Followers

Tuesday, May 31, 2011

Awas! Angin Melintang Perlahankan Kenderaan Anda

 
keletihan menggila
semalam pulang ke KL
tapi kelelahan masih lagi terasa
semalam drive dari Yong Peng-KL
bertolak jam 4 sampai 6 petang
sangkut kat tol sg besi hampir setengah jam
pakai smart tag pun sangkut
aku tengok yang pakai cash laju je
geram pun ade gak
tapi ku sabarin hati ini sambil berkaraoke dalam kereta
~~huhu~~

kengantukan teramat sangat
mungkin sudah 2 hari melelapkan mata jam 2 pagi
semalam ada kemalangan kat Jln Loke Yew
baru terlelap terdengar bunyi dentam dentum
yang ku lihat sebuah kereta merah melanggar pokok
nak pergi ke tempat kejadian cam malas
ditambah dengan kengantukan yang teramat sangat
ku lihat dari jauh
jln tu memang "keras"
aku sudah lama menetap di sini
banyak kemalangan yang kusaksikan
ada yang meragut nyawa
dengar dulu orang accident sebab ternampak sesuatu
sesuatu yang tidak pasti
2 batang pokok besar yang berjurai2 telah ditebang
bagi perbesaran jalan kepada 4 lane
kepada pemandu2 yang ingin lalu di situ
berhati2 lah
ada yang tersirat bagi papan tanda

Awas! 
Angin melintang P
erlahankan Kenderaan Anda
~~haha~~

cikgumizi: handphone problem, kadang2 o.k kadang k.o.. cuti sekolah tinggal 12 hari lagi.. haha... termimpi2 akan D7k.. aduyaii..

Sunday, May 29, 2011

Wedding :: Asst. Photographer @ Maokil


first time jadi wedding asst. photographer
first exp. yang syiok
banyak benda yang belajar
objektif hari ini tercapai
aku yang newbie ini belajar dari sifu2 yang hebat
nampak gayanya
kena miliki gak a DSLR sendiri
baru boleh jadi profesional
~~huhu~~

bertempat di Felda Maokil
bertapa selama 13jam di sana
berpanas berhujan
ku tunggu salji tapi tidak keturunan
~~huhu~~








D40 + lense 55-200
(barang pinjam lor)

beberapa snapshot yang okey bagi newbie cam aku ni
belum di edit
fresh dari D40
last port yang xsempat nak snap
Labis Railway
bateri kong la pulak
tapi xpe
ada 2 lagi expert photographer yang boleh snap
yang penting
enjoy~~~

cikgumizi: tunggu 2nd job datang, leh belajar lagi.. hihi..

Thursday, May 26, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah 2011


Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Batu Pahat 2011
dengan kehadiran Tim. Menteri
Dato' Dr. Ir Wee Ka Siong 
membarakan lagi semangat pasukan koir
moga2 dapat bonus 3bulan tahun ni
~~huhu~~

sebelum bermula
sempat juga kami menggedikkan diri
~~haha~~





 

bersama conductor yang sporting habis.



yang paling penting
jeng3~~~

dapat penghargaan dari Tim. Menteri Pelajaran
macam ada harapan jer nak dapat bonus
~~kih3~~


cikgumizi: pasukan koir bersedia untuk menerima undangan bagi majlis2 rasmi, termasuklah undangan kawen, khatam Quran, cukur jambul dan juga berkhatan.. huhu..

Monday, May 23, 2011

[18SX] Sambil Memegang Tuuttttttnya


Pend. Khas SMKYP dalam mood peperiksaan
esok last day exam
mesti budak2 kegumbiraan
tidak sabar2 untuk memegang cangkul
bermain2 dengan tanah dan simen
menyusun bata seperti permainan LEGO
~~haha~~

aku menjadi pengawas peperiksaan PK2 
cewaaahhhh...!!!
jaga paper BI
sambil jaga kebosanan
aku ajak budak2 nyanyi
dari lagu kontemporari sehinggalah kembali ke zaman P.Ramlee
aku pun masih ingat bait2 lagu yang pernah kudendangkan
inspirasi dari lagu2 Indiepretasi
~~huhu~~



seorang budak bertanya "cikgu, legs tu ape..??"
"legs...?? ermmmm.... mamat play football with his legs.." aku memberi contoh..
"xpaham la cikgu.." balasnya
"ermmm... ok, football tu ape..??" soalku
"bola sepak...!!"
"play..??" tanyaku kembali
".........................." dia tersenyum sambil memegang tuuttttttnya
"hahahaha... dushhhhh...." aku tergelak, terus aku bagi flying kick free kat dia...
korang fahamkah...??
kalau xfaham sudah...
~~kih3~~

sedang aku belek2 gambar di memory hp ku
aku terpandang satu gambar yang menarik untuk dikongsi
cuba perhati dan baca betul2 gambar kat bawah ni

 
 bukan niat untuk mengata
kepada bakal bapa atau dalam proses menjadi bapa
pastikan berikanlah nama anak yang molek didengari
namakan satu doa
betul tak..??
siapa yang setuju, angkat tangan macam saya... (usop mak limah)
~~haha~~
cikgumizi: kepenatan berlatih koir, kedengaran esok full rehearsal sampai malam... kepenatan tahap gaban la badan ni... huhu..

