Followers

Saturday, February 6, 2010

digertak hanjing...


SMK Yong Peng aka sekolah aku adakan acara merentas desa bagi mengisi sekolah ganti pada hari ini, memang malas yang amat sangat untuk bekerja di hari sabtu tapi di takuti akan di potong gaji terpaksa lah aku memerah kudrat untuk meringankan punggung..

aku ditugaskan menjaga checkpoint 17 bersama dengan 2 orang renjer(pandu puteri) bersama-bersama memerah keringat untuk menghalau budak-budak yang ingin melalui shortcut..

aku berasa tenang berada di checkpoint tersebut.. tetapi itu hanya untuk beberapa ketika kerana segerombolan hanjing-hanjing kurap sedang mara hendak melakukan serangan hendap ke atas aku.. dengan gagahnya aku membuka kuda-kuda dan buah silat yang aku pernah belajar dulu walaupun tak habis untuk bersedia sekiranya hanjing-hanjing tersebut buka buah tai chi..

dengan semangat kental seperti berada di sukan olimpik aku bersedia... tiba-tiba sekor hanjing yang besar telah menerjah aku dari kiri dengan suara nya yang garau, terkejut berok di buatnya... rupa-rupanya hanjing tuan rumah kat situ daa...

cilakaknya hanjing... selamat aku tak terberanak kat situ...

acara merentas desa selamat dengan jayanya, bagi sesi penyampaian hadiah tak ade sorang pun wakil dari rumah cengal (rumah sukan aku ler tu).. hampas betul, memang dorang ni sengal sungguh... dapat last lak tu.. ciss, teruk aku kena kutuk.. jaga la korang nanti bila aku jadi ketua guru rumah sukan, akan aku train korang ala-tentera... hmmm...



No comments: