Followers

Thursday, January 27, 2011

Kelelai


pagi yang gelap
kini sudah terang
lalala...~~
pagi yang sejuk dan hujan membuatkan mataku lewat mencelikkan dirinya
jam 0610 baru kesedaran
cuaca hari ini tidak seperti semalam yang kehujanan seharian
baju yang dijemur sempat juga mengering dirinya
tapi bau macam hapak sikit
kena rendam dengan perfume
~~hihi~~

murid: cikgu, xiao wei nak kertas
aku: kertas takde, cari dalam laci meja
murid: tak ada.. (sambil hentak kaki dan ketuk meja dengan kuat)
aku: xiao wei duduk diam2 dlu baru cikgu bagi kertas
murid: terus dia duduk disudut kelas dengan penuh kediaman (menjajar aku cari sokkabar lama)
sejurus dapat kertas terus aktiviti koyak mengoyak bermula

tiba2...

murid: cikgu, xiao wei nak nyanyi lagu kelelai (lagu fevret die)
aku: lagu ape tu..?? nyanyilah tapi perlahan2 ei..
murid: kelelai.. papapa.. papa pu tachia...lalala...~~
makin lama makin kuat lak 

xiao wei sedang mengoyak kertas sambil nyanyi kelelai

selesai mengoyak kertas
aku bagi latihan di papan putih
latihan menulis nombor
nombor 14 tak macam rupa yang sepatutnya
perlukan penderaan tangan yang lebih untuk budak ni


kalau aku mintak izin kat mak dia yang aku nak belasah anak dia leh x...??
~~hihi~~

dapat berita buruk semalam sebelum punch out
ingat lagi cerita amukan ablasah 1, 2, 3
di beritakan dahulu yang beliau akan berpindah sekolah
kegumbiraan seisi PK mendapat khabaran itu
akan tetapi
kusangka cerah hingga ke petang
rupa2nya hujan ditengahari
beliau akan kembali ke PK SMYP
oh tidak..!!
mungkin akan ada amukan ablasah 4
siri sambungan dari dari amukan sebelum ini
nak kalahkan cerita sembilu yang beratus2 episod
~~huhu~~

cikgumizi: esok last sekolah b4 cuti CNY bermula.. yahoo...

Wednesday, January 26, 2011

Aku Mahu POWER


sekarang sudah jarang aku mengupdate blog
kebuntuan idea untuk dikongsikan
bosan juga acap kali berkisar mengenai sekolah
cikgumizi ni xde ke cerita diluar skop persekolahan..??
memang masa cikgu banyak diperuntukkan dikawasan sekolah
pagi sekolah
petang sekolah
malam pun sekolah
sabtu sekolah
kadang2 cuti sekolah pun kena pergi sekolah
arghhh.... kebosanan
aku mahu POWER
SUPERPOWER... memberikan anda tenaga...

cuti CNY ni aku mahu manfaatkan sepenuhnya
no more school 
no more student
no more meeting
just chipsmore in my mind
~~kih3~~

so entry kali ni aku nak bercerita berkisarkan mengenai sekolah
sekolah lagi....!!
~~haha~~

perhatian kepada para kontraktor class C
sila beri job kepada pelajar PK SMYP bagi kerja pecah memecah dinding
dorang ni memang pakar
tapi bukan pecah rumah lak yer
pintu kedua hampir sempurna dibina
kerja2 penngubahsuaian kelas sudah mencapai 50peratus
hanya dekorasi dalaman dan susunatur perabot yang tinggal
theme color PK adalah biru kundang @ ungu





walaupun aku selaku CEO
sebagai orang atasan yang berwibawa
aku turut turun padang membanting tulang
memerah keringat dan kudrat membantu orang bawahan
prihatin dengan masalah2 yang melanda pekerja2
bukan hanya duduk dikerusi empuk sambil memberi arahan
komplen itu tak betul ini tak betul
sekejap plan A
pastu plan B
contohilah cikgumizi ni
bukan dinding je aku simen
dengan seluar kerja aku simen sekali
~~haha~~

minggu lepas
baju kerja coklat terkena cat
adehh.. sadis sungguh..
orang luar tengok pun tak percaya
yang sebenarnya aku ni cikgu atau pekerja kontrak
musykil2...

gambar diatas bukan lakonan semata2

cikgumizi: tak sabar menanti ketibaan CNY. cuti lagi.. yahoo.....!!

Thursday, January 20, 2011

Janji Duit Masyuk...!!!


nikmatnya bercuti hari khamis
peritnya bersekolah hari sabtu
wahhh...!!

seawal pagi aku sudah merias diri
berwangi2an untuk berouting
cewahh...!!
tujuan utama outing hari ini
menonton khurafat yang menjadi bualan ramai
katanya bestla, seram giler la...
betul ke seram sangat tahap gaban seperti yang diperkatakan...??
aku selaku pengkritik filem tidak tegar
merungkai satu persoalan

MBO Kluang Parade tempat yang dituju
sempat lagi brunch b4 masuk panggung
tepat jam 1345 bergegas merebut tempat duduk
kondisi cinema di situ memang kureng
seat hampeh, cover tempat letak tangan hilang
memang xde maintenance agaknya
janji duit masyuk...!!!


citernya xde la lama mana pun
dalam 1jam 15 minit
komen aku pasal citer ni
ermmm...
xde la seram sangat seperti di katakan
siap leh nguap lagi dalam panggung
aku tengok pun leh tertido
aku bagi 3star la tuk citer ni

diatas adalah komen palsu
komen sebenar ada dibawah

siot betul citer ni
terkujat dibuatnya
selamat aku dah pergi toilet siap2
kalau tak, mau aku terkucil dalam panggung
hantu sergah xagak2
bagi la warning dulu
slamat aku xde diabetes
haishhhh....
~~hihi~~

papepun memang seram citernya
tapi nape sekejap sangat
ending kurang menarik a.
tunggu khurafat 2 lak pasni
~~huhu~~

cikgumizi: kepenatan dan kenjoyan sangat rini... kih3..

Wednesday, January 19, 2011

Tempias


selepas sesi persekolahan
pulang dengan semangat berkobar2
kerna esok kecutian kerna hari Thaipusam
bukan Thaipusat yer..
~~hihi~~

perjalanan pulang kerumah yang sekangkang kongkang
yang dahulunya berlubang2 seperti rupa bulan
kini dalm kerja2 pembaikan
jalan2 di tar semula
ini mesti tempias faedah dari pilihanraya kecil Dun Tenang
semalam PM turun hari ni TPM lak turun
ok la kan dapat turap jalan baru
daripada Yong Peng xdapat pape
memang untung kalau diadakan pilihanraya kecil
kerna dapat banyak peruntukan berbanding PRU
jangan lak korang doa kan Adun tempat korang KO lak yer
~~hihi~~

hari ni kat sekolah seperit biasa jadi buruh kasar
mengalihkan barang2 dan fail2 kaunseling ke bilik baru
dari awal persekolahan sehingga tamat
masih ada lagi kerja2 perlu dilakukan
objektifnya....
minggu ni kena setelkan juga perpindahan ini
kerna PK amat memerlukan kelas yang kondusif untuk PnP
groundfloor blok melur adalah wilayah jajahan PK
kami umpama parasit
menjajah sedikit demi sedikit
mangsa seterusnya adalah..
BILIK IT
~~kah3~~

cikgumizi: sedang merancang masa depandengan lebih berani... caiyok3...

Sunday, January 16, 2011

LDP:Kursus Asas Kejuruletihan Padang dan Balapan

semalam diadakan LDP di sekolah aku
LDP itu bukan sejenis binatang atau haiwan
mengikut kamus dewan edisi khas
LDP diberi maksud Latihan Dalam Perkhidmatan
ni sudah kali ke-2
menurut NUTP
minggu ke-3 pihak pentadbir sekolah tidak dibenarkan mengadakan aktiviti
tetapi dalam kes terpencil begini
sekolah aku tetap adakan
kalau aku jahat aku report kt NUTP
~~kih3~~

tapi LDP kali ni memang best
tak boring cam sebelum ini
tajuk LDP kali ini ialah..
Kursus Asas Kejurulatihan Padang dan Balapan
bersempena dengan aktiviti sukan sekolah yang ditunda ke bulan 6
banyak ilmu baru kami dapat
lepas ni boleh lah aku latih budak2 PK
cikgu2 dipecahkan kepada 6kumpulan
larian berpagar, lembing, lontar peluru,
 lempar cakera, lompat tinggilompat jauh
aku dalam kumpulan larian berpagar
selalunya kat sekolah dulu panjat pagar
kali ni lompat pagar yang halal
~~hihi~~











semalam lepak2 kat jiran sekolah aku
SMKDS
dorang ada aktiviti camping untuk budak2 f1
kalaulah kat sekolah ada aktiviti ni kan best
ermmm...
awal tahun ni ke'busy'an datang menjelma
seperti kebiasaan
semua fenomena ini melanda cikgu2
terutamanya cikgu2 baru yang terpaksa melaksanakan tugas baru
yang terlalu asing dan jauh dari mengajar semata2
kepada anda sekalian
jadi cikgu bukanlah semudah ABC seperti anda fikirkan
mungkin ke'busy'an mereka anda tidak nampak
dan mungkin subjek kajian anda kepada cikgu yang selamat dari tugasan khas
kalau boleh
cari subjek kajian yang mendapat tugasan2 khas dari semasa ke semasa
cewahh...~~
cikgumizi ni cikgu mcm mne lak..??
~~hihi~~

cikgumizi: tak sabar nak tunggu CNY, cuti 9hari... yeayy...!! gambar xamik lagi kat photographer sekolah.. akan diupload kemudian..:)

Sunday, January 9, 2011

Layan Tetap Layan


entry kali ni
aku nak promo satu port makan yang best
ni 2nd time aku makan kat sini
sebelum ni aku makan time oranje nazak kat workshop
dan kali ni aku ngidam sangat
menu spesial nye adalah....
ASAM PEDAS
perghh... licin beb..
di Ali Asam Pedas
~~haha~~



bukan melayu je yang datang
cina pun ramai
memang kalau lambat tinggal kuah je la
so pastikan kalau nak datang
kena tiba sebelum jam 12
kalau gagal
meja akan kepenuhan dan ikan yang diidamkan mungkin kehabisan
contohnya cam kitorang tadi
tiba disana jam 1 lbih
ingat nak order asam pedas ikan pari
tapi kehampaan
terpaksa tukar ikan merah
layan tetap layan...


sepatutnya aku snap pic sebelum mangkuk hayun ni kelicinan
tapi disebabkan algelojoh sesangat
terlupa bagai
~~kih3~~

cikgumizi: pastikan anda order nasi tambah siap2, kerna semestinya sepinggan tak mencukupi... kih3..

Friday, January 7, 2011

Ini Satu Penyeksaan


badan sudah longlai
selepas semalaman berperang di JMB
tidak ku nafikan
ini satu penyeksaan
sebelum lena sudah terasa tindakbalas badan yang aneh
jam 130 pagi aku terjaga
kepala terasa berpusing2
tekak mula meloyakan diri
perut memulas2
pantas ku menyalakan lampu pendaflour bagi menerangi kamarku
tuntasku berlari2 anak ke bilik air
memuntahkan segala isi perut
bwuekk...~~
hampir 2minit terus menerus aku dilanda kemuntahan
kemudian beralih pula ke JMB
~~kih3~~


ku sangka sudah tamat 
rupa2nya itu hanya 1st round
sejam kemudian
beliau datang kembali
dan kembali
dan kembali
sehingga jam 5 pagi
memang longlai dibuatnya
tidak bertenaga walaupun dipagi hari
merangkak2 ulang-alik ke JMB
aku mengambil keputusan untuk tidak hadir ke sekolah
diri ini terasa seperti mengandung anak pertama
wahai suami2 dan bakal suami
kasihanilah isterimu dan bertimbang rasalah
~~hihi~~

petang tadi aku didatangi oleh pelajarku
ingin melawat rasanya
terasa diri ini dihargai
bertambah sayang aku pada mereka
"nanti ustazmizi bagi kerja sekolah banyak2 ei.." 
~~hihi~~

aku masih dilanda ketidaksedapan badan
lenguh2 dan sengal2
kepala pun masih lagi berpusing2
esok pula ada meeting disekolah
aduhaii..
rajin bebenar dorang ni buat meeting
tak penat ke eq asek buat meeting je
ishhh3...

ustazmizi: dapat mc sehari.. nape la tak dapat mc hari isnin.. hihi..

Thursday, January 6, 2011

Aku Seorang Guru


hari yang tidak menang tangan
dari pagi hingga loceng terakhir persekolahan
sentiasa ada kerja yang dibuat
pagi2 lagi aku digegarkan dengan kekurangan kerusi meja pelajar
selaku guru perabot yang masih blurr
aku menjalankan tugas dengan bantuan guru berpengalaman
berpakaian ala YB
berbaju batik oren
tapi kena pegang gergaji dan bertukang
umpama pekerja buruh gred 41
~~hihi~~

pagi tadi terpaksa mengganggu kelas guru lain
kerna masalah pengagihan kerusi meja murid
terpaksa merombak perabot beberapa kelas
ada yang tarik muka kerna kelas nya diganggu
tetapi dengan penjelasan yang baik
masalah dapat diselesaikan
memang terpaksa
kerja2 ini memang memerlukan tenaga yang banyak
kalau nak harapkan aku seorang saja
memang aku letak jawatan kot
kerja yang tidak pernah selesai
~~hihi~~


nampak gaya esok pagi2 
sudah bersiap sedia dengan peralatan bertukang
beberapa meja kantin perlu dibaiki
bagi menampung meja yang kurang
dengar citer mintak 200 buah
tapi 30buah saja yang sampai bulan lepas
ditambah pula pertukaran form 2 ke sesi pagi
memang celaru nak selesaikan masalah ini
terpaksa buat kerja slow2
aku ni seorang guru
priority aku kepada mengajar
bukan pada kerja2 ni
~~aishhh..~~

aku malas nak komen pasal meeting rumah sukan tadi
memang menghilangkan mood aku
semangat yang hilang
bendera yang aku terima pagi tadi
rasa cam nak bakar je
grrr.....~~


cikgumizi: mata ada ketumbit, patut la trase smacam je rse. selamat kecil, klu besar esok mintak mc a.. hihi..

Wednesday, January 5, 2011

Maafkan Daku


tiba masa yang ditunggu2
suka atau tidak akan keputusan ini
aku terpaksa membuat pilihan
sudah lama dipendamkan
aku tetap setia
tapi kini seru sudah tiba
tidak perlu aku melengah2kannya
bak kata orang2 berpengalaman
perkara baik jangan dilengah2kan
aku kena kuatkan semangat dengan pilihan yang aku buat
mudah2an tidak menyesal

lama juga aku "usha"
bukan mudah untuk memenuhi kehendak hati
kadang2 apa yang kita lihat memang sempurna
tapi hati tidak berkenan
tidak boleh memaksa dalam hal ini
maafkan aku


aku memilih mengikut mata hati
bukan mata yang sentiasa menipu diri
hati ini meronta2 untuk tidak mengkhianati
tapi naluri dan keperluan lebih menyelubungi diri
dan kini aku nekad
aku ingin....
menukar layout Selamat P@gi Cikgu
supaya lebih menarik dan sejuk mata memandang
sudah beberapa layout dalam pemerhatian
~~hihi~~

esok mesyuarat rumah sukan
aku selaku ketua rumah sukan Akasia
sudah bersedia dari segi mental dan fizikal
untuk merebut kejuaraan dan mengharumkan nama baik rumah sukan
banyak perancangan telah dirangka

2x tiket wayang di kelas pendidikan khas
3H2M penginapan di bilik pengurusan diri pendidikan khas
baucer makanan RM4.50 di kantin sekolah
2x tiket percutian di taman botani pendidikan khas (depan bilik kom)

semua ini adalah hadiah bagi pemenang olahragawan dan olahragawati bagi rumah sukan Akasia
~~hihi~~

cikgumizi: esok kena ajar muzik, nak ajar pe eq.. aku bab seni ni memang fail... haha.. 

Monday, January 3, 2011

Kilat Lagi Menyilaukan


hari pertama persekolahan
disebabkan aku mengajar di sekolah menengah
tiada esak tangis sebelum kelas bermula
hanya masalah-masalah disiplin yang tidak pernah ada titik noktah
dorang ingat sekolah tu tempat peragaan fesyen rambut ke..??
rambut berkarat-barat
rambut panjang mengurai
style trojan memang ramai
tapi aku puji pelajar india
kerna rambut mereka sentiasa kemas dan berminyak
kilat lagi menyilaukan
~~haha~~


5pelajar baru menghadirkan diri
kesemuanya lelaki
2melayu 3cina
aku rasa subjek PJK telah berjalan hari ini
walaupun tiada PnP dijadualkan hari ini disebabkan orientasi
dek kerna mengejar seorang pelajar baru (autisme)
aduyaii~~
~~haha~~

kalau berkesempatan
aku akan up kan gambar pelajar2 baru Pendidikan Khas
semenjak duamenjak ni
cikgumizi terasa berat tangan untuk mensnapkan gambar2 peristiwa
mungkin kerna henset yang mengalami masalah
kalau ikutkan emosi kedinding la jawabnya
memang crowded giler assembly area
form2 ditukar ke sesi pagi
bermakna f2-->f6 disardinkan pada sesi pagi
mak aii..
pelajar bertambah


harap2 jangan masalah pun bertambah
papepun
all the best cikgumizi
diharap tahun 2011 dapat mengecapi apa yang diingini
yoshhh....
fight ohh...!!

cikgumizi: mulakan hari esok dengan senyuman.. hihi..

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011


selamat datang 2011
selamat tinggal 2010
mungkin meriah agaknya orang ramai menyambut tahun baru
mungkin berduyun-duyun berkumpul didataran
mungkin bersama-sama countdown detik 12 malam
mungkin melihat kecantikan serakan bunga api
mungkin pelbagai acara disajikan kepada pengunjung
mungkin......
kenapa mungkin..??
semalam kepala aku sakit menggila
tidak tahu apa puncanya
sudah 3hari melanda diri
tepat kul 10 malam
aku menjamah sebiji panadol actifast
terus melabuhkan diri di tilam yang empuk
dan diselubungi selimut yang kusam
terus tidak sedarkan diri
jika berlaku apa-apa malapetaka
mungkin aku tidak dapat diselamatkan
memang tido "mati" bak kata orang

pagi ini aku bangun
terlihat jam di henset
sudah masuk ke lembaran baru
Tahun 2011
apakah kejayaan dan kemanisan yang akan aku kecapi
apakah ujian dan dugaan yang bakal aku hadapi
apakah tahun ini adalah lebih baik dari tahun lepas
itu semua rahsia
yang perlu aku terokai sendiri
semangat berkobar-kobar membara seperti lipan bara
yeahh.. nekadku...!!

cikgumizi: perlu melangkah setapak kehadapan, tapi kalau langkah beberapa tapak pun orite gak.. hihi..