Wednesday, May 18, 2011

Part 1 @ Projek Ikan Keli


Projek Ikan Keli Pendidikan Khas
projek kelas F rasa2nya
~~hihi~~

sudah 2minggu menjalankan kerja2 penyiapan kolam
kalau ikutkan memang dah boleh siap
tetapi bila dicampur tolak kali bahagi dengan tugasan lain
tak siap2 lagi
next week warga singapura datang melawat
kena siapkan tapak lawatan
kusut bagai nak berkejaran dengan masa
aku pun masih menuntut lagi dalam bab2 ni
setakat nak menyimen tu boleh la
tapi kena ambil kira pelbagai faktor gak
selamat ada sifu yang pakar
"Tunjuk Ajarku Sifu.."
~~huhu~~









disamping menyiapkan Projek Ikan Keli
kami bergelut dengan masa untuk latihan nasyid
persediaan untuk mewakili daerah Batu Pahat
banyak benda nak murnikan
bab vokal dan pergerakan aku serahkan pada cikgu yang lebih pakar
aku hanya muzik saja
~~huhu~~


ini latihan di dewan terbuka yang baru lepas banjir
pegawai PPD datang melihat persiapan nasyid
melalaklah dorang kat situ
~~huhu~~


lepas latihan koir disekolah tepat 1530
bergegas ke kedai muzik di BP
beli alatan muzik untuk nasyid
congga+chymes+tamborin = RM 1408
kepenatan melanda
ketidoan awal la nampak gayanya
~~huhu~~

cikgumizi: masa itu emas, sekali berdetik ia takkan berpatah balik.. hargai masa, gunalah sebaik mungkin..

Tuesday, May 17, 2011

HARI GURU @ SMKYP


SELAMAT HARI GURU 2011
2x sudah diriku menyambutnya di SMKYP
bermakna sudah 2 tahun diri ini bergelar guru
banyak suka duka berkerjaya sebagai guru
"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN"













cikgumizi: kerja2 sedang menunggu untuk disudahi, moga dapat laksanakannya dengan baik.. amin...!!

Wednesday, May 4, 2011

Baru Bukak dan WOWWW...!!


yeayy..
aku sudah beli smart tag
untung juga beli
jimat masa nak beratur kat plaza tol tu
yang perlu aku pastikan amaun yang tinggal kat kad touch n go
seronok2
~~hihi~~

tapi aku dapat rasakan kekosongan
tidak seperti kebiasaan
apa kebiasaan aku..??
kebiasaan aku... ermmm..
selalunya kalau kat plaza tol
aku akan main teka2
pilih yang mana kaunter ade aweks cun
kalau xde rezki dapat a jejantan
~~haha~~

sekarang ni hanya jumpa mesin je a
boring sungguh
yang hanya berbunyi bila amaun xckup
~~kih3~~

trip ke KL ritu
kehujanan sepanjang perjalanan YP-KL, KL-YP
hujan pun vtec sentiase di lane kanan
~~haha~~

tak banyak aktiviti yang aku buat
sesampai je aku di umah jam 9 pm
aku melayan hantu kak limah
pepagi merayap di kompleks viva
baru bukak n woww..!!
syiok gak
banyak barang2 rumah kat situ
macam kat IKEA a gak
tak sempat pusing abes
tempat yang best tuk cuci mata
pastu pekena subway
pergghh.. memang mantop
~~hihi~~


kepada semua driver2
aku sarankan korang sapu water repellent coating
memang clear a windscreen time hujan
aku dah try
memang syiok
120kmj dalam hujan lebat di highway
selamber badak jer
~~haha~~

cikgumizi: xsabar nak tunggu cuti bulan 6... hihi..

Part 2 @ Program Semarak Islam 2011

citer dah lapok barangkali
tapi aku tetap juga nak post pic Semarak Islam ritu 
~~kih3~~











persediaan peringkat negeri
Mersing ==> 25 & 26 Jun 2011
penatnyerrrr.....~~~

cikgumizi: banyak aktiviti yang berlangsung rapat2, xmenang tangan la jawabnyer.. aduhai... siapa kata kerja cikgu senang...?? anda silap... huhu..