Followers

Thursday, February 18, 2010

Isteri dan anak-anak idamanku..



entry kali ini aku ingin bercerita sikit ciri-ciri isteri idamanku dan bakal anak-anakku.jangan terkejut, aku juga manusia yang ingin mempunyai isteri dan anak-anak idaman.ketawa.


aku ingin bercerita dulu mengenai ciri isteri idamanku.dia mestilah hot, sexy dan yang paling penting sedap mata memandang.kepada lelaki-lelaki diluar sana, jangan sesekali dikau memandang dengan berahi akan isteriku ini untuk memiliki.ketawa.mestilah mantap dan kukuh untuk menampung diriku ini ketika bersama.kalau ada isteri tapi layu dipermulaan, kena servis sana sini buat rugi je.takde la nanti kena cerai berai kan.mesti cantik di luar dan dalam bagi menemani aku kemana sahaja.jika ciri-ciri ini ditepati siang malam akan aku gosok dan belai manjamu wahai isteri dengan air yang suam dariku.hantaran yang mahal tiada masalah jika dia tiptop segala-galanya.hehe.

bakal anak-anakku pula mestilah cerdas pemikirannya seperti teras i7 yang terdapat dipasaran sekarang.laju ketika berinteraksi tanpa 'hang'.cantik dan menarik rupa paras yang akan menjadi idaman setiap insan.tiada masalah dari segi pelaburan awal untuk mendidik kamu.gelak lagi.

anak keduaku pula mestilah bulat matanya, solid body nya dan kalau boleh setanding nippon.mampu untuk mengingat dan menyimpan banyak suka duka kehidupan.

orang kata isteri dan anak-anak ni penyeri kehidupan.




ni la isteri idamanku, Honda City Mugen RR.tiptop luar dan dalam, tak menyesal untuk memilikinya.




Toshiba Qosmio X500.full spec.teras i7.fuiyo.



Nikon D90.memang cair aku tengok.

cun kan isteri dan anak-anakku. korang jangan mengidam yang sama lak yer.. cukup ker gaji aku nak beli semua ni.. ermmm.. menjadi persoalan...ketawa..


No comments: