pendidikan Islam bagi SPM
adakah sejarah akan berulang..??
atau mak kiah akan terus menjadi sejarah
biarlah diselubungi misteri...~~~
(nama adalah rekaan semata2, tiada kaitan dengan watak rombongan cik kiah ke kelumpo)


persediaan cikgumizi untuk esok
doa2 pelindung standby dalam poket baju
dan kamera henset kena tiptop
~~kih3~~

cikgumizi: bulu romaku tegak tiba2 tika sedang menukilkan cerita ini.. serammmnyer....