saban tahun kita meraikan Maal Hijrah
cuba kita tanya pada pemuda-pemudi diluar sana
soalan yang paling asas
maal hijrah pada bulan apa..??
kalau dorang jawab bulan Disember
tolong sepak dorang dengan kuat yer
~~hihi~~
Maal Hijrah disambut pada bulan Muharam
Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah)
Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib
kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi
Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam
sama ada dari sudut dakwah Rasulullah
ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang'
iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah
(Al Baqarah: 91)
(Al Baqarah: 91)
Sejak pemansuhan itu
umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan
sedang aku meneroka bahan bacaan di internet
terpandang sebuah hadis yang agak sesuai untuk dikongsi bersama
Hadis 1 di dalam Hadis 40 karangan Imam Nawawi
Dari Amirul Mu’minin, Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada apa yang diniatkan.
Sesungguhya bagi setiap orang apa yang diniatkannya.
Barangsiapa hijrahnya untuk Allah & Rasul maka hijrahnya untuk Allah & Rasul.
Barang siapa hijrahnya untuk dunia yang dihajatinya atau perempuan yang ingin dinikahinya,
maka hijrahnya pada apa yang diniatkan.”
dari hadis ini
kita perlu tahu niat hijrah kita
samaada duniawi atau ukhrawi
jika duniawi yang menjadi idaman
hanya kenikmatan duniawilah yang dirasai
jika ukhrawi menjadi pilihan
itulah yang nikmat yang kekal selama-lamanya
bukan sekadar menyambut Hijrah Rasulullah
tetapi hendaklah menyambung Hijrah Rasulullah juga
jika kita berjaya
itulah Hijrah yang paling besar dalam hidup kita
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar
atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini
dan Allah binasakan aku satu saat jua.
Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah
mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”
Kredit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM), Nizhny Novgorod, Azhad
Cikgumizi: selamat menyambung Hijrah Rasulullah. renung-renungkan dan selamat beramal..
No comments:
Post a Comment