Followers

Sunday, January 29, 2012

Jamboree Ayer Hitam 2012

keletihan tahap gaban hari ni
pagi tadi berlangsungnya Jamboree Berbasikal Ayer Hitam
bertempat di balai polis lama Ayer Hitam
penyertaan lebih dari 300 orang dari pelbagai daerah termasuk negeri lain
datang2 tengok basikal dorang memang terbaik
bukan takat seribu dua je beb
mau lebih dari harga sebuah motorsikal modenas kriss
~~huhu~~

pic kat bawah ni time aku panaskan kaki dulu di jalan Ayer hitam
bertemankan Kuda Belak2 mengelilingi sekitar situ
muntah angin dibuatnyer
seminggu lebih tak berkayuh sebab cuti
esok de event baru sebok2 nak kayuh
amik kau 3x stop kat tepi jalan
tapi pas keluar semmua angin2 jahat
semangat semakin membara
perjalanan tetap perlu di habiskan
~~huhu~~




kitorang memakai jersey subsidi kaler oren
yang lain semua gah memakai jersey club masing2
cuak woo tengok dorang
dah macam LTdL
~~hoho~~

laluan trek yang mencabar
dari trek yang landai sehinggalah trek melebihi 45 degree
tak larat kaki nak mendaki
terpaksa menolak
tapi satu perkara yang mendukacitakan
Kuda Merah ku tidak dapat beraksi
mungkin kepenatan dari latihan sehari sebelumnya
argghhhh... tensennyer
terpaksa meminjam abang Kuda Belak2
Si Kuda Biru
same spesies ngan Kuda Merah
cuma mungkin beliau lahir di tempat bersalji
sebab tu kaler putih
~~haha~~







macam2 hal terjadi
ada peserta yang terjatuh semasa downhill
sampai helmet pecah dengar khabarnye
ada yang tayar pancit
termasuk Kuda Belak2
ada yang tak dapat meneruskan kayuhan
dan ada yang terkurus secara tiba2
~~hihi~~

tapi macamane sekali pun
kitorang dapat menghabiskan kayuhan  sehingga ke garisan penamat
yang paling syok dapat escort dari rela dan polis 
sampai jalan kena tutup disebabkan kitorang nak lalau
~~haha~~


keadaan Kuda Biru dan Kuda Belak2 selepas event
memang kena hantar dobi ni
~~hihi~~

cikgumizi: AKU NAK CUTI SEHARI LAGI...................!!!!!!

Tuesday, January 17, 2012

Power Basikal Bang


ku sangka hujan sampai ke malam
rupanya hujan di senja hari
kebasahan tahap 2 menimpa skuad YP-MTB crewz
kuatkan semangat dan juga urat keting mengayuh menongkah arus angin
perghhh.. menggigit2 otot betis meminta untuk kejang
tapi tidak ku layan
akhirnya sampai juga destinasi terakhir
~~huhu~~

sepetang ini melalui trek yang sama
rasanya orang2 kampung dah mula mengenali si bujang lapok ini
sedang mengayuh terserempak seorang makcik menaiki basikal
sebelah tangan memegang beg plastik berisi jagung
sambil terbatuk2 cuba sampai ke rumahnya
kayuh berhenti kayuh berhenti
niat murni anak muda ini cuba berbakti
kami memberhentikan kayuhan dan cuba menghulurkan bantuan
tapi makcik tu bertegas tidak mahu ditolong
kerna rumahnya beberapa langkah je lagi
adehhhhh.... melepas aku 
mane a tau die de anak dara yang boleh di offerkan kepadaku
opsss.... jangan marah yer
~~huhu~~

melalui trek di kawasan sekolah memang tak seronok
"power basikal bang.." sorang budak sekolah rendah menyapa
kembang kuncup hidung kitorang kena puji
sambil menegapkan badan kitorang tambahkan kelajuan 20kmj
"kawan2, jom kejar abang beskal...!" jerit sorang budak sekolah rendah
"JOM...!!" rakan2 lain menyahut
maka terjadilah kejar-mengejar bak lagu Mara Bahaya by Pop Shuvit
perghhh... tercabar siot kitorang melihat mereka ini semakin mendekati
pelagi kitorang tambahkan lagi kelajuan sehingga mencapai 30kmj
berdesupppp.........!!!
dorang ketinggalan dan hampa sekaligus berpatah balik
gelak sakan kitorang
tapi nafas turun naik turun naik
ngan budak pun gadoh
~~haha~~



pic atas memang checkpoint kitorang berkayuh di Pt Yaani
snap beberapa pic sikit pastu terus balik
disebabkan awan di area YP semakin menggelapkan dirinya
angin semakin kuat
abes kudrat empat kerat ni mengayuh
tapi hari ini memang aku keluar peluh tahap gaban
disebabkan cuaca panas hujan sekejap2 melanda daerah ini
tekak pun cepat kering
jangan demam sudah
~~huhu~~

cikgumizi: aktiviti PK peringkat daerah sudah keluar, nampak gayanya sibuk semakin menghampiri.. mudah2an Allah permudahkan segalanya... amin....

Sunday, January 15, 2012

Indahnya Amalan Doa


sudah lama tidak jalan jauh sambil memegang stereng
rasanye minggu ni pegang time gi sekolah je
pastu banyak genggam Kuda Merah
sepetang tadi bagaikan melepas gian
tawaf sekitar daerah BP
YP-Ayer Hitam-Pt Raja-BP-YP
pasal minyak xde hal
sebab sok gaji masuk
~~hihi~~

di BP aku singgah SquareOne
objektifnye nak cari buku bacaan
lama gak aku belek2 buku
kalau ikutkan cover buku nak je aku beli 3-4 buah
tapi bila mengenangkan susah payah nak mengkhatamkannya
aku beli sebuah je
"Indahnya Amalan Doa-Dato Ismail Kamus"
buku ini susulan dari buku sebelum ini
iaitu "Indahnya Hidup Bersyariat"




aku baru baca sikit je sebabnyer dah petang dan badanku perlukan air untuk disirami
aku tengok sekilas pandang je
buku ini memang sempoi dan senang nak baca
sape yang penah baca buku Indahnya Hidup Bersyariat sudah pasti tahu cara penulisannya
aku alu-alukan kepada kawan2 membeli buku ini
xrugi membeli
~~hihi~~

cikgumizi: esok dapat gaji, sudah mula membuat plan belajanwan 2012.. huhu..

Friday, January 13, 2012

Pendatang Baru YP-MTB Crewz


Kembara The Biggest Loser dipetang Jumaat
entry kali ni aku nak perkenalkan pendatang baru yang bukan PATI
cikgu Jejai a.k.a Wak Jejai
welcome to the club
~~haha~~

kembara kali ni hanya lebih 1km dari sebelumnya
iaitu 31km merentasi on road dan off road
sampai dipenghujung jalan mati
kitorang sempat berposing sebagai tanda kawasan jajahan
nak pacak bendera xdpt sponsor
tapi bukan macam rimau yer
menanda kawasan dengan k**c**g
~~haha~~









sempat berposing di port semalam
next ride mau explore jalan lain
mate pun sudah ngantuk
nak citer banyak pun xbest
~~huhu~~

cikgumizi: esok ade LDP la plak, xcukup nak bernafas minggu ni... arghhhhh.........!!! kredit to cikgu Jejai atas gambar yang dikongsikan....

Wednesday, January 11, 2012

3 Kuda Pingitan Mengganas


hari ini genap 2tahun aku bertapak di YP
11.01.2010-11.01.2012
teringat mase dolu2 time posting
1st day posting terus jadi penukang
buat partition kelas
terkejut tahap gaban aku time tu
dengan langkah penuh bergaya sambil memakai neck tie
terpaksa ku leraikan jugak ikatannya
ilmu pun belum penuh di dada
tapi secara otomatik ku penuhkan jugak
~~haha~~

kali ni
3 Kuda pingitan mengganas di kampung2
menyusuri jalan-jalan suram, sunyi, sepi dari kesibukan kenderaan bermotor
YP-Pt Andin 3-YP
 dicukupkan jugak 30km untuk hari ini
penat memang terasa penat
tapi memang mengenjoykan diri
tengok suasana kampung2 orang
mana la tetiba ternampak anak gadis sedang menyidai kain
leh gak aku pheeeeeeewwwiiiiiiiiiiiit....!!
~~haha~~




 atas: pemilik Kuda Belak2
bawah: pemillik Kuda Gebu






target untuk next ride 35km
persiapan untuk menyertai Jambori Berbasikal di Ayer Hitam
pada 29.01.2012
suka-suki je sambil mencari kenalan
~~hihi~~

cikgumizi: bila badan sudah kepenatan, letak kepala atas bantal terus terlena... jom kengkawan meramaikan aktiviti riadah berbasikal bersama, lagi ramai lagi enjoy...

Monday, January 9, 2012

Ngurut Pakej Bakal Pengantin


sepetang ini menunggang Si Kuda Merah
bersama Si Kuda Gebu dab Kuda Belak2
setakat ini jarak dicatatkan sejauh 25km
destinasinya YP-kedai Cikgu Saiful di Pt Yaani-YP
bertolak pada jam 530pm dan sampai pada jam 715pm
sampai je kedai beliau
terus park depan kedai
perghhh... ramai datang tengok
dah macam superbike lak Kuda2 kitorang
dah kembang kuncup hidung kitorang
layankan aje sambil pekena ABC dikala hujan renyai
gambar xdapat nak snap disebabkan ramai yang usha
lutut sudah kuat untuk pergi lagi jauh
tapi sempat gak a hampir kejung kakiku di jambatan Pt Awang
kayuh tetap kayuh
kalau berhenti habis a kemaluan a diriku ini dilihat orang
~~haha~~


untuk makluman kepada cikgu perdana SMYP
dari GPK Pend. Khas melalui Cikgu Faris(Si Kuda Belak2)
sesiapa cikgu perdana smyp yang berminat untuk menyertai warga Pend. Khas
bolehlah maklumkan kepada beliau
mungkin ada usaha yang boleh dibuat
siapa cepat dia dapat
~~huhu~~

kalau malam ni Pak Hamid datang ngurut malam ni cam best je
sedap lak ngurut ritu
dah lame xpekena
ritu mintak pakej ngurut bujang
pasni nak mintak dia ngurut pakej bakal pengantin lak
gatal sungguh
~~haha~~

cikgumizi: RPH kena setel malam ni, badan sudah longlai.. huhu.. caiyok3...!!

Tuesday, January 3, 2012

Si Kuda Merah Menyala B18CR


tidak sampai seminggu aku berazam materialistik

sudah kuar ape yang ku mahu
terima kasih untuk diri sendiri
menghadiahkan kuda merah padaku
aku takkan lupa pengorbanan diriku ini
~~huhu~~

semalam apabila mata bertentang mata
hati terus terpana
alis wajah yang ayu
bentuk badan yang mengiurkan... pheeeewwwiiiiiiit...!!
terus ku pinang dengan bismillah
hari ini mula mengkudakan dirinya
pusing sana pusing sini
perghhh...
penat siot

pepagi lagi ku kejutkan diri dari ulitan mimpi
mempersiapkan diri untuk menunggang  Si Kuda Merah
~~hihi~~


 atas: Kuda Merah ku
bawah: Kuda Putih Gebu tu housemate ku punyer


sementara aku mengusha dirinya selepas menunggangnyer
terus dapat panggilan dari Pejabat Daerah Yong Peng
"mizi, kerusi meja udah sampey... silalah menghadirkan diri ke sekolah dengan seikhlasnyer..."
adeiii... xpuas aku nak bermadu asmara dengan kuda merah
tanpa melengahkan masa terus ku buka tender untuk menolong diriku ini
selamat 2orang pelajarku dapat membantu
ditambah dengan housemateku dan juga pakcik2 kebun datang membantu
kalau aku berseorangan dah sah aku mc seminggu
200 set kerusi meja
tapi tidak sampai kesemuanya
malam ni bersambung
aduyaiii.... agak2 leh mc tak hari pertama persekolahan
ermmm.......

sepetang tadi
sempat juga menunggang kuda merah
YP -------------------------------> Pt Yaani
sejam setengah berekriasi mengetatkan otot2 yang telah bertukar jadi lemak
objektif hari ni tercapai
~~haha~~


cikgumizi: baru menandatangani surat pengesahan jawatan, sudah hampir 2tahun aku di Yong Peng rupernya.. huhu.... 

Sunday, January 1, 2012

Azam Materialistik


Selamat Tahun baru kepada semua
walaupun aku telah pun sambut pada Awal Muharam ritu
seperti biasa la kan
setiap tahun baru mesti ada azam baru
aku taknak cerita pasal azam baru
sebabnya mestilah aku nak letak
jadi anak yang soleh, tambahkan ibadat, bekerja bersungguh2
semua orang letak aam yang sama tiap2 tahun
tapi dalam entry kali ni
aku nak letakkan azam materialistik sikit
~~haha~~

masih ingatkah wishlist yang aku target tahun lepas
kalau tak ingat klik SINI
alhamdulillah ketiga-tiganya berjaya ku miliki
walaupun tidak sama
tapi serupa
ini dia wishlist untuk tahun 2012

1. untuk white BEV yang telah banyak berjasa-B18C & TEIN Adjustable Absorber



2. untuk NIKON D7000-SB900


3. new wishlist-Shimano Bike



oleh sebab perutku makin ke depan
aku memang amat memerlukannya
usaha lif  kejayaan
~~hihi~~

cikgumizi: harap tahun ni rezeki melimpah-limpah, jumpa duit terpijak ke.. hihi.. dapat 2 dari 3 wishlist pun jadi a..