Followers

Wednesday, March 24, 2010

Boling @ Summit Parade

Hari ni hari Rabu bersamaan dengan 24hb Mac 2010
Pendidikan Khas(disebut:PK) SMYP telah mengadakan latihan bowling bersempena dengan tournament yang akan diadakan pada akhir bulan ni
latihan ini bertujuan untuk memilih bakal atlit dan juga wakil bagi sekolah
wakil sekolah la kiranya

aku sebagai guru yang bertanggungjawab yang belum di tauliah kan lagi dilantik sekali lagi sebagai pengurus pasukan bowling (gila kuasa: cita2 mahu jadi penyelaras PK).
~ketawa~

bertolak dari YP dengan menaiki bas bertujuan untuk mengajar mereka ini menggunakan perkhidmatan awam
segalanya beres tanpa ada sebarang kecelakaan jalan raya dan juga musibah sepanjang perjalanan
sesampai sahaja disana
tujuan utama ke pusat bowling
dengan pantas dan juga excited gile (aku je yang excited actually)
aku mendaftarkan nama mereka2 ini



dengan kecekapan dan juga ketererran aku aku menunjukkan segala skill yang ada bertujuan untuk mengajar (berlagak) pelajar.
dengan ketunjukajaran aku kepada mereka yang kurang ajar ini maka berjaya memimpin mereka membuat strike
finally, result akhir (macam SPM lak) menunjukkan point yang tertinggi ialah 139 dan tak lain tak bukan mestilah aku yang menang.
~ketawa kegirangan~




more action

pelbagai aksi pelajar sempat kurakam
ada yang menggelikan hati
dan ade juga yang terbahak2 dibuatnya
apa yang penting memang seronok dan enjoy kelas hari ini

lunch kami memilih Pizza hut sebagai juadah
aku masa umur 22 tahun baru 1st time makan pizza
mereka ni kira beruntung
dan belanja untuk hari ini ialah bowling=rm120, pizza=467
kopak duit aku walaupun gaji tak masuk lagi
(tolong bayar je sebenarnya, guna duit tabung PK)
~happy.. lalalalaaa..~~~


status: happy sesangat hari ni, macam malas nak ngajar esok

No comments: