Followers

Monday, March 7, 2011

Air Seratus


minggu selepas peperiksaan PK
kerja keras diperlukan
hari ini saja aku sudah jadi tukang kebun
esok pepagi jadi coach sukan
selepas rehat aku transform ke tukang kebun kembali
minggu yang menggunakan keringat 
tulang empat kerat ini harus digunakan sebaik2nya
supaya tidak menyesal di kemudian hari

"lepas kita setelkan kerja semua ni, cikgu belanja air eq..?? awak nak air ape..?" soalku
"saya nak air seratus...!!" jawab seorang pelajarku
"huhh.. air seratus..?? air pebenda tu..??" aku kepelikan
"yang dalam tin tu la cikgu..!!"
sudahlah kepenatan
terpaksa memerah otak untuk permintaan pelajarku
atas janji yang telah aku taburkan
"alaa cikgu, yang ayah hilmi belanja ritu..!!" tegas beliau untuk meringankan fikiranku
"ooo.. air tu ker.. lorr...!!"

bertuah punya budak
membuat jiwaku keliru dan buntu
sabar je la
~~huhu~~

cikgumizi: 2 paperwork sedang berjalan dengan rancak. boling dan lawatan ke Singapura. agak2 lepas tak paperwork ni.. kita saksikan.. huhu..

2 comments:

azieazah said...

Certain bab, memang ada anak murid yang lebih bijak dari cikgu dia sendiri.

hehehehe...

Cikgu Mizi said...

stuju2.. bijak dan kreatif dalam bab2 nak kena kn cikgu die.. haha..