Followers

Sunday, February 28, 2010

singgah sebentar

tak tau mahu menulis apa dalam blog
sih mencari sesuatu yang menarik bagi mengisi ruang blog ni
jika dulu banyak sahaja perkara yang mahu dikongsikan
tapi kini kosong tiada idea
bingung

apa yang aku boleh buat di YONG PENG ni..??
nak bercucuk tanam takdek tanah lak
menunggu teman yang se"kapal" yang boleh menghilangkan kesunyian

satu perkara yang membuat aku suka hidup disini
no entertainment
secara tidak langsung solatku jarang yang terlewat
menepati waktu
jika dulu tunggu last2 baru kelam kabut
ketawa

minggu ini aku rasa akan sibuk
kerna 2 acara sukan yang perlu memerah keringat dan tenagaku
sukan sekolah dan juga sukan pendidikan khas daerah Batu Pahat
tiap petang telah kuperturunkan segala ilmu kesukananku kepada pelajar
aku bukanlah seorang atlit
tetapi sebagai seorang guru mestilah tahu segala2 nya
itulah kehebatan memegang gelaran guru

guru itu ustaz
guru itu ibubapa
guru itu kaunselor
guru itu atlit
guru itu tukang kebun
guru itu jurulatih
guru itu polis
guru itu hakim
guru itu ...... aahhh...
terlalu banyak yang perlu ditulis


status: kebosanan tahap gaban kerna keseorangan dirumah dan tiada tempat untuk dituju.

Sunday, February 21, 2010

potong jangan tak potong

tepat jam 12 tengahari, aku selamat tiba di destinasi aku iaitu salam sejahtera (bahasa cina:YONG PENG). perjalanan berseorangan dengan menaiki honda gelombang (dibaca:wave) tidaklah membosankan seperti dijangka kerna aku sempat berlumba-lumba dengan budak-budak hingusan dari UTM ataupun UITHO pada haluan yang sama.

dengan selamba badak jer aku memotong mereka dengan pantas dan berdesup di selekoh 75 lebuhraya utara selatan
(PLUS). aku ketawa dengan girang kerna berjaya menunjukkan kepoweran motor gelombangku.

tiba-tiba...

tanpa disangka-sangka motor honda cup (yakni gerombolan pelajar itu) memotong aku di selekoh 95 kerna kepanasan yang membara di potong aku sebentar tadi. maka terjadilah kejar mengejar sambil lagu pop shuvit berkumandang.. lagak aku seperti Valentino Rossi mengejar Micheal Schumacher..

potong memotong memang sudah adat dalam perlumbaan, akan tetapi aku merasakan mereka semakin jauh meninggalkan aku. aku memulas throttle aku semaksima yang boleh akan tetapi mereka tetap semakin jauh. dan diriku mendapat idea untuk memotong mereka dengan cara mencucuk angin belakang bas. mangsa(bas KKKL) pun tiba, tanpa melengahkan masa aku terus mencucuk angin bas itu.hatiku gumbira. aku tersedar dari lamunan kerna sudah 30 minit aku mencucuk angin bas tapi tak dapat juga aku memotong mereka. pelik dan hairan. aku melihat meter kelajuan motor aku.

masyaALLAH, 80km jer. hampeh. patut la tak dapat potong.


dengan hati yang kecewa aku meneruskan perjalanan dengan memotong bas demikian.

dan kini aku terperangkap didalam rumah kerna kunci solex pagar berada di motor, rakan serumah ku telah mengunci semasa aku sedang lena. macam mana aku nk selesaikan masalah aku ni..

ermmm.. buntu...

Saturday, February 20, 2010

"nasi goreng mak aku yang buat satu..!!"

"nasi goreng mak aku yang buat satu..!!"

daripada statement di atas, adakah aku akan mendapat seperti yang dipesan diatas..??
atau
adakah aku akan di perhambat oleh makmak..?? ketawa.

esok hari ahad bersamaan dengan 21/02/2010, aku akan menjelajah melalui lebuhraya utara selatan(PLUS) untuk merantau di negeri orang iaitu bandaraya Yong Peng (sedapkan hati sendiri). berseorangan dengan menaiki honda gelombang 125 (Honda Wave) akan ku gagahi punggungku untuk menahan getaran itu.
ketawa.

seminggu cuti tahun baru cina aku penuhi dengan menonton television kerna dompetku hanya mengandungi rm5, duit baki hari raya dulu. terpaksa ku meminjam dari mak untuk meneruskan cita-citaku sebagai seorang guru di YONG PENG
(maksudnya salam sejahtera).

banyak lagi ilmu yang perlu aku takluki, pengetahuan yang perlu aku jajahi untuk terus mendapat rahmat dari yang Esa.
~~InsyaALLAH~~

dalam entry ni juga aku ingin mengucapkan terima kasih kepada insan yang telah membantu dan memberi semangat kepadaku untuk meneruskan impian dan perjalanan hidup. semoga kalian di rahmati dan mendapat apa yang dihajati.

~~Wassalam~~

Thursday, February 18, 2010

Isteri dan anak-anak idamanku..



entry kali ini aku ingin bercerita sikit ciri-ciri isteri idamanku dan bakal anak-anakku.jangan terkejut, aku juga manusia yang ingin mempunyai isteri dan anak-anak idaman.ketawa.


aku ingin bercerita dulu mengenai ciri isteri idamanku.dia mestilah hot, sexy dan yang paling penting sedap mata memandang.kepada lelaki-lelaki diluar sana, jangan sesekali dikau memandang dengan berahi akan isteriku ini untuk memiliki.ketawa.mestilah mantap dan kukuh untuk menampung diriku ini ketika bersama.kalau ada isteri tapi layu dipermulaan, kena servis sana sini buat rugi je.takde la nanti kena cerai berai kan.mesti cantik di luar dan dalam bagi menemani aku kemana sahaja.jika ciri-ciri ini ditepati siang malam akan aku gosok dan belai manjamu wahai isteri dengan air yang suam dariku.hantaran yang mahal tiada masalah jika dia tiptop segala-galanya.hehe.

bakal anak-anakku pula mestilah cerdas pemikirannya seperti teras i7 yang terdapat dipasaran sekarang.laju ketika berinteraksi tanpa 'hang'.cantik dan menarik rupa paras yang akan menjadi idaman setiap insan.tiada masalah dari segi pelaburan awal untuk mendidik kamu.gelak lagi.

anak keduaku pula mestilah bulat matanya, solid body nya dan kalau boleh setanding nippon.mampu untuk mengingat dan menyimpan banyak suka duka kehidupan.

orang kata isteri dan anak-anak ni penyeri kehidupan.




ni la isteri idamanku, Honda City Mugen RR.tiptop luar dan dalam, tak menyesal untuk memilikinya.




Toshiba Qosmio X500.full spec.teras i7.fuiyo.



Nikon D90.memang cair aku tengok.

cun kan isteri dan anak-anakku. korang jangan mengidam yang sama lak yer.. cukup ker gaji aku nak beli semua ni.. ermmm.. menjadi persoalan...ketawa..


Tuesday, February 16, 2010

aku berbogel.cikgu terlampau

fuhh.. hari ketiga aku berada di kuala lumpur(yakni ibu kota kelahiranku.gembira). tiada banyak perubahan yang berlaku disini sejak aku meninggalkan KL untuk mencurahkan bakti kepada agama. bangsa dan negara.(baru sebulan je.ketawa.guling2)

apa yang perubahan yang ketara disini yang sempat aku buat eksperimen sebagai konklusinya ialah perubahan suhu yang semakin bertambah nilai angkanya. ini menyebabkan aku mengambil keputusan untuk berbogel di rumah(buka baju jer la.suspen.). eksperimen ni aku jalankan berseorangan tanpa prosedur yang telah ditetapkan oleh ahli majlis saintis sedunia. ini dia hasil laporan yang aku buat.

p/s: aku terlupa format lab report kerna sudah berabad aku tidak menulisnya.ketawa.sendirian.



tajuk: perbandingan suhu antara 1 dekad yang lalu dengan pada hari ini(yakni 15 februari 2010)

objektif:1. mengenalpasti perubahan suhu di KL tanpa diawasi oleh guru
2. mengenalpasti keperluan penggunakan krim pencerah.

alatan:
cahaya matahari dalam pukul 1 tengahari, jam tangan tag heuer (aku beli rm30 masjid india), tangan sendiri (sebelah je)


prosedur:
1. pastikan cahaya matahari yang digunakan tepat pada pukul 1 tengahari. kalau tidak eksperimen ini tidak sahih.
2. hulurkan tangan anda di cahaya matahari tanpa memakai uv protection cream.
3. ambil masa sehingga tangan anda menjadi gelap. (tanganku memang gelap pun.ketawa)
4. catatkan masa yang diambil.


keputusan:
selepas ditambah dan tolak tidak termasuk seorang pakcik menegur perbuatan aku yang seperti kurang ciuman.. eh.. siuman sebelum mengajak aku pergi ke masjid kerna waktu zohor dah masuk, masa yang sebenarnya adalah 5 minit.


kesimpulan:
agak-agak saya suhu sekarang dalam lingkungan 30-35 darjah celsius. peningkatan yang semakin membimbangkan kita tetapi menggembirakan tokey-tokey jual cream pencerah.bandingkan kecerahan antara 2 belah tangan anda. jika tiada perubahan.anda memang memerlukan krim pencerah kulit.ketawa.gelihati.


mencarut je a aku ni..

opss.. correction...

mengarut je a aku ni. adakah ini side effect dari mengajar budak-budak pendidikan khas...?? mungkin tidak. hanya gurau senda dariku

Wednesday, February 10, 2010

Amukan Ablasah II


amukan ablasah.ketawa.sungguh seram bila menyebutnya...

segala peristiwa sengaja aku catatkan waktu, hari dan tarikhnya untuk memudahkan aku jika aku didakwa oleh mana2 peguam yang ingin mendakwa aku.ketawa.

hari ini hari rabu bersamaan 10 feb 10, berlakunya kejadian ini pada 2 masa terakhir persekolahan bagi pendidikan khas . maknanya diantara 1125-1235 tengahari...

budak yang sama bagi entry yang lepas "amukan ablasah- sila refer balik".ketawa.mood aku mengajar matematik telah terganggu disebabkan budak ini merayau menganggu kelas lain. alasannya panas berada dikelas aku (memang panas pun sebabnya kipas tak berfungsi).tapi yang aku geramnya dia telah menganggu kelas sebelah dengan cara menjawab semua soalan matematik yang telah cikgu lain buat untuk kelasnya jawab di papan putih.show off la omputih cakap.)== soalan yang aku bagi tanak jawab lak.hampeh.

dengan perasaan yang bercampur baur dengan bengang, marah, prihatin, dan segalanya, aku melangkah dengan gagah untuk menarik kembali dia ke kelas ku bagi meneruskan pembelajaran.dia kembali dengan muka yang bengang dan duduk ditempat asalnya.

beberapa minit kemudian.dia kembali beraksi dengan menganggu kelas yang lain.kemarahan aku hampir meledakkan segala isi larva yang ada dihatiku.

aku: saya cakap masuk kelas, jangan ganggu kelas lain.
dia: ?????(tanak dengar cakap aku sambil berdiri tegak)
aku: cepat masuk (tarik lengan dia masuk ke kelas)
dia: @#$%^&*#$%@#%$@#&^% (mencarut dalam bahasa cina a kot tafsirku)
aku: masuk..!!(ku tinggikan suaraku dan bergema diseluruh kelas)
dia: @#$%^%$#@&*^&%$#%%$ (mencarut dalam bahasa cina lagi sambil mengangkat jari tengahnya kat aku)
aku: kurang hajar ko ei (sambil mengenggam penumpuk dan hampir2 mengenai muka beliau, sebenarmya saja je nak gertak ida)
dia: marilah pukul saya, @#%^$#@7$.. marilah, @#%@#$%#.puih..! (meludah dalam kelas)

aku: ok, yang lain dah siap salin...?? (ketawa.aku tak layan dia)
dia:@#$%^%$#$@#%^^%$^ (aku pun tak tau apa yang dibebelkannya tapi yang pasti dia sedang mencarut, kedengaran semua cikgu yang berada dikelas sebelah)

aku: (tak.layan.ketawa.dalam.hati))

aku meneruskan pengajaran tanpa menghiraukannya kerna tak adil bagi pelajar yang lain yang ingin belajar dalam kelas ku.memang budak ni susah nak dikawal oleh guru lain, dia ingat selama ini cikgu2 berdiam diri dia bioleh buat apa saja..??

sorry sikit, ini cikgu mizi yang telah faham akan falsafah pendidikan dan telah terapkan diri ini dengan dunia pendidikan dan berjanji akan membantu membentuk disiplin dan tingkah laku pelajar, bukan cikgu yang berfikiran kepada exam oriented semata2.senyum.



