Followers

Sunday, June 26, 2011

Camping De' PLCC


rasanya aktiviti ini dah lepas
dah basi pun
diatas sebab2 yang tidak dapat dielakkan
baru sekarang aku dapat wat entry ni
~~huhu~~

aktiviti perkhemahan ini
adalah aktiviti yang terakhir bagi lawatan keluar
sebabnya duit peruntukan sudah diambang kemuflisan
~~haha~~

tempatnya best gak a
ombak x jahat sangat
kalau bawak tikar ritu memang dah sunbath a kat sne
bajet kulit diriku ini cerah a kan
~~huhu~~

pakej camping ikut kepala
seorang RM65
tido dalam dorm
disebabkan weekday xramai orang
chalet tu ktorang punya la
aktiviti kat sne cam biase a
kayak+naik bot+mandi laut+mancing+BBQ
memang berbaloi
~~hihi~~






skit jer gambar leh upload
kalau nak tengok ylen
mai la datang jumpe cikgumizi
~~kih3~~

cikgumizi: kebusyan melampau sejak dua menjak ni, sok dan lusa ada bertugas game petangue PK.. sukan sekolah tak dapat join a.. 2 tahun berturut2 xdapat join.. apa leh buat, memang dah nasib badan.. huhu..

Friday, June 17, 2011

Part 1 @ Program Semarak Islam 2011 Peringkat Negeri Johor


Pada 14 dan 15 Jun 2011
telah dianjurkan program Semarak Islam bagi peringkat negeri Johor
venue pertandingan di La Bella Camp, Mersing
aku pernah melalui kawasan itu sewaktu percutian di Mersing suatu tika dulu
dan kali ini aku kembali sebagai wakil daerah Batu Pahat
seperti yang aku ceciter sebelum ini
sekolah aku wakil nasyid bagi daerah batu Pahat
aku nak ceciter melalui gambar yang aku upload di bawah ni
~~huhu~~

amaran dan peringatan telah diberitahu
kesalahan disiplin akan dikenakan denda ala-tentera
oleh kerna yang mengikuti majoriti adalah ADHD
ala-tentera memang sangat2 diperlukan
~~hihi~~

dari bab makan sehinggalah ke bab pengurusan diri
kalau buat silap alamatnya bersedialah dikenakan hukuman
dasat2~~




malam pertama di tempat penginapan
semua pelajar dipaksa untuk tidur pada jam 10.00 malam
tapi punay lah hiper dorang ni
susah bebeno nak tidurkan dorang
cikgu2 dah keletihan
warning demi warning diberi
tapi tak makan saman jugak
tapi lama kelamaan dorang tertido jugaj
memang betul2 banyak bersabar
aku pun ketidoan dengan nyenyaknyer
tiba2......

"Marilah... Bersama Bersatu...."   
seorang pelajarku bernasyid ditengah2 malam
tersentak aku dari mimpi

"ehh.. apekehey nyer ni..." suara hatiku
aku ternampak kelibat pelajarku duduk bersila
aku pun bingkas bangun 
"Ayol, dah2... tido2....." aku menenangkannya
"huh, ape cikgu. okey..." sambil memalingkan mukanya dengan mata yang terbeliak dan terus tidur kembali

"mak ai.. ngigau rupernyer, punyalah gementar sampai terbawak2 dalam mimpi." gelak sakan a
cuak gak dibuatnya
manakan tidak
tepat 12malam dia boleh ngigau lak
~~haha~~

keesokan harinya
sebelum giliran tiba
Sheikh Al-Fadhil Ust. Norhisam Bin Tukiran Al-Hafiz mengetuai bacaan doa
bagi mengurang debaran dan kecuakan hati
bukan budak2 jer yang cuak beb
cikgu2 nyer sekali yang cuak
yela kan..
takut2 dorang buat masalah semasa mendendangkan nasyid
debaran tetap ada


Alhamdulillah
segalanya berjalan lancar
mereka telah cuba yang terbaik
tiada perkara2 yang tidak diingini berlaku
semuanya berjalan seperti yang dirancang
selesai jer giliran
kami berpakat mengambil gambar untuk kenang-kenangan
sesaje je posing sana sini
~~huhu~~



keputusan pertandingan aku tak ingat
tapi nasyid MENANGgung kekalahan
tahun depan boleh cuba lagi
~~huhu~~

seorang sahabat yang mengalami kesukaran
tayar keretanya pancit
selamat ada abang driver ni sudi membantu
siap bersongkok dan berbaju korporat
~~kah3~~


 masa otw lek ke Yong Peng
telah berlaku satu fenomena yang menakjubkan
yang ini kali pertama kau melihat depan mata
puting beliung yang berlaku di Mersing
patutlah angin semacam je kuat
besar gak tu
rasa takjub sikit dengan kebesaran yang Esa
SubhanALLAH



cikgumizi: next entry aku nak cecite pasal camping yang kitorang buat di Mersing. bermakna kitorang berada di Mersing selama 4H3M.. bestnya.. huhu..

Sunday, June 12, 2011

2nd assg. :: Asst. Wedding Photographer


testing D7000
2nd assignment as asst. wedding photographer
bertempat Kampung Pt. Hj. Ghaffar
sesaja nak mengetest power
kali ni pergi bertiga
aku sebagai perintis mengikuti 2 Sifu 
Abang Long dan Abang Ngah
(jangan aku kena saman sudah sebab guna kod rahsi P*****)
~~haha~~

banyak gak a gambar yang blur
salah setting shutter speed+ISO+aperture
lense mainkan peranan juga
kali nii aku pakai lense standard
Nikon 18-105mm 1:3.5-5.6G
bak kata orang2 tua
belajar dari pengalaman
kalau belajar dari buku teks jer lambat nak berjaya
aku belajar di lapangan
cari pengalaman
~~huhu~~






hasilnya tidak seperti amatur photographer
apatah lagi profesional
tapi lebih banyak kepada kepuasan hati
tapi aku masih...
masih mencari identiti dan trademark sebagai photographer
banyak benda kena belajar
dari shoot-->editing--> finishing
~~hihi~~

cikgumizi: esok dah mula sekolah.. tapi yang pasti esok pend. khas ada latihan terakhir nasyid sebelum berangkat ke Mersing keesokan harinya. seterusnya bercamping di Pasir Lanun Endau 3H2M... yahoo... seronoknya.. masih dalam holiday.. kih3...

Tuesday, June 7, 2011

Ikut Resam Penunggang Bukan Resam Pemandu


betul kata pepatah melayu
ikutlah resam padi
makin berisi makin tunduk ke bumi


jangan seperti lalang
tiada isi tapi tetap dongak ke langit


peristiwa yang pertama kali aku alami
bukan peristiwa malam pertama yer
~~kah3~~

setelah bershopping sakan di Low Yatt Plaza
aku pun terus menuju ke Bandar Tun Razak
mengambil cop yang aku tempah tempoh hari
dengan menunggang Lagenda biru yang telah diconvertkan ke cover set putih berkapasiti 110cc
aku menuju ke destinasi
tiada masalah yang perlu dirisaukan
selepas aku mengambil cop
lantas aku menuju kerumah
sesamapinya aku berada di simpang HUKM
tiba2 motor tersengguk2
"alamak..!" (jeritan batinku)
"minyak kehabisan ke..??" fikirku
tengok meter macam ok je
aku teruskan jugak perjalanan
dan baru 1km perjalanan
Lagenda yang berhati jambu ni mematikan dirinya
"perghhh.... berdekatan dengan bus stand lak tu" getus hatiku sambil menutup mata
aweks2 banyak
kemaluan weyhh...
dengan memakai helmet ARC
aku mengcoverkan mukaku ini
check tank lak
ermmm... penuh lagi ni
tapi penuh ngan udara jer a
minyak kehabisan
~~haha~~

ku tolak motor kaler putih ni dengan 2kaki yang berkuasa manusia ini
lalu dihadapan sekumpulan Polis Bantuan
"Nape ngan motor..??" tanya beliau
"tangki minyak bocor, minyak kehabisan..." tersengih2 aku menjawabnya
ku teruskan perjalanan
Polis bantuan tadi datang menghampiri diriku ini
"meh la saya tunda samapi shell sne.." pelawanya
"woraite...." jeritan batinku kegembiraan
terus beliau menghantarku ke stesen minyak berdekatan
bukan senang beb dapat polis escort
~~kih3~~

ku ucapkan terima kasih
belum sempat nak belanja dia minum
dia berdesup kepergian
ni la first time pengalaman kehabisan minyak
mentang2 dah lama xnaik motor
lupa lak kedudukan meter minyak motor 
kalau kereta meternya eye level
senang nampak
~~huhu~~

pepatah melayu moden
ikutlah resam penunggang
makin ber'isi' tunduk tengok meter minyak
jangan ikut resam pemandu kereta
makin ber'isi' dongak sentiasa
~~huhu~~

trimas banyak2 buat Polisi yang membantu aku tadi
kalau tidak haru dibuatnya menolak motor 10km
~~huhu~~

cikgumizi: xsabar nak mengetest D7000, sok balik YP cari port yang best.. huhu..

Dulu Free tapi Sekarang 10Hengget


Semalam berjalan2 hirup angin malam
I-City tempat yang dituju
ternampak gambar kawan2 yang menarik di I-City
mesti ada port baru kat situ

mula2 pergi Kelana Jaya
member nak Usha speaker
rare katanya
setelah terbelek2
persetujuan pun tercapai
akad jual-beli pun termetrai dengan harga RM ***.00
aku ngan che mok menjadi saksi
~~haha~~

seterusnya ke I-City
kitorang plan park kat tempat free
yakni pintu belakang
jalan punya jalan
sekali ada sekatan lak
sekatan bayar duit parking
SHIT..!!
dulu xde lak kena bayar pape
free jer tapi skang kena bayar lak
kereta per entry RM10
cilakak jer kan
memang kaut untung giler babeng
xnak bayar punya pasal
kitorang parking jauh sikit
terpaksa menapak jauh
agak2 la kan mengikut perkiraan bilangan ramai orang pada malam semalam
aku rasa untung entry fee je dah boleh cecah 4 or 5 angka
pergghhhh... dasat betul
kalau orang dah datang dari jauh
nak xnak terpaksa la bayarkan
xkan nak jalan kaki jauh bawak budak2 kecik
stanya la lak kutip duit tu de lesen or secara haram
siap awek2 cun lak yang kutip
adoyaiii....

de la jugak port baru
Snowalk
dulu aku gi xwujud lagi pun
adult = RM25 children = RM20
beza 5hengget jer
chiittt...
tapi bosan gak a
dah 3x gi sana
xbrape nak surprise sangat a
~~huhu~~

cikgumizi: mengira detik untuk perabiskan duit, nafsu semalam sudah kembali.. hihi..

Monday, June 6, 2011

Tunjuk Ajarku Sifu...!!


masihkah kau ingat dengan link ni
tinggal 1 lagi yang belum aku miliki
xsabar rasanya nak memenuhi nafsu diri ini
~~huhu~~

sensorang berjalan di TimeSquare memang membosankan
objektif hari ini
mensurvey harga DSLR
harga memang terbaik la
harga runtuh
murah daripada bulan lepas
~~huhu~~
mula2 aku masuk Nikon Centre kat TS
siot jer dorang
xlayan aku langsung
mentang2 aku pkai pagoda+selipar jepun
dorang wat xheran jer
xpe2 tu kan memang hobi aku
pakai baju cikai di kawasan seperti itu
aku terus berjalan menuju Low Yatt Plaza
woowwww... ramainya aweks...
opsss... ramainya orang
macam2 kaler de
putih, hitam, putih+hitam, coklat, sawo matang, sawo xmatang 
~~haha~~

aku pun mula menjalankan misi 
dari kedai ke kedai aku survey
tapi de 2kedai yang bagi harga yang menarik

1. D7000+lense 18-105mm+beg+8GB = RM 3900
2. D7000+lense 18-105mm+lense 50mm 1.8D+tripod+warranty 1year+8GB+beg = RM4399
3. D300s body only = RM 4100


kena tanya sifu dulu ni

TUNJUK AJARKU SIFU....!!!


cikgumizi: aku masih butuhkan henset baru, kena google dlu sebelum membeli... jimat membeli, menang memakai.. kih3..
 

Friday, June 3, 2011

Sang Pencerah


baru selesai menonton movie Sang Pencerah
sudah lama download
tapi hari ini baru terbuka hati nak nonton
mula2 tengok cam boring jer
tapi bila tengok 5 minit
cam best lak
layan sampai habis
~~huhu~~

cerita ini berkisah tentang suatu tempat
yang bernama kauman di Jogyakarta
seorang Pak Kiyai mencari erti kebenaran tentang Islam di Mesir
memperbetulkan ajaran yang diperturunkan dari nenek moyang
pelbagai cabaran dan halangan yang diterima
sehinggalah mendapat kejayaan
ni trailer tuk movie ni



scene 1
dimana seorang pelajar bertanya kepada Pak kiyai

Pelajar 1: "agama itu, pak kiyai..??" soalnya

Pak kiyai tersenyum dan terus menggesekkan biolanya
alunan merdu gesekan biola mengasyikkan para pelajarnya

Pak Kiyai:  "apa yang kalian rasa..??"tanya Kiyai
pelajar 1: "keindahan.."
pelajar 2: "mimpi.."
Pak Kiyai : "itulah agama.. orang yang beragama adalah orang yang merasa keindahan, tenteram, damai, cerah kerna hakikatnya agam itu seperti muzik. melindungi, memayung i" jawab Pak Kiyai bagi persoalan tadi

Pak Kiyai terus menghulurkan biolanya kepada salah seorang pelajarnya dan memintanya untuk menggesekkan biola itu
pelajarnya itu terus menggesekkan tetapi ditertawakan rakan2nya kerna tidak enak bunyinya

Pak Kiyai: "itulah agama.. kalau kita mempelajarinya dengan benar,akan membuat kita resah dan jadi bahan tertawa"

dan yang terakhir
ayat yang boleh kita renungkan bersama

"kadang manusia lebih memilih melindungi 
kewibawaannya daripada bertanya untuk apa sebenarnya kewibawaan 
yang dia punya bagi dirinya"

cikgumizi: henset kerosakan, sebarang panggilan jika tidak dijawab minta maaf banyak2 eq.. huhu..