Followers

Sunday, June 20, 2010

Sang Kancil Di Highway, Biar Betol...??

diriku sekarang berada di Yong Peng
bukan di Perak yer
selalu orang ingat yong peng tu di Perak
kat perak tu Gopeng..
ermm...

ku bertolak dari KL jam 1130
bersaing dengan bertolak dengan family ku
tetapi berbeza destinasi
mereka ke Utara
dan aku ke Selatan
untuk menghantar adikku ke Politeknik Penang
pendaftaran untuk kurusus diploma

sepanjang perjalanan yang membosankan
aku menghiburkan hati dengan melalak berkaraK.O di dalam kereta
lantak a sumbang ke sengau ke janji aku happy

2jam 30 minit dari KL ke Yong Peng
dengan kelajuan 100kmj
slow cam siput aku drive
"pandu cermat duit pun jimat"
~~haha~~

selepas aku isi minyak di R&R ayer berkeroh
berlakunya kemalangan di tengah2 highway
sebuah kereta kancil terbalik ditengah2 lane
aku terpikir macam mne leh terbalik
sedangkan tiada kereta lain pun yang terlibat
ermm.. pelik..

sedangku melepasi kereta tersebut
apa yang pasti
nombor plat kereta tersebut telah ditanggalkan
kenapa..??
jika tidak sudah pasti jalan jem
kenapa..??
sudah pasti ramai orang berhenti untuk melihat kekayaan yang tak pasti..
apa itu..??
sport toto la beb... buat2 xpaham lak..
aku tidak dapat snap picture
disebabkan ramai polis yang mengawal lalulintas
nanti xpasal2 kene saman pkai henfon semase drive
~~haha~~

esok penggal ke-2 sesi persekolahan bermula
apa yang pasti
diriku tersangatlah malas
ermmmm....


cikgumizi: sedang membaca buku "menjadi guru pendidikan khas" untuk naikkan semangat yang hilang.. hehe..

3 comments:

nazri said...

fuhh.. kancil terbalik..

miss dayana said...

selamat bersekolah cikgu mizi!!! heheheehe..
tp lagu kat blog ni tacing la cikgu... kalau nak mulekan hidup baru..lagu kene tuka ni:)

Cikgu Mizi said...

xtgk lg lgenda budak setan.. huwaa..T_T
yela cik dayana, atas nsihat anda sye tukr theme song blog nie, kasik rock skit.. yeyeah..!!