Followers

Sunday, October 31, 2010

Sakit Mental


apabila diri ini kesunyian
banyak kenangan yang menggamit ingatan
satu persatu dipancarkan didalam fikiran
ibarat melihat sutradara di pawagam
cuma tidak kelihatan oleh orang lain
hanya diri ini sahaja

impak dari serangan psikologi ini
penyebab kita dilabelkan sebagai pesakit mental
mungkin kebenaran itu ada
jika kita tertawa tika kesorangan
atau terukir senyuman manis kepada sejantina
hanya kita saja yang mengetahui kebenaran

tatkala aku menukilkan caritera untuk entry kali ini
selesai sudah aku menghabiskan satu wayang gambar (movie)
tajuknya Pelabuhan Mutiara(Pearl Harbour)
aku tidak mahu berkisah panjang mengenai wayang gambar ini
aku hanya ingin berkongsi cerita aku tika menyertai ROTU

jika dulu latihan akan diadakan tiap2 hari sabtu
memang terasa diri ini malas untuk didera dan dijemur
satu cara aku menaikkan semangatku ini
adalah dengan cara menonton tayangan wayang gambar berkenaan Solja
cerita yang kebiasaan ku tonton seperti...

Band Of Brothers
Pearl Harbour
Saving Private Ryan
Tears Of The Sun
Shooter
Love Story Of Havard
My Girl
Witch Yoo Hee




opss... 3 yang bawah tidak termasuk dalam citer solja
itu hanya sampingan saja
aku sangat meminati Kimura Takuya
sempoi jer...
~~hihi~~

dalam diriku amat meminati kerjaya sebagai seorang pahlawan
tapi bila start training amat malas sekali
macam2 alasan kuberikan untuk meng'ular'kan diri ini
~~haha~~


dalam cakera keras mudah alih 250Gb(portable harddisc)
aku penuh dengan wayang gambar
yang daku koleksikan sejak di UTM
tika kebosanan akan ku projekkan melalui Aspire 4740 ku
kepada sesiapa yang berminat nak tengok leh la pinjam
jika diluar DVD berharga RM10 sekeping
aku bagi RM10 sejam
amcam.. cekik darah x...??
~~haha~~

cikgumizi: mode pahlawan, teringat muka daku tika diconteng dengan camourflage...

Saturday, October 30, 2010

Pembunuh Kehidupan


aku bukan ingin mereka cerita
atau membuka pekung di dada
tapi ini adalah kisah benar
dan benar2 belaka
mungkin ada yang kasihan
ataupun memperlekehkannya

walaubagaimanapun aku ingin berkongsi beberapa perkara
bukan niat dihati menagih simpati
tetapi memerlukan sokongan
dari kalian teman di sekeliling juga di teman maya

aku dikhabarkan dengan berita yang kurang menyenangkan
walaupun bukan kejutan yang terbesaar
tapi memang dalam jangkaan aku
memang terasa diri ini kecil
walaupun hakikatnya diri ini besar
tidaklah sebesar Hulk Hogan
tapi lebih tepat dikatakan seperti Asmara
~~hihi~~

aku ingin berbicara dalam keadaan santai
supaya kalian tidak terlalu emosi dengan cerita yang hendak dikhabarkan
~~ahaks~~

kisah ini bermula pada hari sabtu yang nyaman
semasa LDP kali ke -6 disidangkan
slot yang dinantikan berbanding slot lain
ceramah berkaitan kesihatan
excitednyer diriku ingin melihat gambar2 18sx
bukan diriku gatal atau miang
kalau dah diberi tayangan percuma sapa yang taknak kan
lagipun aku kan 19tahun
dah lepas pun takat minima umur tu
~~haha~~

tapi nafsu ku terbantut disebabkan gambar2 yang ditunjuki tidak sempurna
aduhhaii.. haha..
tu la kalau dah niat jahat semua xjadi
~~kih3~~

ingin upload gambar breast cancer tapi cam kelucahan terlampau jer.. hihi~~

selepas sesi ceramah
diteruskan lagi dengan pemeriksaan kesihatan
check punya check

berat = 70kg
tinggi = 170cm
blood pressure = 130/90 mmHg

BMI aku dalam range normal tapi overweight
kena senam lebih sikit
~~haha~~
blood pressure aku tinggi
adakah aku mempunyai darah tinggi

ermm....
menjadi persoalan betul
adakah stress akibat beberapa perkara yang berlaku padaku
ataupun baryani kambing yang kusantap di Tropical Inn haritu
aduyaii
~~haha~~

nasihat dari kalian
bagaimana aku ingin menurunkan blood pressure aku..??
ada tips2 yang boleh digunapakai..??
~~hihi~~

.::STRESS PEMBUNUH KEHIDUPAN::.


aku rasa ramai yang tertanya2
siapa yang menyanyikan lagu dalam blog aku ini
aku dengan murah hatinya ingin share la lagu ini
sila click sini untuk download lagu tersebut
siapa cepat dia dapat k..
~~hihi~~

cikgumizi: hypertension... grrrrr....!!

Thursday, October 28, 2010

Sepi Senjaku


view dari bilik 2313

KURSUS ASAS PENDIDIKAN KHAS

seperti yang aku uar2kan di post sebelum ini
selesai sudah aku menjalani kursus ini
dan melayakkan aku menerima elaun PK sebanyak RM 3000/tahun
yehaaa...!!!!

aku bertolak dari YP tepat jam 0700
dan tiba jam 0800 dengan kelajuan purata 140kmj
berpusing2 la jugak cari jalan
walaupun bangunannya sudah kenampakkan
after register dan dermakan RM200
aku setting camera ni
snap sana snap sini
kasi warm up dulu
~~hihi~~



aku ditempatkan bersama cikguFaishal (aku luper dari skolah mner)
wow.. single and double bed.. syiok woo...!!
tapi yang xsyiok adalah jamban duduk
huwaaa...!!
3H2M terpaksa menggunakannya walaupun tak selesa


banyak aktiviti dalam kumpulan diadakan
berbincang sesama sendiri
ada juga yang bergosip
~~haha~~

xtau pe yang dorang diskusi kan
lelaki dibawah roommate sekejap aku
sape mau bkenalan boleh la
single and available (agaknye la)
~~hihi~~


lepas puas diskusi dalam group
tiba untuk buat persembahan
setiap kumpulan diberi satu kategori pelajar PK
yang setiap satunya mempunyai masalah tersendiri
kelakar memang kelakar
macam2 gaya dipersembahkan

group: hypoactive

group: Autisme

siapakah ini dan siapakah yang beliau lakonkan...??
(gambar atas)
jeng3......
~~haha~~

group: down syndrome

group: mental prob

group: ketidakstabilan emosi

group: hyperactive

..::group CP tidak dapat ditunjukkan gambarnya kerana masalah teknikal::..

cikgu2 dari ex-AEJ UTM2005-09
kesempatan untuk merakamkan kenangan ini


malam kita enjoy
steamboat kat dataran JB
dah lame xpekena steamboat
msg for dyana: pe la wei xdtg, baru nak pau wit gaji ko...


sebelum kami berpisah
kami bergambar bersama dengan Pn. Siti Muslihat PKPK PPDBP
di pintu masuk Tropical Inn JB


setibanya aku dirumah
aku diserang hendap oleh komunis
oh no..!! jam menunjukkan 5.30 petang
memang time2 camni dia sentry kat sini
aku bertegur sapa dengan beliau

"buat pe kat situ..?? gi balik..!!"

"cari spider la.."

aku punya satu idea
dengan segera aku mencapai kamera DSLR D3000 yang kupinjam
aku snap gambar beliau
dan...

"saya hantar kat polis, kasi tangkap tai yong"



dengan tergesa2 beliau keluar dari semak
dan beredar dengan muka tidak puas hati
komfem esok beliau mencari aku
~~haha~~


cikgumizi: alangkah bestnye klu kt umah ade bathtub ngan air mandian suam... ermmm...

Monday, October 25, 2010

Selamat Tinggal SMYP


sebelum aku meninggalkan SMYP
aku ingin mencoretkan aktiviti terakhir aku
sebelum aku pergi jauh
berpisah bukan bererti pergi selamanya
tetapi untuk mencari maksud tersirat disebalik sebuah kehidupan
kehidupan istimewa
maafkan daku

dahan yang patah
akan bercambah tunasnya
pergi seorang guru
tiada nilai taranya

aku rasa hari ini paling best
kerna dapat mengenjoykan diri
sebelum mengucapkan selamat tinggal
atau dalam bahase omputih bye bye kepada kalian
misi kami pada hari ini bagi perabiskan duit
adalah menonton wayang
dan sila baca lagi sekali
MENONTON WAYANG
bukannya membuat wayang
~~haha~~

dalam banyak2 muvie yang sesuai untuk kanak2 ribena kami
adalah
Sammy's Adventure: The Secret Passage
yeayy..!!
pe kejadahnyer citer ni
~~haha~~
tapi sebelum bertolak
seperti biasa taklimat akan diberi oleh ketua rombongan yang dilantik secara paksaan iaitu cikguYun..
opsss.. maaf... CikguRosni
dengan lagak gayer seperti ketua Puteri UMNO cawangan Lahad Datu
beliau menerangkan perjalanan aktiviti dan pembahagian kenderaan
dan peringatan2 yang sepatutnya


destinasi pertama sebelum membuat wayang
eh.. menonton wayang adalah SORUU...!!
Mc'Donald menjadi pilihan
"kasi itu perut kembung juga
baru tengok itu wayang ada baik punya"
~~haha~~


apsal aku cam lagi besar dari broder kat blakang tu..??
ermm.. musykil2...


perut sudah kenyang hati sudah senang
seterusnye kami ke MBO Square One BP
sebelum masuk panggung
kami kasi pecah panggung dulu
kasi snap sana snap sini

sejibik la weh tangan aku cam poster tu.. urat siap kuar lagi.. hihi..

sharp 10am kami bergerak masuk ke punggung
opsss... panggung..
lucah seyh...!!
~~hihi~~


camera not allowed
so aku xleh nak snap gambar kat dalam

sepanjang cerita sedang berlangsung
aku tidak henti2 diganggu oleh makhluk ni
aduhaii.. pening pale aku
cikgu, chukang a...?? 100x
kete satiya oren..!! 100x
itu awak.. haha..!! 100x
arghhh.... xfokus dibuatnya
siap main kejar2 lagi dalam panggung
nak tau sapekah gerangan makhluk tersebut
taubat aku nak duk dekat ngan die lagi
next time aku duk jaoh2
aku sempat tengok starting and esnding jer
budak2 asek nak ke toilet
next time suruh dorang standby botol
sendiri faham a nak buat ape ngan botol tu tika mahu terkucil
~~haha~~


snap dulu sebelum keluar.. perut kasi cover skit.. click...!!
~~hihi~~

malam ni aku nak packing barang untuk kursus 3H2M
seperti entry yang aku post sebelum ni

PEACE NO WAR..!!
.::Selamat Tinggal SMYP::.

cikgumizi: kat JB musim pe eq skarang..?? winter, summer, autum or spring.. ermmm...

Saturday, October 23, 2010

Aku Redha


yeah...!!
baru saje menelefon bonda
sudah lama tidak menelefon
cuti deepavali aku mau pulang ke kota
sudah ku janjikan kepada bondaku sebelum SPM bermula
cuti tahunan aku ditahan dek kerna SPM
aku juga memiliki keluarga yang ingin kutemu
jangan sesape yang mencoba memberi tugasan tambahan kepadaku
tatkala aku sudah rancang segalanya
~~haha~~

sedang ku melayari blog ini
hujan masih berjujuran deras
sudah 2hari kehujanan disini
i'OJJI masalah jerebu selesai
udara kembali bugar
aku merindui udara pagi di yong peng
~~hihi~~


Hari ini hari sabtu persekolahan
seperti kebiasaan tidak ramai yang hadir kesekolah
sungguh nyaman dengan suasana yang sunyi
aku dikerah untuk mengecat bilik gerakan
tatkala loceng hampir berbunyi menandakan waktu tamat sesi pagi
pergerakan yang terhad semasa mengecat
komunikasi yang terbatas
kerna terdapatnya Sidang KO-Q dijalankan
dan akibatnya seluar kerja ku menjadi korban
habis terkena cat
ganti balik...!!!
ngan sape aku nak claim
huwaaaa......

xpe2 aku redha akan takdir seluarku
~~isk3~~

cikgumizi: berkeliaran dialam cyber, itu saja yang mampu kerna di alam realiti kehujanan... ermmm...

Wednesday, October 20, 2010

Aku Dalam Kesedihan


~~Mahligaimu Dari Airmataku~~

cilakak ko kemal...!!
touching siot hati gua
xyah a tag gua ngan lagu2 sedey
nanti gua meleleh sape mau kesat
lu mau kena kentut same gua ka..
aiyaaa...
~~haha~~

arghh... fikiranku masih becelaru
shuuuhhhh2....
xmau dekat sama aku
hatiku tengah berkecamuk dengan persoalan2 killer itu
lebih tajam dari pedang samurai
duh..


ermm....
Next week aku de kursus di JB
3H2M Tropical Inn hotel
kat mane tu eq..??
tapi kena kuar duit 2rat lak
xpe2, nanti aku claim lek kat skolah
aku kan kaki claim
(mode:sudah tidak sabar merasa elaun pendidikan khas)
~~haha~~

dan tadi surat perlantikan sudah sampai
surat perlantikan sebagai Pengawas SPM
lokasinya SMK Seri Medan
bukan senang2 cikgu len nak dapat
akulah cikgu yang paling bertuah
flight free tu tiap2 hari ulang alik YP-Medan
walawei... korang jangan jeles k
~~haha~~


Seri Medan tu kat kepulauan Sumatera or Jawa Tengah eq..??
kena cari kat google map ni..
de salji ke x eq kat sane..??
ermmm...
banyak barang kena beli ni
pokai duit aku
xpe2, leh claim kemudian
lalala~~

cikgumizi: Suka dalam Duka...

Sunday, October 17, 2010

Kembara @ Selai


entry kali ini aku malas nak taip banyak2
gambar akan menceritakan segala2nya
sebenarnye malas
~~hihi~~

destinasi percutian aku kali ini adalah
TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU ROMPIN SELAI
perjalanan mengambil masa hampir 1jam dari pekan Bekok (agaknyer la)
jam 930 kami bertolak tempat berkumpul SMK Dato Seth ke pekan Bekok
12 orang peserta yang menyertai
kami disajikan dengan permandangan yang indah
kemalangan antara (proton) wira dan perodua (myvi)
xtau mana yang menang dalam pertembungan ini
~~berhati2lah dijalan raya~~



bak kata orang2 tua
ini petanda buruk dan perlu batalkan aktiviti yang hendak dijalankan
tapi disebabkan kami orang2 muda
gunapakai kata orang2 muda
"lu pikir la sendiri...!!!"


3 buah 4x4 digunapakai dalam kembara ini
kalau pakai oranje aku memang sebulan pun belum tentu sampai



perjalanan yang mencabar
turun naik bukit
3 jenis jalan dilalui
jalan tar, jalan berbatu dan jalan tanah merah
selamat jalan bersalji xde
aku merasai kepayahan guru2 yang mengajar di ceruk2 hutan
jalan yang membuat seluruh badanku bergoyang
tidak perlu kerusi urut osim, alat senaman osim
senang cerita
kalau nak korek hidung time ni pun memang payah
jari ko xkan dapat masuk tepat ke lubang hidung
~~haha~~



sebelum bermandi manda
kami ber4 berhajat menawan Takah Pandan
bagi otot2 kaki keras semula
walaupun jarak hanya 1km
tapi perjalanan yang melaui pendakian di tebing2
membuat diriku piawai
kejung kakiku
perjalanan mengambil masa 25minit
aku kembali kehutan
setelah hampir 2tahun meninggalkannya
sewaktu di ROTU






gambar bersama sebelum turun kembali
cantik tempatnya
terpaku aku melihat keindahan air terjun
memang berbaloi2 dan xmenyesal naik



aktiviti malam BBQ dan menombak ikan
tetapi tidak dapat join menombak ikan
kerna kami diserang oleh pak cat
mungkin berang dengan kehadiran kami
mengganggu gugat mereka ingin mengawan
~~kih3~~



sebelum balik kami bergambar di jambatan gantung
penat memang penat
tapi kepuasan tu yang penting
next kembara mau gi mana yer...
ermmm....

cikgumizi: kan best kalau esok cuti lagi. oh yer.. esok budak exam, leh la rilex2 skit.. kih3..