Followers

Friday, October 28, 2011

Projek Lanskap Ke-2


projek lanskap ke-2 yang sedang berjalan
pondok kecil yang usang
pagar2 sedang dibangunkan ditambah pula pintu gerbang kayangan
kalau tiada halangan dan palangan
2projek ini boleh disiapkan sebelum cuti sekolah bermula
~~huhu~~

assignment induksi masih belum dimulakan
malam ini dengan bangganya kau mengisytiharkan
tugasan induksi akan dimulakan
ini bermakna aku terpaksa mengurangkan masa berFB+berBlogging
seminit pun masih dikira berkurangkan
~~haha~~


esok kursus 2hari memasang jubin di SK Sri Gading
sesaje nak belajar secara formal
~~hihi~~~


peneman dikala kesunyian
Si Bocha bersama teman

cikgumizi: memerah otak untuk aktif menghafal kembali segala info... arghhh.....!!

Thursday, October 27, 2011

Keringat Yang Dikerah


hari pertama persekolahan selepas cuti 5hari
memang memerah keringat
sehingga ketitisan peluh yang terakhir
ku sangka cuaca redup sepanjang hari
rupa2nya panas terik di tengahari
hati gumbira bekerja menyiapkan lanskap
hanya guru PK saje yang tau
~~hihi~~




pagar keliling kolam yang dibina dari kayu mati
guna sepenuhnya hasil bumi yang asli
cuba meminimumkan kos dan menanam kesungguhan dalam diri
barulah puashati kalau projek ni dah siap
betol3....

mendengar berita yang kurang enak di sekolah
memang sakit hati jer kalau dengar
tapi memang cenggitu dari dulu
buat pekak telinga je la
lalala....~~

cikgumizi: cuti sekolah bakal menjelma, xsabarnya nak jaga pekse (cari duit lebih).. huhu..

Wednesday, October 26, 2011

Souvenir Deepavali


perjalanan pulang dari KL-YP yang menyejukkan
seperti yang diketahui pada pagi tadi aku setelkan satu assignment di Taman Tasik Perdana
kemalasan untuk pulang ke YP menyebabkan aku sengaja melewatkan masa bertolak
jika mengikut jadual memang lepas zohor tapi rancangan di TV3 menyebabkan tertangguh
selepas buletin 130 rancangan Puteri Ditukar
cerita indon yang menyakitkan hati kalau tengok
memang ngok ngek betul sakit jiwa kalau tengok tapi dah macam ketagih nak tengok
~~huhu~~

selesai tengok sinetron jam 3petang cerita Bella Callamidades
perghhh~~
awek cun2 beb+sexy 
~~haha~~
jangan marah yer makweku
makwe..? jeng3..
tapi sesambil menonton tangan tu packing barang a walaupun xbanyak
jam 4petang baru bergerak dalam keadaan cuaca yang semakin menggelapkan diri
sesampai je kat area N9 hujan segera menurunkan dirinya.wahh.kesejukkan menggila
sepanjang perjalanan memang menggigil walaupun aircond dah slow
tapi tadi hampir2 aku membawa souvenir Deepavali dari Petronas cheras
sedang menunggu minyak diisi
aku pun dengan tenang cuci sikit cermin depan dan cermin belakang kereta
saje nak show off depan awek2 kat pam minyak
~~haha~~
selesai je cuci cermin tengok2 minyak xsiap lagi
apalagi beb..
aku sambung cuci body kereta lak yang suci dalam debu
pas cuci body dengan slumber badak je aku masuk kereta n start enjin
masuk gear pastu tengok side mirror
jeng3..~~
nozel minyak aku xangkat lagi
mak aii.. selamat aku tengok side mirror
kalau x memang koyak rabak lak wallet aku nak cekau duit bayar ganti rugi
~~huhu~~


ritu masa nak lek KL pun hampir2 nak accident
disebabkan oleh pemandu kereta wira aerobik hijau yang mengong tahap gaban
nak potong xtengok kereta depan
selamat 2ekor anjing yang menghalang jalan melambatkan perjalananku
jika x memang aku dah berdentum a
papehal sebagai peringatan kepada kengkawan
kalau naik kereta jangan lupa baca doa
aku selalu amalkan ayat kursi+ayat seribu dinar+3Qul semasa naik kenderaan
mungkin itu penyelamat dan pendinding dari malang yang tidak berbau

cikgumizi: renung2kan dan selamat beramal....:)

Pre-Wedding@Taman Tasik Perdana


Venue: Taman Tasik Perdana
Date: 26102011

hari ni sempat gak ambik gambar Pre-wedding abangku
oleh kerana kekurangan equipment+crew+masa
ni aje yang mampu diambil
ramai giler orang yang melepak kat situ
oleh sebab cuti raya deepavali
orang ramai mengambil peluang bersantai bersama keluarga
memang kat situ port photographer yang terbaik












sedang dalam perjalanan ke parkir kereta
ternampak 1pokok yang agak menarik je namanye
kelakar pun de
kalau nak tau pokoknye camner
try a tye Mr Google
~~hihi~~


cikgumizi: esok dah mula sekolah kembali, tinggal beberapa minggu je lagi untuk cuti sekolah tapi aku kena jaga periksa SPM.. cari duit lebih.. huhu...

Saturday, October 22, 2011

Taklimat KISSMe


petang semalam baru menghadiri taktlimat KISSM
care nak sebutnya KISSMe
bukan KISS ME yer
bertempat di SMK Tun Ismail Pt. Raja
selamat dekat
tarikh KISSM telah ditentukan
iaitu pada 22-24.11.2011
bertempat di Hotel Sri Pelangi, Muar
fuhh.. lega lagi..
dekat ngan kampung
xde la nak mencari2 sangat kan
tajuk individu dan kumpulan sudah diketahui
so nak menyelesaikan je la
otak dah beku nak menghafal nota2 yang diberi
kena makan otak2 banyak2 baru leh masuk ni
~~huhu~~


harini mahu pulang ke kota
bercuti sehingga rabu depan
terpaksa bersekolah hari khamis n jumaat kerna cuti tidak diluluskan
okla daripada xcuti langsung
de benda kena setelkan cuti ni
poning2..

next week de kursus memasang jubin lak
dianjurkan oleh kolej komuniti segamat n kolej komuniti tg piai
bayaran rm30 selama 2hari
murah dan berbaloi berbanding kursus diluar
musti rebut peluang
leh wat part time pasang jubin kt rumah orang time cuti
~~huhu~~

cikgumizi: pastikan bilik kemas dan bersih sebelum bertolak ke kota..

Thursday, October 20, 2011

Malam Semarak Kasih Sebuah Ikatan Persahabatan 2011


Ribuan terima kasih buat mereka yang terlibat yang telah menjayakan
Program Malam Semarak Kasih Sebuah Ikatan Persahabatan 2011
berlangsung semalam walaupun gerimis mengundang
tidak lupa juga kepada tuan tanah @ tuan rumah yang bersusah dan berpayah memberi keizinan
untuk memporak-perandakan rumah beliau
~~hihi~~

buat masa ini sekitar 20orang peserta yang menyertai program ini
tahun hadapan mungkin bertambah
walaupun menu juadah tidakseperti di RBR
yang penting ikatan ukhwah yang terbina disebalik program
ikanQ+AyamQ+sosejQ+KerangQ+Otak2Q
itu pun sudah melebarkan saiz para peserta




atas:baju merah tu 5tahun pengalaman menjadi mandur
bawah: tuan tanah@ tuan rumah










banyak lagi gambar yang kenangan yang sempat dirakam
tetapi tidak dapat dimuatnaik seluruhnya
jika ada peserta yang berminat untuk memiliki gambar kenang-kenangan tersebut
bolehlah membeli dengan menghubungi jurufoto kami
CikguSham ditalian 0177******
kalau kenyit2 mata dengan dia bolehlah dapat gambar free
mengikut pekeliling yang terakhir
"mengikut budi bicara jurufoto kami"
~~hihi~~

cikgumizi: walaupun kepenatan, kegembiraan dan kepuasan terpancar di wajah para peserta..

Monday, October 3, 2011

Rompin Beach Resort


percutian 2H1M kali ni memang best
destinasinya adalah seperti title diatas
percutian ditaja oleh sepenuhnya oleh PIBG+duit poket masing2
agak jauh jugak la dari YP
kira2 4jam perjalanan bas
tak termasuk terlajak simpang
~~haha~~

sebenarnya ni adalah Jamuan Akhir Tahun+LDP ke-7
tapi cuaca tak mengizinkan untuk bermain sepuasnya
 





















trimas buat penganjur aktiviti LDP kali ini
tak lain dan tak bukan KEBIRU 2010/11
yang bersusah payah menjayakan program ini
sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung
yang tolong angkat barang pun terlibat jugak

cikgumizi: diharap tahun depan dapat buat 3H2M lak yer kawan2... huhu.. all the best buat student PK yang mengambil PMR esok hari, semoga apa yang dibelajar mendapat keberkatan.. amin..~~