Followers

Sunday, February 21, 2010

potong jangan tak potong

tepat jam 12 tengahari, aku selamat tiba di destinasi aku iaitu salam sejahtera (bahasa cina:YONG PENG). perjalanan berseorangan dengan menaiki honda gelombang (dibaca:wave) tidaklah membosankan seperti dijangka kerna aku sempat berlumba-lumba dengan budak-budak hingusan dari UTM ataupun UITHO pada haluan yang sama.

dengan selamba badak jer aku memotong mereka dengan pantas dan berdesup di selekoh 75 lebuhraya utara selatan
(PLUS). aku ketawa dengan girang kerna berjaya menunjukkan kepoweran motor gelombangku.

tiba-tiba...

tanpa disangka-sangka motor honda cup (yakni gerombolan pelajar itu) memotong aku di selekoh 95 kerna kepanasan yang membara di potong aku sebentar tadi. maka terjadilah kejar mengejar sambil lagu pop shuvit berkumandang.. lagak aku seperti Valentino Rossi mengejar Micheal Schumacher..

potong memotong memang sudah adat dalam perlumbaan, akan tetapi aku merasakan mereka semakin jauh meninggalkan aku. aku memulas throttle aku semaksima yang boleh akan tetapi mereka tetap semakin jauh. dan diriku mendapat idea untuk memotong mereka dengan cara mencucuk angin belakang bas. mangsa(bas KKKL) pun tiba, tanpa melengahkan masa aku terus mencucuk angin bas itu.hatiku gumbira. aku tersedar dari lamunan kerna sudah 30 minit aku mencucuk angin bas tapi tak dapat juga aku memotong mereka. pelik dan hairan. aku melihat meter kelajuan motor aku.

masyaALLAH, 80km jer. hampeh. patut la tak dapat potong.


dengan hati yang kecewa aku meneruskan perjalanan dengan memotong bas demikian.

dan kini aku terperangkap didalam rumah kerna kunci solex pagar berada di motor, rakan serumah ku telah mengunci semasa aku sedang lena. macam mana aku nk selesaikan masalah aku ni..

ermmm.. buntu...

No comments: