Followers

Monday, February 28, 2011

Aku Mahu Kamu


lemah+kurang bersemangat+asyik terkenang
tu la gangguan emosi yang sedang melanda diri
aku sudah berusaha untuk memilikinya
tapi harapan hampir tenggelam dek masa
hilang semangat untuk mencari
mencari untuk memiliki
bukan tidak berusaha
bahkan sanggup bersengkang mata mengayat si Dia
mungkin itu tandanya
tiada jodoh antara kita berdua
atau mungkin aku tidak berusaha sepenuhnya
perlukah aku berundur atau meneruskannya

bila mata bertentang mata
walaupun hanya pada gambar
hati sudah tertarik
memnag niat di hati ingin memiliki
tapi pabila ku fikirkan jarak di antara kita
terus diriku kehampaan
ku lupakan hasrat untuk menghantar rombongan

wahai H
aku menunggu masa kau menjadi milikku
betapa gembira hati ini sekiranya ini terjadi
walaupun kau milikan orang
tetap ku dambakan kecantikanmu luar dan dalam 
bentuk tubuhmu yang menawan
lirikan matamu yang mempersonakan
bak xenon memancarkan cahayanya
akan ku tunggu masanya
untuk merampas dirimu dari pemilik dirimu
kuatkan semangatku untuk terus berjuang
berjuang demi kau dan aku
aku mahu kamu..!!

  

bestnye kalau dapat rilex cam ni
tenang fikiran
hilang semua masalah
~~huhu~~

cikgumizi: esok budak2 dah start periksa, enjoy untuk 4 hari.. yahoo....!!!

Friday, February 18, 2011

Persoalan Terjawab


setelah lama persoalan bertapa di benak fikiran
hari ini baru ku temui jawapannya
tetapi sebuah jawapan menimbulkan persoalan lain

sepetang yang rutinku ketidoan dirumah
aku korbankan dengan mengukur jalan di sekitar Batu Pahat
tujuan utama mengambil penumpang di ADTEC BP
singgah sebentar di Pantai Minyak Beku
memang berbaloi
sebuah jawapan bagi persoalan terjawab
bagaimana sejarah nama Batu Pahat ini boleh muncul..?

"terletak di tepi Pantai Minyak Beku berhampiran dengan sungai Batu Pahat. Perigi ini dikatakan telah dipahat oleh askar-askar Siam semasa melarikan diri setelah tewas dalam peperangan menyerang Melaka semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah. Sultan Melaka III (1446-1459). Askar-askar Siam telah dikejar oleh Bendahara Tun Perak , Bendahara Melaka dan pengikut-pengikutnya hingga ke Muar. Semasa sampai di Batu Pahat askar-askar Siam telah memahat batu dikawasan yang mengalirkan air sehingga menjadi sebuah perigi. Selepas itu askar-askar siam meneruskan perjalanan ke selatan dan kembali ke siam melalui Laut China Selatan. Nama daerah Batu Pahat adalah bersempena dari peristiwa tersebut"

persoalan yang baru timbul
macam mana nama Pantai Minyak Beku tercipta...??


 Perigi yang di Pahat

  
selesai menerokai sejarah
gerai Sitam menjadi pilihan
nasi lemak singgit, sup campur = gearbox+lidah+perut+daging
mengancam wa cakap lu..
~~hihi~~

 nasi lemak je yang smpat snap gmbar
gearbox berjoget2 dpan kami
xtahan beb
cikgumizi: esok kesekolahan di hari sabtu.. sok petang lek KL amik roadtax kereta... kepenatan menggila la sok...

Wednesday, February 16, 2011

Oh Shit Malware


sudah berminggu blog aku diserang malware
oleh sebab inilah aku xdapat mengupdatekan diri
tapi..
baru hari ni aku sedar
browser google chrome saja yang detect malware
aku terlupa punyai Mozilla dan IE 
no problem menggunakan browser ni
oh shit malware..!!

so entry kali ni aku nak wat All in One
Larian Perdana Mahkota+MaulidurRasul
bila dah jadi cenggini
citer panjang pun tarak guna
layan saja gambar yang aku upload





Perarakan MaulidurRasul
di SMYP






 3 teruna pingitan

cikgumizi: sungguh pantas masa berlalu.. apa yang sudah aku gapai..??

Thursday, February 10, 2011

Kumpulan Marhaban CNY 2011


selesai sudah Kumpulan Marhaban CNY 2011
tawaf keliling kawasan penempatan YP
tiada tol yang dikenakan
seperti Lingkaran Tengah  ke-2 (MRR2) di KL
tetapi sebaliknya kami yang memungut tol
disetiap rumah yang disinggah
keuntungan selama 3hari meronda
berjumlah RM46
woww.. mewah juga la dengan 12 buah rumah yang dilawati
dibawah aku uploadkan gambar2 sebagai kenangan
layanz~~~









gambar aku pun nak masuk gak wei
~~huhu~~

selesai rombangan hari ini
diadakan spotcheck bagi merampas hp yang dibawa pelajar
perghh... mewah giler dorang ni
aku dulu mase kecik2 mne de hp
pkai public phone yang kekadang je ok kat tepi jalan tu
check punya check
terdapat 1hp yang mengandungi video terlarang
sah2 memang kena rampas
abes ilmu aku menghilang tengok video tu
(aku tengok tak habes yer, just check jer kesahihan terlarangnya)
~~haha~~

cikgumizi; credit to shamz crewz diatas gambar2 yang disumbangkan dengan ikhlas, tiada bayaran dikenakan.. klu kne bayar ko mintak kat bendahari yer.. hihi..

Monday, February 7, 2011

My Bro E-Day


fuhh... fuhh...
berhabuk sudah blog ni
berabad rasanya tidak mengupdatekan diri
seminggu bercuti yang selsema memanjang
memeritkan hidung nak menghembus mukus berlebihan
adehh...

ahad yang lepas
my bro E-day
congratezzzz
aku sebagai photographer tak bertauliah dilantik
walaupun tidak sepakar photographer terkemuka di tanah air ini
tapi aku berpuas hati dengan shot yang diambil
biasa tetapi authentic
~~huhu~~







semalam dari KL-YP mengambil masa 5jam
berbanding 3jam waktu biasa
terasa perjalanan yang memenatkan
jammed di exit Tg. Bidara
di Bemban lak de pondok polis
terlalu berhemah punya pasal
kereta bergerak selaju 20kmj
pe hal la plak dorang ni
yang menambahkan luka dihati
berderet2 kereta memotong di emergency lane
diparahkan lagi yang guna lane tu no. plate singapore
perghh.....
kepenatan semalam belum recover sepenuhnya
malam ni tidur awal
walaupun bukan malam jumaat
(bujang terang tang tang lagi weii...)
~~hihi~~

cikgumizi: hati sudah terpaut pada sesuatu, teringin memilikinya...:)