Followers

Friday, July 22, 2011

Part 2 @ Projek Ikan Keli

entry ni aku uploadkan beberapa gambar 
Projek Kolam Ternakan Ikan
untuk tatapan teman2
akan tetapi projek ini masih belum siap sepenuhnya
masih 80peratus
disebabkan kekangan masa yang melampau
~~huhu~~















gambar yang last adalah yang terkini
projek ini dijangka siap minggu depan
kalau boleh sebelum bulan Ramadhan tiba
next week memang kena pulun abes2
tinggal nak siapkan saluran paip cucian dan konkrit lantai
ermmm....
cikgumizi: siapakah gerangan yang merasmikan kolam ni dengan melepaskan anak ikan keli..  adakah aku dijemput untuk merasmikan bersama..?? sedeynyer.. huhu..

Tuesday, July 19, 2011

Aku, White VTEC dan Woksyop


tanggal _ _ Julai 2011
ulangtahun kelahiran aku yang ke- 2 _
setelah 2malam white vtec berada diwoksyop
kini kembali mengaum di Yong Peng
memang kena kuatkan semangat betul
distributor bermasalah
membuatkan kereta tidak dapat menyetart dengan baik
selamat terkandas di kawasan banyak penempatan
semestinya mempunyai woksyop
kalau terkandas ditengah hutan
mau kena ngap ngan pak belang
~~huhu~~




kopak tahap gaban sudah dompetku ini
melayang sejumlah helai not RM50
tukar minyak hitam+oil filter+distributor
harap2 tiada masalah dalam masa terdekat
takkan xde masalah langsungkan
dah nama pun kereta
impian nak tukar absorber terpaksa ditangguhkan
sehingga PM umumkan nak bagi elaun sara kereta
~~huhu~~

 sedap gak pekena ayaq nyoq


sempat gak aku merayau2 di Mersing
menenangkan hati yang berduka lara
ahad malam baru bergerak pulang ke YP
isnin petang kembali ke sana untuk menjemput white vtec
alhamdulillah semua seperti sediakala
sementara menetap seharian disana
sempat mencari port2 yang best untuk aktiviti camping
de port paintball
sempat gak a posing2 skit pkai equipmentnyer
~~huhu~~
cikgumizi: next week mahu pulang ke klumpo, harap2 xde pape yang berlaku.. amin..~~

Tuesday, July 12, 2011

Saya Lukis Awak Teka


huwaa...
 Family Come Here sudah tamat
hiburan setiap selasa petang telah hilang
citer yang best
asek tergelak memanjang jer dari awl hingga akhir
xpe2, de satu lagi citer
Running Man
walaupun tidak sebest Family Come Here
tapi layankan jugak
~~huhu~~

rini baru kusedarin
sudah seminggu lesen memanduku jadi arwah
semalam dengan konfiden jer lalu depan polis trafik ngah menyaman
kalau kena tahan semalam
memang koyak rabak a wallet aku
esok kena hidupkan juga
susah a mau gi 'meeting' nanti
~~huhu~~

sesaje aku memain dengan budak2
"cikgu lukis, zamir teka ei..!" aku mengajak..
"ok cikgu..." jawabnya
aku pun lukis a punya lawa
semua yang aku lukis dapat dijawab dengan tepat
"cikgu, biar zamir yang lukis a.." pintanya
"ok.." jawab diriku
dia pun lukis dengan khusyuk serta tawaduk nyer


"erkk, camne aku nak teka..?" soalku dalam hati
dia bagitau yang itu diri dia
yang sedang dilukis ialah kakaknya
comei je dorang kan
~~huhu~~

cikgumizi: Ramadhan hampir tiba, adakah diriku ini sudah cukup bersedia dari mental dan juga fizikal... huhu..

Saturday, July 9, 2011

Pentauliahan PALAPES Kali ke-30 @UTHM


disebabkan tidak dapat pulang ke Klumpo
kerna dek perhimpunan sekolah besar2an
aku mengambil kesempatan di hari yang mulia ini
menziarah Pentauliahan PALAPES di UTHM
aku bertolak dari YP dalam 0715
setibanya disana kira2 jam 0800
para kadet belum masuk padang
rasanya time aku dulu dah masuk terpacak berdiri tunggu VVIP
kira2 0815 baru masuk dengan segak
sambil menuggu ketibaan VVIP
pasukan pancaragam mainkan beberapa buah lagu
memang syiok a dorang main
dulu pun aku layan jer walaupun kaki dah kejang berdiri tegak
ceciter panjang pun xbest
~~huhu~~





ketibaan Tengku Mahkota Johor dengan Jaguar
tengok plat number TMJ



ketibaan Sultan Johor





sultan lambai tangan kat aku
prasantannya diriku ini
~~huhu~~




sempat jugak berjumpa dengan ex-officer dan staff UTM dlu



malas nak tunggu sampai habis
aku bernagkat ke pameran berdekatan surau UTHM
xde l abesar sangat
tapi boleh la kan
macam2 dipamerkan
kebanyakan dari tentera darat






 

"bila besar nanti aku mahu jadi seorang perwira.." 
aku.. adalah seorang perwira
gagah.. menghunus senjata
namun aku rela berkorban
walaupun dengan cara sendiri
demi cinta ini....


cikgumizi: kenangan manis ketika pentauliahan masih lagi terbayang2 dalam ingatan... hihi..

