Followers

Tuesday, January 17, 2012

Power Basikal Bang


ku sangka hujan sampai ke malam
rupanya hujan di senja hari
kebasahan tahap 2 menimpa skuad YP-MTB crewz
kuatkan semangat dan juga urat keting mengayuh menongkah arus angin
perghhh.. menggigit2 otot betis meminta untuk kejang
tapi tidak ku layan
akhirnya sampai juga destinasi terakhir
~~huhu~~

sepetang ini melalui trek yang sama
rasanya orang2 kampung dah mula mengenali si bujang lapok ini
sedang mengayuh terserempak seorang makcik menaiki basikal
sebelah tangan memegang beg plastik berisi jagung
sambil terbatuk2 cuba sampai ke rumahnya
kayuh berhenti kayuh berhenti
niat murni anak muda ini cuba berbakti
kami memberhentikan kayuhan dan cuba menghulurkan bantuan
tapi makcik tu bertegas tidak mahu ditolong
kerna rumahnya beberapa langkah je lagi
adehhhhh.... melepas aku 
mane a tau die de anak dara yang boleh di offerkan kepadaku
opsss.... jangan marah yer
~~huhu~~

melalui trek di kawasan sekolah memang tak seronok
"power basikal bang.." sorang budak sekolah rendah menyapa
kembang kuncup hidung kitorang kena puji
sambil menegapkan badan kitorang tambahkan kelajuan 20kmj
"kawan2, jom kejar abang beskal...!" jerit sorang budak sekolah rendah
"JOM...!!" rakan2 lain menyahut
maka terjadilah kejar-mengejar bak lagu Mara Bahaya by Pop Shuvit
perghhh... tercabar siot kitorang melihat mereka ini semakin mendekati
pelagi kitorang tambahkan lagi kelajuan sehingga mencapai 30kmj
berdesupppp.........!!!
dorang ketinggalan dan hampa sekaligus berpatah balik
gelak sakan kitorang
tapi nafas turun naik turun naik
ngan budak pun gadoh
~~haha~~



pic atas memang checkpoint kitorang berkayuh di Pt Yaani
snap beberapa pic sikit pastu terus balik
disebabkan awan di area YP semakin menggelapkan dirinya
angin semakin kuat
abes kudrat empat kerat ni mengayuh
tapi hari ini memang aku keluar peluh tahap gaban
disebabkan cuaca panas hujan sekejap2 melanda daerah ini
tekak pun cepat kering
jangan demam sudah
~~huhu~~

cikgumizi: aktiviti PK peringkat daerah sudah keluar, nampak gayanya sibuk semakin menghampiri.. mudah2an Allah permudahkan segalanya... amin....

No comments: