Followers

Tuesday, November 30, 2010

Sejarah Mak Kiah Berulang


masih ingat lagikah entry sebelum ini

aku tiba awal di dewan peperiksaan
kerna aku diberi mandat untuk menjadi pengiring terhormat 
meneman KP untuk mengambil kertas SPM
setibanya aku di dewan peperiksaan
aku meletakkan kertas soalan ditempat yang dirahsiakan
disebabkan tercatat SULIT di sampul tersebut
jika tidak aku akan dimasukkan ke ISA

dengan berbekalkan pengetahuan yang cukup2 makan
aku meronda sekeliling dewan sambil mulut terkumat-kamit
membaca ayat kursi dan 3Qul
setiap sudut aku jelajahi bagi tujuan memagar dewan tersebut
setelah selesai
aku meneruskan kerja2 rutin selaku pengawas peperiksaan
15minit sebelum peperiksaan bermula
calon2 dibenarkan masuk ke dewan
tiba2..~~


aku terlihat seorang pelajar berdiri tegak diluar dewan
dengan beraninya aku menegur calon tersebut
sebab kenapa dia berpelakuan sebegitu rupa
"kenapa awak tak masuk..?" soal diriku
"kaki saya takleh gerak cikgu." jawabnya
"awak jangan main2, exam dah nak start tu. cepat sikit." tegasku sambil melihat jam tangan
hachuuummmm....!!
seorang calon lain bersin membuat diriku terperanjat dan berpaling kepadanya
"ishh awak ni, agak2 a nak bersin pun." aku berseloroh.
aku berpaling kembali kepada calon yang berdiri diluar
dan...
"eh, mana budak ni pergi..??" aku kehairanan
aku bertanya kepada calon lain
"awak nampak tak budak tadi tu..?"
"budak mana cikgu, cikgu cakap sorang2 je tadi."
"huhh...."

cerita diatas adalah rekaan semata2, hanya imaginasi aku saje

LUKENABEB..!!
~~kah3~~

hari yang memenatkan
terpaksa menjaga SPM sehingga ke petang
dipagi hari aku masih gagah menahan kelopak mata dari tertutup
tapi longlai kengantukan yang amat sangat di petangnya
jarum saat bergerak perlahan jika selalu dilihat
dan saat bergerak pantas jika dilupakan
penat bangat ni...

tapi petang tadi keberanian aku diuji
sedang aku mengawas seorang pelajar pergi ke tandas
aku melepak ditepi bangunan untuk melihat kehijauan tumbuhan
sunyi sepi tiada manusia yang lalu-lalang
tiba2...

mataku terpana pada 2 kelibat putih
"O'oo.. pebende tu..?" getik hatiku
keberanianku goyah dek cerita Mak Kiah Hangit yang masih hangat di ingatanku
ku amati 2 kelibat tersebut di pagar sekolah

click untuk zoom

cilakak tul
awat dorang letak orang2 kt situ
slalu de kt sawah padi jer..
hak tuii..
seriau diriku ini
selamat aku tidak mengalami sakit jantung
~~hihi~~

cikgumizi: baru pekena nasi goreng kampung+telur mata.. perghh.. mengancam...

Monday, November 29, 2010

Mak Kiah Hangit


mak kiah mundar mandir di ruang tamu
melihat anaknya sedang tidur dikamarnya
"tiada periksa ke si minah ni" getus hatinya
dengan rasa curiga
beliau mengejutkan anaknya dari tidur
"minah, ko xde periksa ke hari ni..?" tanya mak kiah pada anaknya
"takde..!!" bilang minah
bau hangit sudah menyengat hidung mak kiah
tidak sempat beliau bertanya lebih lanjut
"nasi goreng aku..!!" jerit mak kiah teringat akan nasi goreng yang sedang menghangitkan dirinya

selang 5 minit kemudian
perasaan curiga mak kiah kembali kuat
lantas beliau mencapai ganggang telefon dan terus menelefon pihak sekolah
trruut trruuut truuuttt....!!

"hello, saya mak kiah mak si minah ni" mak kiah perkenalkan diri.
"ye, kak. ada apa..??" balas cikgu bertugas di sekolah

"hari ini takde periksa SPM ke..?" soal mak kiah.
"ermmm.. ada la kak. kertas Pendidikan Islam. kenapa..?" jawab cikgu bertugas.

"huhh, tapi anak saya bagitau saya takde periksa hari ni" mak kiah mulai curiga
"eh, si minah tu ada kat sekolah ni kak. ngah jawab periksa tu." cikgu bertugas membalas

"huhh..??. habis sape kat umah ni..??" mak kiah terus pengsan

kisah diatas adalah kisah benar yang diceritakan dari seorang cikgu kepadaku
ianya berlaku beberapa tahun yang lalu
di sekolah tempat aku mengawas SPM
ia berlaku tika kertas Pendidikan Islam sedang dijalankan
dan esok kertas Pendidikan Islam bagi SPM
adakah sejarah akan berulang..??
atau mak kiah akan terus menjadi sejarah
biarlah diselubungi misteri...~~~
(nama adalah rekaan semata2, tiada kaitan dengan watak rombongan cik kiah ke kelumpo)


persediaan cikgumizi untuk esok
doa2 pelindung standby dalam poket baju
dan kamera henset kena tiptop
~~kih3~~

cikgumizi: bulu romaku tegak tiba2 tika sedang menukilkan cerita ini.. serammmnyer....

Saturday, November 27, 2010

Orang Kaya Ali


Hari ni hari ke-2 aku dapat menikmati tidur yang nyaman dipagi hari
tiada SPM tiada bilik kebal dan tiada kesunyian melampau
tapi aku terpaksa membeliakkan mataku
pada jam 10 untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan
malas bukan kepalang untuk memandikan diri
kalaulah ada orang tolong mandikan
mesti best kan
~~hihi~~

Salam Selamat
kawanku semasa diri ini menuntut di UTM
selalu memberi keizinan menaiki motornya
untuk ke kelas pada waktu malam
hari ini hari bahagia dia
aku pun turut menumpang secebis kebahagiaannya
~~hihi~~


destinasi seterusnya adalah Kolam Air Panas di Sg. Gerisik
dalam perjalanan terlihat sebuah sekolah
nama sekolah yang unik


SK ORANGKAYA ALI MUAR
siapakah beliau..??
Ayah MissDyana kah..??
~~kah3~~


walaupun tidak boleh merendamkan badan ini
dapat rendam kaki pun jadilah
hilang semua cagu2 di kaki
awek ramai disitu
dengan confident nyer terus mencelup kaki bercagu ini


argghhhh.... panas giler
nasib baik aku hanya menjerit dalam hati
jika tidak habis hilang kemachoan diri ini
~~hihi~~

cikgumizi: assignment belum start lagi nih, cam malas je nak buat.. orang lain cuti sekolah best jer, aku de asignment tambahan lak.. aduhh... ape la nasib.. nak mengangkung pun xsempat..;(

Friday, November 26, 2010

Hari Bahagiaku akan Tiba


Kebahagian adalah terlalu subjektif untuk dinilai
adakah kita sekarang sudah bahagia..??
bagaimana kita menilai kebahagiaan itu..??
kadang2 kita hanya bahagia hanya untuk sementara waktu sahaja
hari ini bahagia tapi keesokan harinya hilang kesemuanya
dan jangan hanya bahagia untuk seminit
umpama korang kentut didalam lif yang sarat dengan orang
korang akan rasa bahagia dapat melepaskan tekanan bom
kemudiannya mesti korang akan dapat habuannya
atau mungkin akan ke rumah bahagia
setelah mereka membalas dendam dengan mengentutkan diri mereka
tepat kearah lubang hidung anda
lagi2 yang kentut dari orang yang sembelit seminggu
~~haha~~

korang dilarang keras untuk tiru aksi diatas

apa la aku melalut ni
aku nak uar2kan sikit pasal kebahagianku yang akan menjelma
hari bahagia aku la gitu
dalam masa terdekat ini
~~kih3~~


tadaaa...~~
SIJIL KURSUS ASAS PENDIDIKAN KHAS
petang tadi baru terima
tak sabar rasanya nak bagi kat kerani sekolah
ini bermakna aku akan mengecapi hari bahagiaku dalam masa terdekat
RM250 
(sengaja aku kecilkan supaya korang xmintak belanje.. kih3..)
yahooo...!!!  d $o$ b
trimas buat individu yang telah bekerja keras untuk siapkan sijil ini
 ~~hihi~~

petang tadi aku shopping buku di Popular, BP Mall
hati tertarik dengan buku ini


gaya penulisan yang sempoi dan mudah untuk difahami
sememangnya aku agak sukar untuk memahami penulisan yang berbunga2
baru baca beberapa halaman
niat ingin habiskan malam ni
tapi disebabkan ada assignment tambahan untuk cuti ni
aku terpaksa batalkan niat murni ku
~~hihi~~


