Followers

Wednesday, December 15, 2010

Pergaduhan Besar


pergaduhan besar melanda diperkarangan taman rumah sewa ku
begini ceritanya....

sedang aku merehatkan minda dengan menonton upin&ipin
aku terdengar bunyi bising diluar
"kejadah pebenda bising2 ni..?" bisikku..
aku pun bergegas keluar
ku amati punca bunyi bising tersebut
"bunyi macam lorong sebelah sana, macam gaduh besar je" ku meneka dalam hati
tiba2..

"errkadsasdjnxijxjxjo...!!" kejar mengejar didepan mataku
sambil meminta tolong dengan bahasa yang tidakku fahami
5 Vs 1
mak aii..
pengecut betul bawa geng
kalau berani 1 vs 1
memang teruk yang 1 tu dikerjakan
sedang mereka berkejaran melalui lorong ditepi rumahku
dengan pantas aku mencapai batu sebesar penumbuk
ku baling si pengejar ni
zaaaasssss....!!
"siot.. nasib baik tak kena, kalau kena memang biol" diriku kegeraman
 "cilakak punya anjing, memekak lak kat sini" aku membebel kesorangan.
boleh pulak bermaharajalela dikawasan ini
siap buat bising lagi
geng mana pun aku tak tau
rasa2nya geng 404 kot..
~~haha~~


esok 10 muharam 
atau hari kesepuluh bulan muharam 
atau lebih dikenali sebagai hari assyura
saja aku ingin berkongsi info dengan korang
~~hihi~~

10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah :

(1)Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
(2)Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
(3)Puasa pada hari ke 10 sahaja.

cikgumizi: renung2kan dan selamat beramal.. 

No comments: