Hari ini sungguh menakutkan kerna pihak komunis menyergah aku dirumah sewa
berbasikal sambil menyanyikan lagu can mali can dan rasa sayang hey
sungguh menakutkan hingga menyorok dibelakang tabir
diam tak terkata ditakuti disedari oleh beliau
~ketawa~
pihak komunis yang ku maksudkan ialah pelajar ku sendiri
tidak ku sangka berjaya juga mereka mencari rumah sewaku
tidak.. tidak akan ku munculkan diriku dikhalayak mereka di sebalik tempat tinggalku
bukan bermakna aku tidak prihatin
tetapi jika aku menyerah diri
bermakna aku akan merana dikemudian hari
faham maksudku..??
mereka akan sentiasa menziarah aku walaupun aku sihat
mengganggu hari tenangku
segala rahsiaku
~ketawa~
nampak gayanya aku perlu bernomad kembali
menjadi golongan hippies dizaman moden
merantau menaiki caravan bagi mengelakkan sergahan askar komunis
~GELAK BESAR~
askar komunis sedang korek hidung, itulah gerangannya
lepas sudah hari bertugasku selama seminggu
menjadi pak guard di pintu besar sekolah
desas desus yang kudengari kuketahui diriku telah diumpat
dikatakan aku tidak senyum semasa bertugas
geli hati sungguh
perlu ke aku sentiasa senyum semasa bertugas..??
yakin ke aku tidak senyum..??
bagaimana aku mahu senyum jika mereka ini tidak pandangku..??
pelik tapi memang benar
itulah masalah yang kuhadapi dari dulu
agaknya aku perlu berlatih senyum
melebarkan lagi senyumanku sehingga sampi ke telinga
~ketawa~
sesiapa yang ada tips untuk memaniskan senyuman
sila hubungi aku
ajar diriku cara senyuman yang boleh dinilai
status: kemalasan untuk menghadiri sidang LDP esok hari, tidak sabar untuk cuti panjang
7 comments:
hahhaa mcam2 cabaran cikgu baru ek mizi....
caiyok2..
lain kali time dorang lalu tepi tu kau gelak kuat2. biar dorang tkejot besar then xberani dah nk kutuk.
lallala..
bhati2 di lur rumah!~
xyah a gelak camtu kot, nnt org ckp tu la wahana jadi cikgu pendidikan khas.. haha..
ahahhaha...
tul gak kan...
haha..
adueyeiii ..
kondisi sekarang menakutkan diriku.. terpaksa intai dulu sebelum keluar rumah, ditakuti di ambush oleh mereka ini.. haha..
hahaha..abesla ko pasni cikgu mizi oi... aku rase ko kene buat signboard waktu melawat..hahahaha
tu ler psal.. tp klu letak pun, bknnyer dorg reti bace.. hihi..
ko buat ar signboard yang ada sign language..haha
Post a Comment