salah satu pix yang best dalam buku ini
jika Allah mengeluarkan bil bagi segala nikmat yang diberikan
pasti kita tidak dapat membayarnya
bagaimana tanda kita bersyukur akan nikmat yang diberikan
tepuk dada tanya iman
jangan lak tanya aiman
kerna aiman sentiasa boleh
~~kih3~~

aku ingin berkongsi cerita tentang aktiviti hari ini
tapi amat merbahaya jika di dedahkan
xelok dedah2 ni
aurat..!!
~~kih3~~

cikgumizi: esok nak gi kenduri kwen kwn, nak pakai baju pe eq.. ermm.. kebaya atau kurung pahang..?? kih3..

Wednesday, November 24, 2010

Nota Cinta


di pagi hari peperiksaan yang tenang
bertukar menjadi riang
apabila terbaca 
nota cinta yang dicoretkan di atas meja
lawak betul a budak ni


"aduh bengang betul r, macam mana aku boleh lupa.. aduh jawapan-jawapan..  
kalaulah boleh tiru kan best, memang aku r orang yang pandai meniru"
(setelah diedit mengikut tatabahasa yang betul)

hari ini aku kesorangan menjaga di kelas
tiada teman untuk berbual
hanya bunyi kipas yang berputaran
memainkan irama klasik nasional
mendayu2 memujukku untuk melelapkan mata
tapi ku gagahkan juga untuk berjaga
demi tanggungjawab yang di amanahkan


kebosanan yang melanda membuat diriku berniat jahat
menganggu konsentrasi calon
aku pergi dari meja ke meja memeriksa ic dan slip
walaupun sudah 100x melakukannya
mesti dorang tensen
~~haha~~

gaya jalan umpama panglima perang
membuatkan suasana yang sunyi hingar kembali
tap tup tap tup
bunyi tapak kasut yang menyedarkan mereka dari lena
jika kebosanan 
aku berkawad di belakang kelas
kebelakang pusing...!!

jika dikira langkahku
sudah pasti watson nyambek pun tertewas
~~haha~~

cikgumizi: misi belum tercapai lagi.. arrgghhhh.... tinggal 11 hari lagi...

Tuesday, November 23, 2010

Pengalaman Malam Pertama


jika dalam fikiran anda berwarna biru
sila tutup entry ini
kerna entry ini bersih dari anasir2 kebiruan
ini cerita tentang kehidupan seorang cikgu
dan celoteh tukang karut
yang digelar cikgumizi
yeaahh..!!
~~hihi~~

entry kali ini aku ingin menceritakan pengalaman malam pertamaku...
dup dap dup dap
sila baca ayat yang seterusnya ya..!!
pengalaman malam pertamaku sebagai pengawas SPM
~~kih3~~

hari pertamaku sebagai pengiring KP agak memuaskan
walaupun daku terlewat 15minit daripada MoU yang telah ditandatangani
tapi tetap melaksanakan tanggungjawab dengan jayanya
3 paper dijalankan hari ini
BM K1, Pend. Seni Visual dan BM K2
setibanya aku di SMK Sri Medan
jika di amati
aku seperti santa clause yang membawa bungkusan hadiah


walhal sedang memerah keringat mengangkut kertas soalan
pembahagian tugas dilakukan dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab
aku sebagai pengawas yang berdedikasi telah memberi persembahan sepenuh tenaga
umpama pelagak ngeri CEPLOS...
~hihi~~


bermacam2 gaya aku posing
sewaktu kebosanan melampau melanda diriku
kalau ada modelling agency yang hadir
sudah tentu aku ditawarkan kerja
paling cikai pun sebagai model seluar dalam
~~kih3~~

macam ni la aku pose.. hihi..

underware model

sedang ku termenung sendirian 
tiba2 aku teringat misi utama aku menjadi pengawas SPM
aku rasa aku dah hebahkan
tapi takpe aku ulang semula
Shhhhh..... keep it as secret tau..!!
misi utama aku adalah mencari jodoh
~~kih3~~

cikgumizi: esok akan menjadi pengiring lagi, tapi esok hanya ada 1sesi sahaja yakni sesi pagi..  leh relax sikit esok.. huhu..

Monday, November 22, 2010

Debaran Seorang Pengganas


sudah lama aku tak update
kadang2 idea datang mencurah2
tapi tidak berkesempatan untuk menulis
bila kelapangan masa
idea pulak kering kontang
aduhaii...

setelah bercuti selama 40jam di KL
aku selamat kembali ke Yong Peng
dulunya penuh dengan kehijauan
tapi kini penuh dengan ketandusan
bagai padang jarak padang terkukur
licin seperti kepala jin SUPERPOWER
~~haha~~


esok SPM akan bermula
aku selaku pengganas.... opsss.. 
pengawas yang berdedikasi
siap siaga menjalankan tanggungjawab
walaupun dalam otak sedang fikir cara nak mengular
~~hihi~~

esok pukul 6 perlu berada di SMK Dato Seth
tunggu driver aku ambil untuk ke bilik kebal
(mampos aku kalau KP aku bce)
~~haha~~

bilik kebal berada di SK Pt. Bilal
so perjalanan jauh memerlukan kereta yang tiptop
dan co-driver yang mantap dari segi mental dan fizikal
seperti co-driver rally
(esok nak bawak bantal busuk, leh tido dalam kereta)
~~kih3~~

persiapan malam ni
iron baju kaler pink, seluar kaler putih, necktie
stok perfume cap playboy , strong hold hair gel
mana tau leh ngorat dak2 SPM
rejeki ayam nampak di kaki
rejeki aku nampak di jambul
sambil mengawas ngorat awek
~~kah3~~


yoshhh...
fighttooo....!!
ho ho hooo...~~

cikgumizi: malam ni kena tidur awal, jika tidak mesti terlanjur tidur.. hihi..

Friday, November 19, 2010

Kenapa Aku Benci Kau


entry kali ini aku nak merungkai sebuah persoalan
yang telah lama dipendam dan tersimpan lama didalam hatiku

kau selalu menyakitkan hatiku
walaupun aku tidak mencari masalah dengan kau
tapi kau tetap ingin bermusuh denganku
aku pun tidak tahu apa punca perkara ini terjadi


kenapa aku benci dikau
so aku ingin menjelaskan segala2nya
aku harap kau puashati dengan penjelasan ini
dan tolong jangan ganggu hidup aku
~~harap maklum~~

kes 1
sedang aku dalam perjalanan ke Kuala Lumpur
melalui lebuhraya alon etan (refer kamus Jawa)
sedang ku pandu oranje selaju 110kmj
tiba2 sebuah kereta memotong oranjeku
berdesup..
anggaran kelajuan sekitar 130kmj
selamat aku tidak mengandung
jika tidak sudah tentu bayi yang baru dilahirkan menjadi yatim piatu
kurang asam punya kereta
bukan kerna kelajuannya
tetapi dia memotong terlalu hampir dengan oranje
dengan lebih tepatnya
keretanya berada di tengah2 line
memang sakit hati tahap gaban

dan yang pasti kereta itu tertera logo perodua
iaitu MyVi....


kes 2
Sedang ku pandu sekitar 100kmj
dijalan yang sunyi dan gelap lagi sempit
tiba2 sebuah kereta cucuh angin di belakang oranje
aku beri laluan kepadanya
kerna lampunya menyilau pandangan aku
disebabkan pantulan cermin sisi dan belakang
tetapi kereta tersebut tidak mengendahkan
terus mencucuh angin belakang oranje

angin seluruh badanku telah mencapai suhu setanding Gunung merapi

"cilakak punya kereta aku bagi potong ko xnak potong 
lampu tinggi menggila macam ko sorang je ada lampu camtu." 
bisik hatiku mencaci maki beliau

aku menurunkan speedometerku ke angka 60
bermakna aku memandu lagi slow
supaya beliau memotong oranje
dan ternyata tepat kiraanku
beliau memotong dengan rakus

dan yang pasti kereta itu tertera logo perodua
iaitu MyVi...


kes 3
sedang ku pandu oranje menghala ke kampung halaman
trafic light memancarkan cahaya merah
merah bermakna berhenti
dan oranje berhenti bersebelahan dengan kereta putih
3minit kemudian
traffic light memancarkan lampu hijau
kami berjalan seiring
tiba2 kereta putih tersebut semakin menghampiri oranje

"aiikkk... awat dia makin rapat kat ceq..??"

tanpa signal light terus membelok
cilakak betul la kereta putih ni
takpa2 disebabkan mood aku baik tika itu aku lepaskan beliau
kalau tidak memang kena pon pon..!!


dan yang pasti kereta itu tertera logo perodua
iaitu MyVi...



bak kata ustaz2
disebabkan tahi seketul, habis air satu kolah. Asalnya air mutlak, terus jadi air mutannajis
~~hihi~~

cikgumizi: jangan marah yer kawan2 ku yang menggunakan MyVi. saja berseloroh.. hihi..

Tuesday, November 16, 2010

Bengkel Permainan Guru Pendidikan Khas Johor


semalam aku tidak sempat untuk melaporkan aktiviti harian aku
oleh sebab kepenatan dan kesengalan badanku
semalam berlangsungnya Bengkel Permainan Guru Pendidikan Khas Negeri Johor
8 daerah menghantar wakil 
diantaranya 
Batu Pahat, Johor Bahru, Kulai, Kluang, Mersing, Muar, Segamat dan Kota Tinggi
Batu Pahat menjadi tuan rumah bagi program ini
Venue bagi permainan bola sepak di SMV Batu Pahat
Bola Jaring di SJKC Sri Gading
Bowling di BP Mall
Pentanque di SMK Datin Onn
4 acara dipertandingkan

aku salah seorang wakil dari kontinjen Batu Pahat dalam Bola Sepak
lihat entry sebelum ini
keputusan kontinjen bagi perlawanan bola sepak 

Batu Pahat - Kota Tinggi -------> 1-2
Batu Pahat - Kluang        -------> 0-1
Batu Pahat - Segamat      -------> 0-1
Batu Pahat - Kulai           -------> 0-2

last game aku tak main
drumstick ku kekejangan
jadi pasukan belasahan
~~kah3~~

memang takda luck game semalam
permainan dah macam international
tapi finishing kurang kemas
bola banyak kena palang dan tiang
memang geram sangat
mungkin silap time training
sebabnya time training gol pakai kon
klu kena kon kira gol
sebab tu a asek kena tiang dan palang jer
(alasan orang kalah)
~~hihi~~

tapi takpe memang niat untuk beriadah pun
takde a high expectation
kalau tak memang dah gaduh dengan reffree
kalah disebabkan kena penalti je
(alasan lagi)
~~hihi~~

keseluruhan Batu Pahat dapat ke 3 kontinjen terbaik
next year kita cuba lagi k
aja2 fighting...!!





1st game ngan Team Kota Tinggi

cikgumizi: petang ni balik muar, esok pakcik nak buat korban...

Sunday, November 14, 2010

Persiapan Terakhir


hari ini persiapan terakhir sebelum menjelang SKPP
jersey semua aku dah basuh+softlan
bagi wangi semerbak sikit
barulah cikgu2 muda terpikat
~~hihi~~

esok penentu segalanya
menang atau kalah terletak nilai suapan yang tinggi kepada pengadil
~~haha~~

aku bermain di posisi bek kiri
memang dari dulu aku main diposisi itu
kena aggresive sikit seperti John Terry
baru la pihak lawan gerun
kena camourflage dulu muka
Grrrrrrr....!!


entry ni aku saja nak letak pix jersey skuad The Chisel
nape The Chisel..??
~~haha~~
sila google ei pe makna chisel
~~kih3~~

jersey aku bernombor 10
sama seperti J.Cole
sebabnya aku Chelsea Fan Club
~~haha~~



kasut bola takde, kasut futsal pun jadi laa.. haha..~~

J.Cole nombor 10


Blue --> Red
Chelsea --> Chisel



cikgumizi: kaki kanan masih cedera semasa latihan ritu, semoga tidak parah...

Saturday, November 13, 2010

Jamuan Pendidikan Khas Batu Pahat


Jamuan Akhir Tahun Pendidikan Khas Batu Pahat
diadakan khas untuk guru Pendidikan Khas seluruh Batu Pahat
anggaran yang hadir dalam lingkungan 300 orang
bertempat di Hotel Katerina Batu Pahat

seperti kebiasaan aku dilantik menjadi AJK dokumentasi
aku pun pelik la
macam mana aku selalu dilantik menjadi AJK dokumentasi
sedangkan kamera paling cikai pun tak ada
ini kan pula DSLR yang berharga ribuan ringgit tu
nampak gayanya terpaksa la aku beli sebijik
pokai duit aku
tapi memang syiok a dapat snap sana snap sini
leh zoom kat awek2
~~hihi~~

aku rasa aku bagi 3star dari 5 bagi program ini
kerna agak celaru juga la
biasa la first time handle big program camni
lagipun timing jadual lari
makan kul 12 lewat bebeno
cikgu2 dah bising
wat pekak telinga je la
~~haha~~

beberapa bingkisan dari program tersebut
dimulakan dengan pix kewl aku
~~hihi~~



  












cikgumizi: kepala sudah pening, terasa demam ingin menjelma... dimanakah cikpanadolku..??