Tuesday, February 9, 2010

Amukan Ablasah

hari ini tanggal 9 februari 2010, satu kejadian yang amat best skali..
memarahi student yang "weng" dan amukan ablasah die.. haha..

kejadian bermula di waktu pagi selepas perhimpunan di mana pelajar beratur untuk ke padang bagi aktiviti sukan..

sorg pelajar yang 'weng' otaknya telah memukul dan hampir membaling kerusi kepada pelajar lain.. tanpa membuang masa aku dan rakan sejawat aku yang bernama cikgu Faris telah bergegas ke tempat kejadian sambil membimbit rotan...

jeng3...
Italic
tanpa membuang masa ktorg menarik pelajar yang 'weng' tersebut ke dalam bilik darjah yang sunyi dan panas bagi me'weng'kan lagi otaknya yang telah 'weng'.. haha..

dengan muka yang garang dan bengis, cikgu Faris selaku kepala plan ini telah memarahi pelajar itu dengan sadis sekali sambil merotan meja dengan kuat.. sian meja tu... ishh3...

pe lagi, budak itu telah naik 'sheikh'.. tapi budak itu cina.. ermm..

correction..!!

pe lagi, budak itu telah naik 'sami' dengan melawan ckap cikgu.. berlakulah perdebatan antara cikgu dan 'sami' itu.. haha... dengan aksi2 yang kurg menyenangkan yang boleh berlakunya baling kerusi yang pernah berlaku di parlimen jepon, aku sebagai pemerhatiu bebas bersedia langkah untuk membuka langkah silat yang tak pernah abes belajar dulu.. hehe...

perdebatan ini berakhir dengan tangisan sadis pelajar 'weng' tersebut.. puas hati ktorg..haha..

nak tau knape..??

sbnarnya ktorg memang dah plan nk kne kan budak 'weng' ni karna ke'gengster'an beliau di geruni oleh pelajar lain... penah sekali die memukul pelajar lain dengan tukul besi, ingat die ketua yakuza ker.. tadi dah kene marah nangis wa ckap lu.. haha..

selepas kjadian itu, para pelajar lain kelihatan amat baik dengan sikap dan sambutan yang menggalakkan ketika PJ yang sebelum ni amat memeningkan kepala.. ketakutan a gamaknya.. haha..

baru bertemu buku dan ruas..!!

Saturday, February 6, 2010

Zodiak untuk diriku...


Cancer

Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.

digertak hanjing...


SMK Yong Peng aka sekolah aku adakan acara merentas desa bagi mengisi sekolah ganti pada hari ini, memang malas yang amat sangat untuk bekerja di hari sabtu tapi di takuti akan di potong gaji terpaksa lah aku memerah kudrat untuk meringankan punggung..

aku ditugaskan menjaga checkpoint 17 bersama dengan 2 orang renjer(pandu puteri) bersama-bersama memerah keringat untuk menghalau budak-budak yang ingin melalui shortcut..

aku berasa tenang berada di checkpoint tersebut.. tetapi itu hanya untuk beberapa ketika kerana segerombolan hanjing-hanjing kurap sedang mara hendak melakukan serangan hendap ke atas aku.. dengan gagahnya aku membuka kuda-kuda dan buah silat yang aku pernah belajar dulu walaupun tak habis untuk bersedia sekiranya hanjing-hanjing tersebut buka buah tai chi..

dengan semangat kental seperti berada di sukan olimpik aku bersedia... tiba-tiba sekor hanjing yang besar telah menerjah aku dari kiri dengan suara nya yang garau, terkejut berok di buatnya... rupa-rupanya hanjing tuan rumah kat situ daa...

cilakaknya hanjing... selamat aku tak terberanak kat situ...

acara merentas desa selamat dengan jayanya, bagi sesi penyampaian hadiah tak ade sorang pun wakil dari rumah cengal (rumah sukan aku ler tu).. hampas betul, memang dorang ni sengal sungguh... dapat last lak tu.. ciss, teruk aku kena kutuk.. jaga la korang nanti bila aku jadi ketua guru rumah sukan, akan aku train korang ala-tentera... hmmm...