Perjalanan yang mengambil masa hampir 2jam
Lokasi yang dituju ialah Umbai, Melaka
Tujuannya mestilah berbuka puasa bersama teman serumah
Tidak perlu membuat paperwork dan juga tidak boleh claim
~~hehe~~
Kami bertolak dari YP kira2 jam 5
Keyakinan dalam diri mengambil masa 1 jam ke Umbai
Akan tetapi deretan kenderaan lebar dan berat
Melambatkan perjalanan kami
Terpaksa mengekori "buntut2" kenderaan panjang itu
Dikhuatiri berlakunya kecelakaan jika tiada kesabaran
Tidak makruh rasanya melihat "buntut" kenderaan
~~haha~~
Sesampai disana kira2 jam 1905
Aroma air laut menusuk hidungku
Kembang kempis dibuatnya
Dikenakan bayaran parking singgit
Kami mencari meja kosong untuk menjamu selera
Ternampak segerombolan pasukan kuda kepang
haha.. aku tipu..
Segerombolan geng motor besar berkumpul di sebelah kedai Ros/Abu
Kami pun memilih berdekatan mereka
Merasai aura mereka
Kelihatan hidupan laut masih segar
Sesegar udara di pergunungan Himalaya
Deretan ikan2 membuatku cemas
Kerna tidak tahu akan namanya
Yang ku tahu ketam, udang, sotong dan juga ikan pari
Rakan serumahku memilih juadah untuk hari ini
Sotong goreng tepung(4ekor)
Ikan Jenak asam pedas (1ekor; saiz sederhana)
Ikan Siakap 3 rasa(1ekor; sederhana saiz)
Kailan ikan masin (hidangan 3 orang)
Perghhh.. dah lama tak pekena makanan laut
Memang best kat sini
Kami mengambil masa sejam untuk melicinkan hidangan
Kekenyangan.. burrppp...
Kos makanan==> RM94.10
Kami meneruskan perjalanan
Bermusafir ke banda hilir
Mengidam menaiki menara Taming Sari
Bayaran yang dikenakan RM10
Kami mengambil tempat
Tetapi hampa kerana masalah teknikal
Terpaksa refund balik tiket yang dibeli
Mungkin bahana dari ponteng teraweh malam tu
duhh..!!
Kami mengelilingi banda hilir
Sengaja menyedut udara segar malam
Angin sepoi2 bahasa memungkin aku untuk bermalam disana
~~hehe..~~
Kami bergerak balik kira2 jam 2300..
Dan tiba di YP jam 0100
Penat dan terus terlelap..
~~Zzzzz~~
cikgumizi: tidak dapat upload gambar kerna hp aku ketiadaan bateri semasa kejadian dan camera-man aku tidak turut serta, aku potong gajinya bulan ni..
2 comments:
jauhnye berbuka...hehehe
jauh perjalanan, luas pemandangan.. hihi.. jom g sne lg..
Post a Comment