Followers

Tuesday, August 31, 2010

@ll in One

Baca entry title pun dah nampak malas
Aku nak post kan semua aktiviti yang kitorang jalankan
Sepanjang bulan kemerdekaan+puasa=OGOS

Program kemerdekaan

i. Mural

Mural bendera Malaysia menggambarkan semangat kami
Walaupun tidak sehebat Picasso atau pun Leonardo Da Vinci
Tapi bentuk bendera Malaysia tu tetap ada



Daripada dinding yang berdebu dan berkarat
Kami jadikan ia secantik merak
Kerja2 pembikinan mengambil masa seminggu
Plus minus hari hujan lagi
Jika tidak dalam 3h boleh setel
Walaupun tidak siap 100%
Tapi boleh laa..


ii. Pertandingan Lagu Patriotik

Lagu yang dipertandingkan adalah keranamu malaysia
2nd place SMYP menang semasa semarak islam
Tetapi kami olah semula
Supaya sesuai dengan semangat 1Malaysia

Kami mendapat hadiah khas
Walaupun hadiah khas
Hamper kami lebih besar dari yang lain
Aku rasa kan kami 1st laa
~~hihi~~

iii. Persembahan Penutup Bulan Kemerdekaan

Aku agak kecewa sikit dalam persembahan ini
Vokalis lelaki taknak nyanyi
Pujuk pun dia takmau gak
Semua audience sudah menunggu
Selamat plan kali ni ada vokalis lelaki and vokalis pompan
Aku suruh vokalis pompan nyanyi semua

Walaupun tidak sehebat semasa practice
Aku tetap puas hati
Perlu bersedia dengan plan B


Program Hari Raya

i. Biskut Raya

Aku tidak banyak membantu dalam aktiviti ini
Bagi ku sudah ramai kaki dan tangan dalam pembikinan biskut
Aku hanya sebagai pemerhati sahaja
~~hihi~~


3 jenis biskut raya
Watermelon biscuit+fancy ice-cream biscuit+almond london biscuit
Banyakkan..??
Aku tidak merasai lagi biskut ni
ermmm....

ii. Menganyam Ketupat

Hal ni aku advanced skit
Kalau nak ajar orang memang take time
Terlepas pandang je aku pun jadi confuse
~~haha~~

Ilmu ni aku belajar ngan mak ku
Aku tengok mak ku anyam sorang2 diwaktu dulu
Sambil tolong sambil belajar a kan
So sampai skrang aku ingat anyam ketupat
Walaupun setahun sekali jer buat
~~hihi~~


cikgumizi: tiga serangkai(Jai, sham,cikgumizi) bermain hide and seek.. haha..

Sunday, August 29, 2010

Askar Jepun Di Kota Bharu


maaf, kami menganggu siaran..!!
askar2 jepun telah mendarat di Kota Bharu (Sarjan Hassan)
~~kih3~~

berita tergempar
berikut adalah cerita yang ku dengar


SMKYP, 28Ogos:4orang perompak telah merompak di satu kedai
menghala ke segamat
3 balai polis yakni BP Segamat+BP Yong Peng+BP Ayer Hitam
telah berpadu tenaga mengejar suspek
suspek telah melarikan diri di kawasan YP
dan tersekat berdekatan dengan SMKYP
2perampok berjaya diberkas
manakala 2lagi melarikan diri kedalam kawasan sekolahku
orang ramai yang hairan dengan kehadiran polis telah memberikan bantuan
mengepung seluruh kawasan sekolah
pihak polis buntu kerna tidak berjaya mengesan suspek
dengan bantuan anjing pengesan
suspek berjaya diberkas
beliau bersembunyi di kawasan pokok berhampiran padang sekolah
3India 1Melayu berjaya disumbatkan ke penjara akhirnya
kejadian berlaku hampir 4 jam
1am-->4am
cikgumizi melaporkan untuk cikgumizi86.blogspot.com


cikgumizi:gambar kejadian tidak dapat ditunjukkan ketika itu aku sedang diulit mimpi.kejadian dilaporkan semasa di perhimpunan pagi.terkejut aku sehingga Diarrhea..

Sunday, August 22, 2010

@Umbai


Perjalanan yang mengambil masa hampir 2jam
Lokasi yang dituju ialah Umbai, Melaka
Tujuannya mestilah berbuka puasa bersama teman serumah
Tidak perlu membuat paperwork dan juga tidak boleh claim
~~hehe~~

Kami bertolak dari YP kira2 jam 5
Keyakinan dalam diri mengambil masa 1 jam ke Umbai
Akan tetapi deretan kenderaan lebar dan berat
Melambatkan perjalanan kami
Terpaksa mengekori "buntut2" kenderaan panjang itu
Dikhuatiri berlakunya kecelakaan jika tiada kesabaran
Tidak makruh rasanya melihat "buntut" kenderaan
~~haha~~

Sesampai disana kira2 jam 1905
Aroma air laut menusuk hidungku
Kembang kempis dibuatnya
Dikenakan bayaran parking singgit
Kami mencari meja kosong untuk menjamu selera

Ternampak segerombolan pasukan kuda kepang
haha.. aku tipu..
Segerombolan geng motor besar berkumpul di sebelah kedai Ros/Abu
Kami pun memilih berdekatan mereka
Merasai aura mereka

Kelihatan hidupan laut masih segar
Sesegar udara di pergunungan Himalaya
Deretan ikan2 membuatku cemas
Kerna tidak tahu akan namanya
Yang ku tahu ketam, udang, sotong dan juga ikan pari

