Followers

Saturday, February 20, 2010

"nasi goreng mak aku yang buat satu..!!"

"nasi goreng mak aku yang buat satu..!!"

daripada statement di atas, adakah aku akan mendapat seperti yang dipesan diatas..??
atau
adakah aku akan di perhambat oleh makmak..?? ketawa.

esok hari ahad bersamaan dengan 21/02/2010, aku akan menjelajah melalui lebuhraya utara selatan(PLUS) untuk merantau di negeri orang iaitu bandaraya Yong Peng (sedapkan hati sendiri). berseorangan dengan menaiki honda gelombang 125 (Honda Wave) akan ku gagahi punggungku untuk menahan getaran itu.
ketawa.

seminggu cuti tahun baru cina aku penuhi dengan menonton television kerna dompetku hanya mengandungi rm5, duit baki hari raya dulu. terpaksa ku meminjam dari mak untuk meneruskan cita-citaku sebagai seorang guru di YONG PENG
(maksudnya salam sejahtera).

banyak lagi ilmu yang perlu aku takluki, pengetahuan yang perlu aku jajahi untuk terus mendapat rahmat dari yang Esa.
~~InsyaALLAH~~

dalam entry ni juga aku ingin mengucapkan terima kasih kepada insan yang telah membantu dan memberi semangat kepadaku untuk meneruskan impian dan perjalanan hidup. semoga kalian di rahmati dan mendapat apa yang dihajati.

~~Wassalam~~

No comments: