Followers

Tuesday, March 29, 2011

Double Cheese Benjo


hari ini cikgumizi menjadi driver
membawa budak2 bola ke SMK Sri Medan
venue perlawanan bola under15
1st match menentang SMK Sri Gading
perghhh..
perlawanan yang cukup menarik
YP berjaya memboloskan bola sebanyak 10 gol
 malu siot selaku guru pengiring
~~haha~~

2nd match menentang SMK Senggarang
berita gumbira buat warga SMYP
kemenangan sulong 3-1
2nd game lebih menarik selepas percaturan CikguDollah menukar pemain utama
penjaga gol gantian lebih menyerlah
bukan menjadi kayu semata2 di tiang gol
sian budak tu kena cuci lepas whistle penamat
~~haha~~

sedang menunggu perlawanan ke-2
sempat aku merayau di Carefour berseorangan
perut sudah menyanyikan lagu kopi dangdut
mengidam nak mam Mek Di
parking sudah penuh
kepingin punya pasal
aku masuk lane drive thru
menonong aku melalui lane tersebut
sambil melihat menu2 yang best untuk perutku
sampai jer di kaunter

"set Double Cheese Benjo 1..!!" aku mula mengorder
erkk... encik ada order td..?? tanya pekerja itu
erkk.. kat sini bukan tempat order ke..?? aku kehairanan
"bukan encik" jawabnya
"nak order kat mane..??" aku bertanya lagi
"encik pusing balik, ada machine kat belah sane... " kata pekerja wanita itu sambil menunjukkan arah machine berkenaan
"ok...!" 
(dengan muka selamba aku pusing balik dan order kat machine yang pandai bercakap tu)
untuk pengetahuan korang
ni first time aku guna servis drive thru
nasib baik bukan bersama aweks
selamat pakai sunglasses bagi menutup kemaluan diriku
opssss..... kih3...


gambar diatas untuk pengetahuan anda yang tidak pernah guna drive thru services
renung2kan dan selamat mencuba
~~hihi~~

cikgumizi: esok ada aktiviti boling PK.. yabedabedu.....!!!

Wednesday, March 23, 2011

Jatuh Cinta Lagi


kehujanan kelebatan di sepetangan
ketidoan aku terganggu
dengan kehujanan yang selebat2nya
kalau hujan seperti petang tadi berterusan untuk beberapa jam lagi
mungkin Yong Peng ketenggelaman lagi
berada di kepulauan terasing menyeksakan
tapi alhamdulillah
tiada perkara buruk yang berlaku
~~huhu~~

sepetang yang kelaparan
pergi ke dapur memeriksa makanan yang boleh dijamah
maggie goreng+telur
dengan usaha yang teguh aku menggoreng telur
tapi pelik betul la
beberapa hari ni
kalau goreng telur mesti telur tu jadi seperti pic kat bawah
imaginasi atau petanda..??


adakah aku..... ermmm....
(lagu jatuh cinta lagi by Playboy pun berkumandang)

Jadi Cinta Lagi
Lagi-lagi ku jatuh cinta
Harus bagaimana
Ku bingung memikirkannya...
lalala..~~
~~hihi~~

seharian menyanyi
tekak pun sudah tidak sedap
bernasyid+koir
perlukan strepsil
arghhhh....!!

cikgumizi: perlukan siapkan slideshow untuk meeting PIBG walaupun tidak pandai bab2 multimedia ni.. huhu..

Friday, March 18, 2011

Tapau Menapau


Hari yang menggembirakan bagiku
dapat pulang ke Yong Peng
sungguh kerinduan pada Yong Peng
yahoo.. esok meeting
(menaip sambil muntah hijau)
~~haha~~

projek D sudah bermula
security and safety 60% completed
internal and external in progress
melihat budget di bank tin Hup Seng
walaupun masih standard
puas hati aku dapat menapau kete singaporian dan juga YourVi
tapau menapau berlaku di Pagoh-YP 
tapi bagaikan c70 vs Hayabusa
kemampuan E46 tidak boleh dicabar EJ6
~~huhu~~

THE POWER OF DREAM

tadi sesaje check nuffnang
gumbira rasa hati ini
BE RM0.25
yahoo
~~haha~~

cikgumizi: kesakitan mata kiri.. huhu..