Rakan serumahku memilih juadah untuk hari ini
Sotong goreng tepung(4ekor)
Ikan Jenak asam pedas (1ekor; saiz sederhana)
Ikan Siakap 3 rasa(1ekor; sederhana saiz)
Kailan ikan masin (hidangan 3 orang)

Perghhh.. dah lama tak pekena makanan laut
Memang best kat sini
Kami mengambil masa sejam untuk melicinkan hidangan
Kekenyangan.. burrppp...
Kos makanan==> RM94.10

Kami meneruskan perjalanan
Bermusafir ke banda hilir
Mengidam menaiki menara Taming Sari
Bayaran yang dikenakan RM10
Kami mengambil tempat
Tetapi hampa kerana masalah teknikal
Terpaksa refund balik tiket yang dibeli
Mungkin bahana dari ponteng teraweh malam tu
duhh..!!

Kami mengelilingi banda hilir
Sengaja menyedut udara segar malam
Angin sepoi2 bahasa memungkin aku untuk bermalam disana
~~hehe..~~

Kami bergerak balik kira2 jam 2300..
Dan tiba di YP jam 0100
Penat dan terus terlelap..
~~Zzzzz~~

cikgumizi: tidak dapat upload gambar kerna hp aku ketiadaan bateri semasa kejadian dan camera-man aku tidak turut serta, aku potong gajinya bulan ni..

Sunday, August 15, 2010

Bahang Raye


kebahangannyer mula di rasa
album2 raye sudah pun menjelma
iklan2 pun sudah menggila
semua keputusan di tangan kita

kereta sudah dihantar kebengkel
untuk memanjakan dirinya yang sekian lama
~~haha~~

sebelum ke bengkel
aku melawat mesin atm dulu
ku cucuk seperti biasa dan ku tekan punat2nye
ku tekan amaun yang diperlukan
teett..~~

eh, kad rosak ke..??
ermm...
lagi sekali ku cuba...
teet..~~
sama je..
takkan rosak kot..
duh..!!

ku cuba lagi sekali tetapi dengan amaun yang lebih kecil
ting..~~
yeay, kuar pun duit..
~~haha~~

cikgumizi: saf teraweh mlm pertama aalah 6baris di masjid.. aku mau melihat pada mlm ke 15 nnt.. hehe..~~

Sunday, August 8, 2010

weekend yang busy


hari minggu ni memang busy giler
ade 3 aktiviti yang membuatkan diriku busy

1. Majlis Permuafakatan

fakta kes:

aku dilantik sebagai photographer di majlis tersebut
macam2 gaya aku possing
~~haha~~

aku xnak cite lebih
tengok aje gambar yang bertuah terpilih
layan~~







2. Kembara Mahkota Johor(Kembara Sultan Johor)

fakta kes:
housemate aku ajak gi menonton live KMJ2010
xde la ramai sangat penontonnya tapi leh a 1st time aku tengok
hampir 40minit rasanya ktorang berada di tempat kejadian
menanti dengan penuh kesabaran
sempat gak a bergambar dengan Sultan Johor
~~kih3~~





3. Honda Autoshow (mencari kereta idaman)

selepas KMJ
aku gi Autoshow Honda di dataran Yong Peng
aku disambut amoi cun lagi seksi
sementara bulan pose blom start lg
aku cuci mate a dulu
~~ketawa~~
cuci mata tengok kereta la weii
~~haha~~

Honda City kaler maroon xde la
klu de memang aku dah angkat dah
RM90,480 Honda City 1.6E
perghhh..
meleleh peluh ketiak aku tengok





cikgumizi: dapat keychain honda(amoi seksi bagi), esok budak2 nak periksa tapi papernyer blom wat lagi.. haha.. teruk btol cikgumizi ni..

Friday, August 6, 2010

Futsal PK


walaupun cite ni dah xpanas
aku tetap nak post gak
sebagai diary seorang lelaki
~~hihi~~

hujan yang renyai dipagi hari
membuatku malas untuk pergi hantar budak2 di Pt Raja
rasanya selubung dalam selimut lagi best

SMKYP ditempatkan dalam kumpulan A
yakni kumpulan killer
SM Voka and SMK Semerah
Lawan tetap lawan..!!!

1st game SMV vs SMKYP
3-0 ktorg kne bantai
ktorang main canteq cuma finishing kureng skit

11th game SMKYP vs SMKS
ktorang kne bantai lagi 2-1
ape la nasib
~~haha~~








abes je game tanpa banyakcakap ktorg tros bungkus barang
balik sekolah
nak tunggu pun buang karen jer..
~~hihi..~~

cikgumizi: next year aku akan pastikan kejuaraan milik SMKYP.. go go go..!!

Monday, August 2, 2010

Bekok Trip


sepatutnyer aku post entry ni tyme ngah hot lg
oleh kerna bz n mls aku postpone
so arini tahap kerajinan aku bertambah
bermakna aku kne post kn gak

trip ke Bekok ni adalah hadiah kpd budak2 y mng nasyid ritu
aku just follow jer
pepagi ritu dapat msg ajak g bekok
oleh kerna aku free and xde geng kat umah
aku follow a dorg sambil2 mnikmati keindahan hijau daun

from my observation
the environment its ok la
xde pncemaran lg yang melanda
xde orang nepal y mandi sungai pakai sabun
hampeh.. (pengalaman di Ledang mase matrix dulu)

ni aku up kan beberapa gambar yang aku plagiat dari fesbuk Huda
hehe..







cikgumizi: xleh nk menyelam kerna air cetek.. kih3..