Followers

Wednesday, July 28, 2010

Semarak Islam PK BP 2010


aku ingin menulis sementara ia masih segar dalam ingatan
segala perkara yang berlaku
kemanisan dan juga kurang kemanisan
kejayaan yang memberangsangkan
walaupun tidak sesempurna seperti dirancang

venue pertandingan adalah di STI(SMK Tun Ismail)
pertandingan yang di jalankan
Khat, bercerita kisah nabi, tilawah al-Quran, azan, hafazan dan juga nasyid
acara utama sebenarnya adalah nasyid
kerna seminggu direct para pelajar dipaksa untuk berlatih
daripada tidak pandai bermain alat muzik sehingga pandai berzapin
daripada tidak tahu menyanyi sehingga pandai berdondang sayang
hehe

pencapaian pada program semarak islam tahun ini
nasyid--> 2nd
khat-->1st
tilawah-->1st
hafazan-->2nd

tahniah kepada semua pemenang
dan peserta yang beri komitmen dalam pertandingan ini








walaupun bukan semua acara berjaya digondolkan kami
tetapi berpuas hati juga la kan
tahun depan kami akan buat lebih baik dari tahun ni
STI(Johan nasyid) watch out..!!

cikgumizi:video akan diupload kemudian..

Monday, July 19, 2010

Misteri Nusantara


lumpuh segala aktiviti dan PnP di Kelas Pendidikan Khas
bermula di awal pagi jam 8 pagi
seorang demi seorang pelajarku dikuasai oleh jin
jin dari Tg Laboh
aduhaii..

bermula dengan ketawa dan tangisan
membuatkan diriku dipanggil untuk memberi bantuan
kudrat 2 orang guru lelaki tidak mampu menahan tenaga seorang pelajar
plus Jinnun
sambil ayat2 suci alQuran bergema di seluruh kelas
kubisikkan ayatulkursi+3Qul+alfatihah di telinga pelajar tersebut (dipanggil:A)
meronta kepanasan untuk melepaskan diri
ku berdua(aku+faris) menahan dari bangun
hampir 2jam situasi ini berlaku

sedangku mengawal pelajar tersebut
terdapat seorang lagi pelajar yang dirasuki di bilik sebelah (dipanggil:B)
diberi air bacaan yassin untuk minuman
tetapi berdegil tidak mahu
sempatku berbicara dengan makhluk itu

"mahu pergi ke pokok jambu dipadang, mahu jumpa kawan, sudah lama kawan tunggu" kata B

ohh.. tidak, tidak akan diizinkan pergi
bertahanlah kami menahan B dari keluar kelas
sedang Penyelarasku pergi minta bantuan dari seorang imam
imam tidak dapat hadir kerna uzur
air bacaan yassin yang dikirimkan

masih tidak mahu minum
alternatif terakhir
berjumpa dengan seorang yang mempunyai ilmu dalam hal ini
kami kerumahnya
diselesaikan satu persatu dengan jayanya
berdebar sungguh kerna ini kali pertama aku melihatnya secara langsung

sedang berubat di rumahnya
rakan sejawatku menelefon mengatakan terdapat 3orang lagi pelajar yang baru terkena
aduhai.. berjangkit la plak..

kes1: sedang C sedang kencing, dia ternampak kelibat neneknya yang dah meninggal.. menggelupur dia minta tolong. FYI, C pakai Wheelchair

kes2: D ditanya oleh guru sama ada dia nampak sesuatu kerna perubahan yang ketara. katanya dia nampak kelibat diatas almari buku didalam kelas sambil menunjukkan jarinya kesitu. berderau guru tersebut

kes3: E seperti dikuasai sesuatu, bercakap sendirian tetapi masalah D kadang2 dia berada didunia sendiri seperti skirzofrenia. masih dalam perhatian.

F ternampak 2kelibat hitam di batu ini

ternampak cahaya dan lembaga tersebut ingin memberi sesuatu tetapi ditolak


B ternampak 5 makhluk berbulu+seorang nenek+seorang wanita cantik memanggil kerumahnya di tangki air di kawasan ini.

cikgumizi: pengalaman pertama mengalami kes2 seperti ini, memang perlu belajar ilmu2 sedemikian sebagai kecemasan. rasanya ini camping first and last dorang.

Friday, July 16, 2010

Camping de' Tg Laboh


selesai sudah aktiviti camping di Tg Laboh
keseronokkan dalam kepenatan
macam2 perangai dan ragam dapat disaksikan
ada yang menangis, kenampakan entiti, semput
haha

tapi alhamdulillah semuanya selamat
tiada yang cedera apatah lagi kehilangan
ermm...
kalau boleh aku nak upload semua gambar
tapi beratus lak
mau 3 purnama tak siap gak
haha

D-day
ice breaking>>LDK>>Sayang si Buta>>Obstacle>>paperart>>roti lilit

D-day+1
ikatan>>Tasik beracun>>Kembara>>

D-day+2
X-plorace>>majlis penutup








Cikgumizi: xdapat nak upload smue gmbr.. hihi..