Thursday, July 7, 2011

GCB Simili Ayam Kicap


malam semalam kebosanan sangat duduk dirumah
bersama teman serumah
kepergian bersama ke carefour
bagi menyambut kesihatan diriku yang semakin pulih
McD menjadi pilihan
yeayy.. nak mengetest GCB yang semakin hangat dibualkan
pas shopping di carefour
terus kaki melangkah ke McD
tanpa melengahkan masa terus menuju kaunter
"bagi GCB dua set, air tukar milo ice dan hot milo..."
dalam 1minit set terhidang
tapi...
nape burger nyer de 1 jer
"ermm... nape burger de 1 je..?" soalku penuh berhemat
"eh, alamak tersilap.." sambil melihat resit
rasanya aku xde la plak kenyit mata kat dia
~~hihi~~
"ermm.. camner eq.. xpe, order lagi sekali tapi nanti duit air saya bagi lek" cadangan staff McD
"ok.."aku setuju, janji xyah bayar lebih
orite.. set sudah terhidang
sos sudah tersedia


rasa punya rasa
"cam ayam masak kicap mak aku masak jer.."
~~haha~~

ntah mana datang kerajinan aku semalam
sempat gak a mengemas meja
kemas sikit berbanding sebelum ni
macam tongkang pecah je
tapi sekarang dah macam cruise
cetengok.. kemaskan..
~~huhu~~


cikgumizi: ada misi yang perlu dirangka dan diselesaikan.. huhu~~

Monday, July 4, 2011

Surat Cinta


title entry cam nak best jer
jangan terpedaya dengan semua itu
~~haha~~

hari ini para tenaga pengajar Akademik Fantasia
opsss.... Akademik Pendidikan Khas SMKYP
menerima surat cinta dari ibubapa pelajar
cam kelakar pun de gak
tapi bagi aku itu satu penghormatan mereka kepada warga pendidik
menjadi cetusan semangat dikalangan kami untuk berusaha lebih
aku titipkan surat tersebut untuk tatapan


aku dapat rasakan pengharapan seorang bapa pada surat tersebut
terhadap kemenjadian anak beliau
amanah tersebut perlu digalas oleh insan yang digelar guru
begitu besar amanah yang dipertanggungjawabkan 
semoga menjadi pembakar semangat kita dikalangan para pendidik
;')

sepulangan dari sekolah
aku ke bank untuk urusan sedikit
sempatlah jugak buat satu SSP
tapi terkezut tahap cipan ngah sembelit
berlainan bebeno sijilnyer
dulunye cantik jer

"aik, staf ni nak kencing manis kat aku ker..?" fikirku
 
lantas aku bertanyakan hal yang sebenar

"adakah sijil ini tulen..? kerna ia berlainan tahap maksima berbanding sijil yang terdahulu..?" 
 soalku dengan penuh kesopanan.

"ia tulen encik, yang terdahulu adalah konvensional, jika hilang sijil tu encik kena bayar denda tapi yang ini berkonsepkan islamic, encik tak perlu bayar jika berlaku kehilangan"
jawab beliau dengan panjang lebar

"ooo.. camtu ei..." aku mengangguk tanda faham
dialog diatas diubah ikut citarasa mood penulis
~~huhu~~


atas tu dulunyer
yang bawah terbaru
pakai kertas biase jer
tu yang rasa cam kena kencing manis jer
~~huhu~~

cikgumizi: demam semakin kebah, cuma kebatukan. pagi tadi semasa menyampaikan laporan mingguan asek kebatukan jer.. huhu..

Sunday, July 3, 2011

Sakit Itu Penghapus Dosa

Tahniah buat Team Malaysia untuk layak ke pusingan kedua
walaupun tewas di Taiwan 3-2
aggrerate 4-4 tapi layak disebabkan gol di tempat lawan
moga2 next game lawan singapore memperolehi sukses
~~aja2 fighting..~~

setelah 3H2M berhempas pulas melawan serangan musuh dalam selimut
alhamdulillah
badan ini sudah mula kebah dari demam
bermula dari hari jumaat
tiba2 bersin menggila
badan sudah mula sakit2
keesokannya dapat full package
selseme+sakit tekak+batuk+sengal2+badan panas
dengan antibody yang cukup menahan dari terus menerus merebak dibahagian lain
aku kurangkan keaktifan diri ini
mudah2an esok pulih seperti sediakala
kita perlu bersyukur kita sakit
bukannya mengeluh
kerna sakit itu tandanya Allah masih ingatkan kita
sakit itu penghapus dosa kecil
kan kan kan...~~

petang tadi walaupun kedemaman
sempat pula pergi shopping di carefour
objektif keluar ingin mencari buku latihan
fokus untuk mengajar kembali
jalan punya jalan
ade la orang jual pemutih kulit dari sengkuang
aku menolak a kan
tapi yang siotnyer
dengan jujur dan ikhlas dari mata terus ke hatinya
"bang, beli bang. sesuai untuk memutihkan kulit abang yang gelap tu.."
caitt.... kalau tak sabar diri ini
memang esok masuk harian metro

"PENJUAL KRIM SENGKUANG KOMA TERTELAN BOTOL KRIM SENGKUANG"
sabo je la..~~

cikgumizi: minggu depan dah mula mengajar, aktiviti PK semakin berkurangan.. ada peluang tuk cerahkan kulit ini.. kih3..