Followers

Thursday, February 2, 2012

Berpisah Roh Dan Jasad


semalam ketidoaan agak lewat
membuat senarai nama untuk tempahan baju T-shirt
dan juga senarai nama rumah sukan
bersengkang mata menaip mengadap komputer riba
kugagahkan juga menyiapkannya kerna masa kian suntuk
bertemankan siaran televisyen yang boleh kudengar suaranya sahaja
disebabkan mata terpaku diskrin laptop
~~huhu~~

sesudah selesai kan kerja
mata pun mulai memberat ditambah dengan kedinginan embun pagi
kulabuhkan kudrat ini ditilam empuk
sementara menunggu mata terpejam
telinga disumbatkan dengan earphone untuk mendengar alunan muzik dari corong radio
aku menekan-nekan butang next bagi mencari siaran yang sesuai dengan halwa telinga
dari hot.fm -->suria fm -->sinar fm-->muzik fm --> ikim fm
akhirnya jiwa ini aman dek alunan selawat menusuk roh diri
ku biarkan ia berkumandang dipelusuk kapilari-kapilari darah
sekaligus mencuci hati yang berkeladak dengan picisan-picisan dosa duniawi
sehinggalah diri ini berpisah antara roh dan jasad

gambar sekadar hiasan

aku seperti diawang-awangan
diri ini seperti kembali ke zaman persekolahan
aku duduk didalam sebuah kelas nan indah
seorang ustaz dan ustazah sedang mengajar diri ini bahasa arab
satu persatu diajari berkaitan "Nahu"
satu persatu aku menyebutnya
mengikuti ustaz yang membimbing diriku ini
terasa amat seronok sekali
tapi.............
tiba-tiba roh kembali ke jasadnya
aku sedar dari tidurku
tapi telingaku masih dengar bait-bait tutur kata ustaz berkenaan
ku celikkan mata dan....
rupa-rupanya earphone masih melekat dilubang telingaku
dan ikim fm masih lagi meneman diriku ini
segmen "MARI BELAJAR BAHASA ARAB"
adehhh.........
tengok jam sudah menunjukkan jam 430 pagi
sebentar lagi nak ke sekolah lak
tak rehat la nampak gayanye
malam belajar bahasa arab secara tak langsung
siang pula mengajar
~~haha~~


latihan rumah sukan petang tadi tidak dapat dijalankan dengan lancar
disebabkan kehujanan sepanjang 2jam yang telah diperuntukkan
bestnye dapat tido tadi
sudah lama YP tak hujan selebat tadi
rugi2....
~~huhu~~

cikgumizi: banyak kerja kena setelkan, caiyok2....

No comments: