sesiapa yang ada mercun bola lebihan raya
sila dermakan kepadaku
aku ingin memercunkan anjing-anjing yang menyalak bukit
menyebabkan idea-idea untuk menulis
terpesong dari memasuki ruang otak ini
dengan gelombang yang membingitkan
juga meremangkan
~~kih3~~
betul kata orang
penantian suatu penyeksaan
seorang kekasih yang menunggu kepulangan buah hati
yang sedang menimba ilmu diperantauan
tiada ruang liputan telefon untuk bermadu kasih
apatah lagi di wilayah celcom
merana bukan kepalang
tapi..
bukan itu yang aku ingin gambarkan
maksud sebenar aku
menjadi pengawas SPM
(cehh.. asek citer pasal exam jer.. boring2..)
tidak boleh bercakap
tidak boleh duduk
tidak boleh makan
tidak boleh baca surat khabar
(lagi2 harakah..kih3)
tidak boleh ....
tidak boleh ......
argghhhh....
bagi aku
tidak boleh baca surat khabar
(lagi2 harakah..kih3)
~~haha~~
jika aku menurut rang undang-undang yang diperuntukkan
memang mati kebosanan
jangan cakap 30 minit
5minit pun dah membuatkan aku stress
~~kih3~~
lagi 4 hari untuk SPM bakal melabuhkan tirainya
laungan MERDEKA bakal menggegar
agaknya inilah erti sebenar kemerdekaan bagi mereka
Bilakah tarikh merdeka bagi negara Malaysia?
A. 31 Ogos 1957
B. 1 Januari 2010
C. 29 Februari 1999
D. Selepas tamat SPM setiap tahun
kalau ada yang menjawab D
sila lempang 100x yer
diminta kalau-kalau PM baca entry ini
sila bagi cuti umum seluruh malaysia
bagi menyambut hari kemerdekaan yang baru digubal ini
(poyo je PM nak baca, macam la femes sangat blog ni..)
~~haha~~
cikgumizi: kepala kerap kepeningan, ada apa2 tips boleh digunapakai untuk hilangkan pening kepala..
2 comments:
CIKGU, kalu camtu, cakap sensorang la.. hehehe.
Hari last nanti, nak join budak2 tu melompat jerit Merdeka ker?
itu smestinya... 7x akan dilaungkan lagak gaya seperti TAR... kih3...
Post a Comment