Pada 14 dan 15 Jun 2011
telah dianjurkan program Semarak Islam bagi peringkat negeri Johor
venue pertandingan di La Bella Camp, Mersing
aku pernah melalui kawasan itu sewaktu percutian di Mersing suatu tika dulu
dan kali ini aku kembali sebagai wakil daerah Batu Pahat
seperti yang aku ceciter sebelum ini
sekolah aku wakil nasyid bagi daerah batu Pahat
aku nak ceciter melalui gambar yang aku upload di bawah ni
~~huhu~~
amaran dan peringatan telah diberitahu
kesalahan disiplin akan dikenakan denda ala-tentera
oleh kerna yang mengikuti majoriti adalah ADHD
ala-tentera memang sangat2 diperlukan
~~hihi~~
dari bab makan sehinggalah ke bab pengurusan diri
kalau buat silap alamatnya bersedialah dikenakan hukuman
dasat2~~
malam pertama di tempat penginapan
semua pelajar dipaksa untuk tidur pada jam 10.00 malam
tapi punay lah hiper dorang ni
susah bebeno nak tidurkan dorang
cikgu2 dah keletihan
warning demi warning diberi
tapi tak makan saman jugak
tapi lama kelamaan dorang tertido jugaj
memang betul2 banyak bersabar
aku pun ketidoan dengan nyenyaknyer
tiba2......
"Marilah... Bersama Bersatu...."
seorang pelajarku bernasyid ditengah2 malam
tersentak aku dari mimpi
"ehh.. apekehey nyer ni..." suara hatiku
aku ternampak kelibat pelajarku duduk bersila
aku pun bingkas bangun
"Ayol, dah2... tido2....." aku menenangkannya
"huh, ape cikgu. okey..." sambil memalingkan mukanya dengan mata yang terbeliak dan terus tidur kembali
"mak ai.. ngigau rupernyer, punyalah gementar sampai terbawak2 dalam mimpi." gelak sakan a
cuak gak dibuatnya
manakan tidak
tepat 12malam dia boleh ngigau lak
~~haha~~
keesokan harinya
sebelum giliran tiba
Sheikh Al-Fadhil Ust. Norhisam Bin Tukiran Al-Hafiz mengetuai bacaan doa
bagi mengurang debaran dan kecuakan hati
bukan budak2 jer yang cuak beb
cikgu2 nyer sekali yang cuak
yela kan..
takut2 dorang buat masalah semasa mendendangkan nasyid
debaran tetap ada
Alhamdulillah
segalanya berjalan lancar
mereka telah cuba yang terbaik
tiada perkara2 yang tidak diingini berlaku
semuanya berjalan seperti yang dirancang
selesai jer giliran
kami berpakat mengambil gambar untuk kenang-kenangan
sesaje je posing sana sini
~~huhu~~
keputusan pertandingan aku tak ingat
tapi nasyid MENANGgung kekalahan
tahun depan boleh cuba lagi
~~huhu~~
seorang sahabat yang mengalami kesukaran
tayar keretanya pancit
selamat ada abang driver ni sudi membantu
siap bersongkok dan berbaju korporat
~~kah3~~
masa otw lek ke Yong Peng
telah berlaku satu fenomena yang menakjubkan
yang ini kali pertama kau melihat depan mata
puting beliung yang berlaku di Mersing
patutlah angin semacam je kuat
besar gak tu
rasa takjub sikit dengan kebesaran yang Esa
SubhanALLAH
cikgumizi: next entry aku nak cecite pasal camping yang kitorang buat di Mersing. bermakna kitorang berada di Mersing selama 4H3M.. bestnya.. huhu..
No comments:
Post a Comment