fuhh.. hari ketiga aku berada di kuala lumpur(yakni ibu kota kelahiranku.gembira). tiada banyak perubahan yang berlaku disini sejak aku meninggalkan KL untuk mencurahkan bakti kepada agama. bangsa dan negara.(baru sebulan je.ketawa.guling2)
apa yang perubahan yang ketara disini yang sempat aku buat eksperimen sebagai konklusinya ialah perubahan suhu yang semakin bertambah nilai angkanya. ini menyebabkan aku mengambil keputusan untuk berbogel di rumah(buka baju jer la.suspen.). eksperimen ni aku jalankan berseorangan tanpa prosedur yang telah ditetapkan oleh ahli majlis saintis sedunia. ini dia hasil laporan yang aku buat.
p/s: aku terlupa format lab report kerna sudah berabad aku tidak menulisnya.ketawa.sendirian.
tajuk: perbandingan suhu antara 1 dekad yang lalu dengan pada hari ini(yakni 15 februari 2010)
objektif:1. mengenalpasti perubahan suhu di KL tanpa diawasi oleh guru
2. mengenalpasti keperluan penggunakan krim pencerah.
alatan:
cahaya matahari dalam pukul 1 tengahari, jam tangan tag heuer (aku beli rm30 masjid india), tangan sendiri (sebelah je)
prosedur:
1. pastikan cahaya matahari yang digunakan tepat pada pukul 1 tengahari. kalau tidak eksperimen ini tidak sahih.
2. hulurkan tangan anda di cahaya matahari tanpa memakai uv protection cream.
3. ambil masa sehingga tangan anda menjadi gelap. (tanganku memang gelap pun.ketawa)
4. catatkan masa yang diambil.
keputusan:
selepas ditambah dan tolak tidak termasuk seorang pakcik menegur perbuatan aku yang seperti kurang ciuman.. eh.. siuman sebelum mengajak aku pergi ke masjid kerna waktu zohor dah masuk, masa yang sebenarnya adalah 5 minit.
kesimpulan:
agak-agak saya suhu sekarang dalam lingkungan 30-35 darjah celsius. peningkatan yang semakin membimbangkan kita tetapi menggembirakan tokey-tokey jual cream pencerah.bandingkan kecerahan antara 2 belah tangan anda. jika tiada perubahan.anda memang memerlukan krim pencerah kulit.ketawa.gelihati.
mencarut je a aku ni..
opss.. correction...
mengarut je a aku ni. adakah ini side effect dari mengajar budak-budak pendidikan khas...?? mungkin tidak. hanya gurau senda dariku
No comments:
Post a Comment