Followers

Tuesday, August 31, 2010

@ll in One

Baca entry title pun dah nampak malas
Aku nak post kan semua aktiviti yang kitorang jalankan
Sepanjang bulan kemerdekaan+puasa=OGOS

Program kemerdekaan

i. Mural

Mural bendera Malaysia menggambarkan semangat kami
Walaupun tidak sehebat Picasso atau pun Leonardo Da Vinci
Tapi bentuk bendera Malaysia tu tetap ada



Daripada dinding yang berdebu dan berkarat
Kami jadikan ia secantik merak
Kerja2 pembikinan mengambil masa seminggu
Plus minus hari hujan lagi
Jika tidak dalam 3h boleh setel
Walaupun tidak siap 100%
Tapi boleh laa..


ii. Pertandingan Lagu Patriotik

Lagu yang dipertandingkan adalah keranamu malaysia
2nd place SMYP menang semasa semarak islam
Tetapi kami olah semula
Supaya sesuai dengan semangat 1Malaysia

Kami mendapat hadiah khas
Walaupun hadiah khas
Hamper kami lebih besar dari yang lain
Aku rasa kan kami 1st laa
~~hihi~~

iii. Persembahan Penutup Bulan Kemerdekaan

Aku agak kecewa sikit dalam persembahan ini
Vokalis lelaki taknak nyanyi
Pujuk pun dia takmau gak
Semua audience sudah menunggu
Selamat plan kali ni ada vokalis lelaki and vokalis pompan
Aku suruh vokalis pompan nyanyi semua

Walaupun tidak sehebat semasa practice
Aku tetap puas hati
Perlu bersedia dengan plan B


Program Hari Raya

i. Biskut Raya

Aku tidak banyak membantu dalam aktiviti ini
Bagi ku sudah ramai kaki dan tangan dalam pembikinan biskut
Aku hanya sebagai pemerhati sahaja
~~hihi~~


3 jenis biskut raya
Watermelon biscuit+fancy ice-cream biscuit+almond london biscuit
Banyakkan..??
Aku tidak merasai lagi biskut ni
ermmm....

ii. Menganyam Ketupat

Hal ni aku advanced skit
Kalau nak ajar orang memang take time
Terlepas pandang je aku pun jadi confuse
~~haha~~

Ilmu ni aku belajar ngan mak ku
Aku tengok mak ku anyam sorang2 diwaktu dulu
Sambil tolong sambil belajar a kan
So sampai skrang aku ingat anyam ketupat
Walaupun setahun sekali jer buat
~~hihi~~


cikgumizi: tiga serangkai(Jai, sham,cikgumizi) bermain hide and seek.. haha..

No comments: