Followers

Thursday, September 30, 2010

Gila2 Rayer


syawal ke berapa eq arini..?? ermm..
aku rasa cam 4syawal jer
kehangatan beraya masih ada lagi
open house pun masih hidup
yer, weekend ni ada marhaban
tapi aku xdapat folo sebab ada knduri kawen sedara

so entry kali ni aku just nak up je pix raye
semasa open house guru PK
pix xbanyak tapi..
nampak la kegembiraan kami dapat makan free
hihi..
sesaper nak wat open house
jangan luper invite cikgumizi yer...
i'oJJI akan datang


pix ni tika kami berada di rumah cikguRosni, ayam ungkep (godok jowo).
mane a tau kalau leh terus ngomong jowo kalau makan style jowo kan..
~~hihi~~

ni kat umah cikguFaris. kek lapis sedap woo...

ini rumah penyelaras PKSMYP. xde pix yang leh di up.
sebelom balik, ktorang berkebun jap, tibai pokok buluh
niat dihati nak tanam kat umah sewa

umah cikguAyu. nasi lomak+nugget+ayam AFC+sate ngadino. perlu lalu di kuburan untuk ke destinasi


umah cikguHuda. nasi gaul kebanggaan orang Banjar, 1st time rasa



selesai santap. berjalan2 di kg orang untuk membuat onar
yeyeah..!!

cikgumizi: enjoy sakan, sebelom di bebani dengan inventori, happy sebelom terlambat..

Tuesday, September 28, 2010

Kilat, Sawan dan Ambulance


kisah bermula dimana aku sedang membuat projek mpv
jam ditanganku menunjukkan jam 1215
sambil mengesat keringat yang mengalir laju dipipi
aku mengambil keputusan untuk masuk ke kelas
bagi melampiaskan segala penat lelahku di bawah kipas
sedangku berjalan untuk mencuci tangan
terlihat sesuatu yang menarik dikelas P.seni
aku teringin melihatnya
tiba2....

berlaku sesuatu yang ganas seperti WWF
ku fikir berlaku pertikaian antara pelajar dan guru
rupa2nya seorang pelajarku diserang athma
ku berikan bantuan kepada rakanku
dan diberi ubat athma (yang picit2 tu)
akan tetapi tidak mujarab
sawannya datang walaupun tidak dijemput
panik..!! (guruh dan kilat terus menggila)
mukanya berubah pucat dan semakin pucat
mulutnya berbuih2
(dalam fikiranku sesuatu yang buruk akan berlaku)

selamat ada cikgu yang pernah mengendalikan kes ini
pelajar tersebut di iringkan bagi membenarkan segala mungkin keluar dari mulutnya
dan badannya diurut2
dikipaskan dengan buku yang kucapai walaupun kipas laju berputar diatas kepala
mak pelajar di panggil dengan segera
ambulance juga di hubungi
kesempatan menunggu ambulance tiba
kami mengurut2 badan dan tangannya bagi membenarkan darah mengalir
kesian juga aku lihat pelajar tersebut walaupun dia banyak spoil kan kelas aku
memang panik dibuatnya


beberapa minit kemudian ambulance tiba
kami beramai2 mengangkat beliau ke ambulance
walaupun hujan lebat
aku ingin mengucapkan trimas buat cikgu yang membantu mengangkat ke ambulance walaupun bukan dari PK
tak lupa juga kepada cikguRosni yang beri tunjuk ajar kendalian kes
dan yang membantu secara tidak langsung
semoga pelajar itu sihat semula



cikgumizi: Rosni, ayam ungkep kuning jangan dilupakan. siap promote name ko lagi dalam blog aku, bukan senang tu.. hihi..

Sunday, September 26, 2010

Selamat Pengantin B@ru


aku ucapkan selamat pengantin baru
buat teman serumahku Saifuddin
yang telah melangsungkan majlisnya pada 25/09/2010
aku dilantik menjadi cameraman (akad nikah) and photographer(sanding)
berbekalkan pengalaman yang tak seberapa dalam hal photography
janji pix okey..!!
~~haha~~

penat dan memenatkan sepanjang minggu ini
jumaat malam sabtu majlis akad nikah berlangsung
teman sebilikku menjadi pengapit
dan aku menjadi penyempit
~~haha~~
aku merakamkan acara sepanjang majlis
dengan sekali lafaz termeterai ikatan suci
berjam lamanya hati gementar
tok kadi pun tak banyak soal
memang sempoi
lepas akad kkami makan santapan
nasi berlaukkan daging+kambing+ayam+sup tulang
perghhh.. memang mantop...

kami bersurai jam 12++
esok pagi ade LDP+meeting Panitia
selesai meeting pada 1215
kami bergegas pulang untuk mempersiapkan diri untuk majlis persandingan
camera ok bateri ok sunglasses ok aku OK..!!!

kami disambut dengan Barongan dan juga kuda kepang
1st time aku tengok barongan live
wajahnya menakutkan sehingga kanak2 takut
~~haha~~
seperti biasa la kalau dah kat johor
tol tidak akan dilupai
banyak juga a tolnye
kalah tol kat KL










cuaca yang panas tidak dihiraukan para tetamu untuk menghadiri majlis
awek pun ramai
teringin gak nak ngorat
~~haha~~
selepas bersanding--> makan beradab-->photography session
majlis selesai jam 1730
datang 4 orang 1 keta
dan kami pulang 3 orang
penat menyelubungi badan
ermmm...

cikgumizi: esok nak raye umah kat umah cikguRosni di Pontian.. busy mengalahkan YB minggu ni...

Friday, September 24, 2010

Marhaban Ya Marhaban


3Hari berturut2 kelas PK SMYP Marhaban
isnain+thalasa+arrobi'
tapi pada hari isnin adanya jamuan dari guru2 PK
walaupun tak bayar lagi duit
~~haha~~

memang kenyang sesangat sepanjang minggu ini
raya sakan la orang cakap
tapi yang paling seronok tika kami marhaban di rumah pelajar
seronok melihat karenah mereka melayan kengkawan
makanan berat2 semua
sehari 6 rumah
mau pengsan dibuatnyer
sebab kekenyangan melampau

dari celah estet sampai ke rumah taman kami susuri
keretaku dah macam kereta rally rasenye
kalah Karamjit Singh
~~haha~~

ini di antara menu2 yang disediakan pada marhaban tahun ini
Lontong, Lontong kering, mee bandung, roti jala, frozen food, kuih-muih, bihun goreng
nasi lemak ayam dan macam2 lagi
kalau tak caye
cube try test tengok pix kat bawah ni









cikgumizi: malam ni majlis pernikahan housemate dan sekaligus menjadi ahli rombongan, moga2 berjalan dengan lancar..

Wednesday, September 22, 2010

Tidak Kusangka

dah 2 hari aku tak dapat update selamat pagi cikgu
disebabkan serangan malware
siot je
abes mood aku nak cerita pasal raya dan cuti sekolah
damn...

tapi perkara yang menarik sepanjang musim raya tahun ni
aku terserempak dengan beruang hitam bersama anaknya
sedang melintas jalan
terkejut diriku ini
cam tengok national geography lak
hal ini disebabkan keceluparan mulut makcik ku semasa perjalanan ke gedangsar, Tg malim
"kat hutan tebal ni takde binatang buas ke..??" pertanyaan makcikku
~haha~

tapi difahamkan kawasan itu memang keras
kebiasaannya terserempak Si Belang dan juga Si Hyppo

kejadian ini terjadi kepada sedara aku di Gedangsar
dimana jam 0100 beliau melalui jalan disitu
perjalanan terganggu disebabkan perarakan kahwin di jalan itu
tanpa mengesyaki apa2
beliau mengekori dobelakang kumpulan perarakan tersebut
sebaik saje perarakan memasuki halaman rumah mereka
beliau memecut terus ke rumahnya
sebaik tiba dirumah baru tersedar dari lamunan khayalan
untuk pengetahuan disitu memang tiada rumah ataupun perkampungan
yang ada hanya hutan tebal dan juga hidupan liar
seram juga aku dengar walau[pun disiang hari
kerna kami akan melalui jalan itu untuk pulang ke Sabak Bernam
seram kan.. errrr....~~

sepanjang cuti hari raya ini
aku telah merangka beberapa plan
walaupun dalam peringkat perancangan
aku rasa itu adalah yang terbaik untukku dan masa depanku
aku ingin selesaikan beberapa perkara dulu
sebelum aku beralih ke perkara yang lain
wish me luck~~

cikgumizi: ingin post sesuatu yang menarik untuk next entry

Wednesday, September 1, 2010

z.a.k.a.t.f.i.t.r.a.h


aku nak story sikit je entry ni
pasal zakat
~~hihi~~

tahun ni 1st time aku bayar zakat
aku bayar di masjid Yong Peng
RM7.50 dengan sekali lafaz
macam akad nikah la plak
kalau camni lulus a aku nanti
~~haha~~

"ini adalah wang zakat berjumlah RM7.50 sebagai ganti bagi beras
untuk fitrah ku pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"


cikgumizi:nak upload resit tapi cam menunjuk jer kan.. haha..