betul kata pepatah melayu
ikutlah resam padi
makin berisi makin tunduk ke bumi
jangan seperti lalang
tiada isi tapi tetap dongak ke langit
peristiwa yang pertama kali aku alami
bukan peristiwa malam pertama yer
~~kah3~~
setelah bershopping sakan di Low Yatt Plaza
aku pun terus menuju ke Bandar Tun Razak
mengambil cop yang aku tempah tempoh hari
dengan menunggang Lagenda biru yang telah diconvertkan ke cover set putih berkapasiti 110cc
aku menuju ke destinasi
tiada masalah yang perlu dirisaukan
selepas aku mengambil cop
lantas aku menuju kerumah
sesamapinya aku berada di simpang HUKM
tiba2 motor tersengguk2
"alamak..!" (jeritan batinku)
"minyak kehabisan ke..??" fikirku
tengok meter macam ok je
aku teruskan jugak perjalanan
dan baru 1km perjalanan
Lagenda yang berhati jambu ni mematikan dirinya
"perghhh.... berdekatan dengan bus stand lak tu" getus hatiku sambil menutup mata
aweks2 banyak
kemaluan weyhh...
dengan memakai helmet ARC
aku mengcoverkan mukaku ini
check tank lak
ermmm... penuh lagi ni
tapi penuh ngan udara jer a
minyak kehabisan
~~haha~~
ku tolak motor kaler putih ni dengan 2kaki yang berkuasa manusia ini
lalu dihadapan sekumpulan Polis Bantuan
"Nape ngan motor..??" tanya beliau
"tangki minyak bocor, minyak kehabisan..." tersengih2 aku menjawabnya
ku teruskan perjalanan
Polis bantuan tadi datang menghampiri diriku ini
"meh la saya tunda samapi shell sne.." pelawanya
"woraite...." jeritan batinku kegembiraan
terus beliau menghantarku ke stesen minyak berdekatan
bukan senang beb dapat polis escort
~~kih3~~
ku ucapkan terima kasih
belum sempat nak belanja dia minum
dia berdesup kepergian
ni la first time pengalaman kehabisan minyak
mentang2 dah lama xnaik motor
lupa lak kedudukan meter minyak motor
kalau kereta meternya eye level
senang nampak
~~huhu~~
pepatah melayu moden
ikutlah resam penunggang
makin ber'isi' tunduk tengok meter minyak
jangan ikut resam pemandu kereta
makin ber'isi' dongak sentiasa
~~huhu~~
trimas banyak2 buat Polisi yang membantu aku tadi
kalau tidak haru dibuatnya menolak motor 10km
~~huhu~~
cikgumizi: xsabar nak mengetest D7000, sok balik YP cari port yang best.. huhu..
No comments:
Post a Comment