Followers

Sunday, January 29, 2012

Jamboree Ayer Hitam 2012

keletihan tahap gaban hari ni
pagi tadi berlangsungnya Jamboree Berbasikal Ayer Hitam
bertempat di balai polis lama Ayer Hitam
penyertaan lebih dari 300 orang dari pelbagai daerah termasuk negeri lain
datang2 tengok basikal dorang memang terbaik
bukan takat seribu dua je beb
mau lebih dari harga sebuah motorsikal modenas kriss
~~huhu~~

pic kat bawah ni time aku panaskan kaki dulu di jalan Ayer hitam
bertemankan Kuda Belak2 mengelilingi sekitar situ
muntah angin dibuatnyer
seminggu lebih tak berkayuh sebab cuti
esok de event baru sebok2 nak kayuh
amik kau 3x stop kat tepi jalan
tapi pas keluar semmua angin2 jahat
semangat semakin membara
perjalanan tetap perlu di habiskan
~~huhu~~




kitorang memakai jersey subsidi kaler oren
yang lain semua gah memakai jersey club masing2
cuak woo tengok dorang
dah macam LTdL
~~hoho~~

laluan trek yang mencabar
dari trek yang landai sehinggalah trek melebihi 45 degree
tak larat kaki nak mendaki
terpaksa menolak
tapi satu perkara yang mendukacitakan
Kuda Merah ku tidak dapat beraksi
mungkin kepenatan dari latihan sehari sebelumnya
argghhhh... tensennyer
terpaksa meminjam abang Kuda Belak2
Si Kuda Biru
same spesies ngan Kuda Merah
cuma mungkin beliau lahir di tempat bersalji
sebab tu kaler putih
~~haha~~







macam2 hal terjadi
ada peserta yang terjatuh semasa downhill
sampai helmet pecah dengar khabarnye
ada yang tayar pancit
termasuk Kuda Belak2
ada yang tak dapat meneruskan kayuhan
dan ada yang terkurus secara tiba2
~~hihi~~

tapi macamane sekali pun
kitorang dapat menghabiskan kayuhan  sehingga ke garisan penamat
yang paling syok dapat escort dari rela dan polis 
sampai jalan kena tutup disebabkan kitorang nak lalau
~~haha~~


keadaan Kuda Biru dan Kuda Belak2 selepas event
memang kena hantar dobi ni
~~hihi~~

cikgumizi: AKU NAK CUTI SEHARI LAGI...................!!!!!!

No comments: