Followers

Tuesday, November 2, 2010

Zina Depan Mata



selepas anda bersolat dimasjid
niat dihati ingin menderma di tabung
dengan ikhlasnya anda mengeluarkan wallet dari poket seluar
dengan perlahan2 anda memeriksa wang kertas
setelah dibelek2 berulang kali untuk kepastian nyata
anda dapati tiada note kecik
yang ada hanya note RM50
apakah tindakan anda..??
teruskan hajat untuk menderma
atau
membatalkan niat anda

kadang2 kita terlepas pandang dengan ujian ini
sama ada hati ini benar2 ikhlas ataupun ikhlas 5saat sahaja
kita sanggup berbelanja besar di pusat2 membeli belah
menderma wang ke pusat2 boling dan juga hiburan
tapi amat berkira untuk menderma ditabung2 masjid
sesuatu yang sukar
jika kita sentiasa menghadapinya
pasti akan menjadi mudah
suatu kebiasaan lama2 akan menjadi tabiat
muhasabah diri ini untuk melakukan sesuatu kepada kebiasaan
sekaligus menjadi tabiat yang positif
masih belum terlewat

aku ternampak penzinaan di depan mata aku
tanpa rasa malu bercumbu-cumbuan
apa sudah hilang akal ke
apabila sudah terpandang
hati ini mula terbakar dengan perlakuan itu
terimbas kembali kata2 ustaz ku dulu



tegurlah dengan perbuatan
jika tidak mampu
tegurlah dengan lidah
jika tidak mampu juga
tegurlah dengan doa
sesungguhnya dia orang yang lemah imannya
(sila betulkan jika silap)

aku nekad untuk menegur
"tolong jangan berzina yer, tolong beredar" tegurku dengan perlahan

takde jawapan yang diberikan
dan tidak memberi respon positif atas teguranku
aku menegur sehingga 3x


dengan rasa marah dan bengangnyer
aku capai paip getah dan memancurkan air dengan kelajuan 120kmj
terkapai2 mereka dan hilang di celah corong air

"padan muka ko siput.. haha.." gelakku...

boleh lak ko berzina dalam bilik air umah aku ei
xde tempat lain ker...
~~haha~~

cikgumizi: insiden berlaku sedang aku bermandi-manda sambil menyanyikan lagu terhangat dipasaran, Gadisku...

1 comment:

perantau said...

Siput babi ke? Aku ingatkan orang. Memang aku dah puji dah wal2 tadi, dah baca habis baru tahu hakikatnya.