Friday, March 11, 2011

Ketahuan


cuti sudah bermula
yahoo...!!
bersiap-sedia untuk perjalanan ke bandar malam ni
kereta dalam keadaan baik (i'oJJI)

abahku ketahuan
aduhh.. macam mana ni
merajuk lak abahku nanti
buat keputusan tanpa berbincang dengan dia
macam tau2 je aku de simpan rahsia
atas rasa serba salah
dan xnak melarat lagi
aku beritahu juga rahsia yang dirahsiakan
tapi sekarang bukan rahsia lagi
bukan xnak bagitahu
bila hati sudah berkenan
terus aku sambar
kalau lambat nanti di kebas orang
hantaran pun murah dari yang lain
balik nanti mesti kena cuci lagi
aduhh..:(

cikgumizi: YP-KL night trip... rest secukupnya.. huhu..

Wednesday, March 9, 2011

Kangen Bangat Sih


2hari lagi nak cuti sekolah
yeyey... hihi
hari ni aku dalam ketidahsihatan
selsema masih belum reda
ditambah pula sakit mata sementara disekolah
kerja2 berat terpaksa direhatkan
xdapat membantu penyelaras melunaskan projek tergendala
repaint mural di dinding
masih dalam pembaikan
nanti aku upkan pic klu dah selesai
xsuke mam obat
~~hihi~~


semalam aku ke muar
menyelesaikan satu misi
misi hampir selesai
hanya tunggu resultnya
harap2 tiada masalah
kepingin untuk berjumpa Dia kembali
kangen bangat sih
next jumaat baru boleh bersua kembali
~~hihi~~

cikgumizi: aduhai.. 26hb de meeting lak, cam xde hari lain lak nak buat.. tensen2...

Monday, March 7, 2011

Air Seratus


minggu selepas peperiksaan PK
kerja keras diperlukan
hari ini saja aku sudah jadi tukang kebun
esok pepagi jadi coach sukan
selepas rehat aku transform ke tukang kebun kembali
minggu yang menggunakan keringat 
tulang empat kerat ini harus digunakan sebaik2nya
supaya tidak menyesal di kemudian hari

"lepas kita setelkan kerja semua ni, cikgu belanja air eq..?? awak nak air ape..?" soalku
"saya nak air seratus...!!" jawab seorang pelajarku
"huhh.. air seratus..?? air pebenda tu..??" aku kepelikan
"yang dalam tin tu la cikgu..!!"
sudahlah kepenatan
terpaksa memerah otak untuk permintaan pelajarku
atas janji yang telah aku taburkan
"alaa cikgu, yang ayah hilmi belanja ritu..!!" tegas beliau untuk meringankan fikiranku
"ooo.. air tu ker.. lorr...!!"

bertuah punya budak
membuat jiwaku keliru dan buntu
sabar je la
~~huhu~~

cikgumizi: 2 paperwork sedang berjalan dengan rancak. boling dan lawatan ke Singapura. agak2 lepas tak paperwork ni.. kita saksikan.. huhu..

Wednesday, March 2, 2011

Kokikoq...!!


esok last day exam untuk PK
aduhaii..
esok kena panaskan jari untuk menulis buku rekod
~~huhu~~

pepagi lagi mesti ada budak yang cari aku
"cikgu, kerusi saya takda" pelajar kelas normal
"mana kerusi awak?" tanya daku
"hilang..!!" jawabnya
"awak cari sendiri kerusi awak, macam mana boleh hilang..!!" dengan nada tinggi
kejam tak aku selaku cikgu perabot sekolah
padan muka dorang
kerusi sendiri pun xreti nak jaga
~~haha~~

semalam paper agama
"amirul, sebut ni... Alif...!!" dengan suara perlahan
"hanif..!!" dia sebut nama kawan dia pulak
"Jim...!!" dengan nada tinggi
"hajim...!" ikutnya
aduhai... pening pale aku
~~hihi~~

hari ini paper matematik
"kira ni Pua... 1..2..3..4.."
"kokikoq...!!"
"ikut cikgu kira cepat... 1..2..3..4.."
"kokikoq...!!"
arggghhh.... kesabaran tahap maksima
caiyokk2..!!
~~huhu~~


lepas exam 2 latihan yang sangat2 diperlukan
nasyid+sukan
memang dah xcukup masa
perlukan SUPERPOWER...!!
memberi anda tenaga..:)

cikgumizi: tak sabar tunggu cuti sekolah...kelelahan masih ditahap pertengahan..