Followers

Sunday, April 25, 2010

25041956


susunan nombor yang tertera di title entry pada kali ini
ialah tarikh istimewa buat bondaku
tahun ini aku tidak dapat menyambutnya kerana diriku ini berada di Yong Peng
manakala bondaku berada di KL

next week aku bercadang pulang ke KL dan meyambutnya
bagi seorang ibu, tiada hadiah yang terbaik selain ucapan dari anak2nya
aku sungguh bertuah memiliki bonda yang terbaik
walaupun tidak mempunyai pelajaran yang tinggi


beliau mementingkan pendidikan anak2nya
dan kini anak2nya sudah berjaya menjadi manusia yang berguna
dalam ketegasan mempunyai kasih sayang
bukan kemewahan yang diterapkan
tetapi asas dalam kehidupan
ilmu, ilmu, dan ilmu
sama ada duaniwi atau ukhrawi
sama2 diterapkan dalam jiwa
pengorbananmu bonda akan kubalas

Semakin hari berubah semakin hatiku resah
Dapatkah aku membalas segala pengorbananmu?
Selagi jasad ini bernyawa
aku akan berbakti kepadamu
aku sayangmu bondaku
Hasmah bte Ismail
doaku buat bonda
sentiasa di mulutku..

status: merinduimu ibu

Thursday, April 22, 2010

Pra-perkhemahan

Dengan in saya guru pendidikan khas dengan ini melaporkan
aktiviti yang telah dijalankan pada 21042010 yakni hari rabu.
Pendidikan Khas(PK) SMYP telah mengadakan pra-perkhemahan bagi persiapan untuk perkhemahan diluar sekolah.
Lokasinya dibelakang sekolah SMYP
sungguhpun amat memalukan membuat perkhemahan dibelakang sekolah
(jika aku zaman belajar dudlu),
tetapi ia amat mengenjoykan
memprovoke kelas2 normal dengan menhantar asap2 ke kelas
~~haha~~

Aku selaku ketua komandan (perlantikan on da spot) telah memberi tunjuk ajar pemasangan khemah dan juga resepi2 yang akan dimasak pada hari itu.
Resepinya nasi buluh, sardin, ubi kayu, ikan kering dan juga jagung bakar
meleleh air liur pelajar2 normal membaunya
padan muka dorang
sape suruh tanak masuk PK
~~gelak evil~~

Memang memenatkan dengan mentari yang memancarkan vitamin D
Bila bercakap, mulut mengeluarkan asap (bukan kerna sejuk, tetapi dek kerna kayu api)
Aku sebagai kem komandan perlu menunjukkan semangat yang kental
bagi me"moral up"kan anak2 buahku
~~hehe~~

ini ada beberapa sedutan yang sempat dirakamkan semasa aktiviti dijalankan







Hari ini telah diadakan tayangan perdana bagi aktiviti semalam
kegembiraan kanak2 riang ini terpancar dengan melihat telatah sendiri yang dirakam
memang seronok menikmati bersama
~~lalala~~
status: rumah dicerobohi olehbinatang yang bernama katak si katak lompat, kegelian untuk menangkapnya sambil menjerit2.. hihi..

Friday, April 16, 2010

Tournament Boling Pendidikan Khas


semalam 15hb April 2010
telah diadakan perlawanan boling peringkat batu terpahat
kontinjen SMYP telah menghantar 6 orang peserta bagi merebut piala yang dipertandingkan
perlawanan memang sengit disebabkan masing2 menunjukkan ketereran
aku selaku Coach berpengalaman dalam boling ini tidak sia2 mencurahkan ilmu kepada pemain
berbagai tips dan skill ku curahkan
bak kata pepatah manakan tumpah kuah kalau tak ke nasi
~ketawa~

perlawanan bermula pada jam 10 pagi
tanpa melengahkan masa
aku memberi sedikit semangat dan juga nasihat kepada pemain
tidak gentar dan gusar berada di medan perlawanan
memang semangat yang membara diwaktu itu
SMYP menghantar 4 orang peserta bagi kategori slow learner dan 2 orang syndrom down

balingan pertama -----> longkang
balingan kedua -----> longkang
balingan ketiga -----> longkang

ayoyo..
apa sudah jadi ni..??
sambil di gelakkan oleh kontinjen sekolah lain
aku menebalkan muka aku ni dengan memberi nasihat demi nasihat tanpa malu

balingan kelapan -----> 5 pin jatuh
balingan kesembilan -----> 6 pin jatuh
balingan terakhir -----> 9 pin jatuh

aduss...
keputusan perlawanan semestilah SMYP kalah teruk...
~ketawa~

tu la, sapa suruh tak buat pulut kuning dan ayam golek sebagai simbol tamat belajar
kan dah kalah..
ishh3.. sapa la gerangan guru mereka ini...
~kihkihkih~~

status: ketensenan kerna esok ade kursus yang wajib dihadiri. gambar akan diup kemudian kerna cikgumizi meminjam kamera orang lain, belum menyedut lagi..

Friday, April 9, 2010

Teringat Zaman Darurat Komunis


Hari ini sungguh menakutkan kerna pihak komunis menyergah aku dirumah sewa
berbasikal sambil menyanyikan lagu can mali can dan rasa sayang hey
sungguh menakutkan hingga menyorok dibelakang tabir
diam tak terkata ditakuti disedari oleh beliau
~ketawa~

pihak komunis yang ku maksudkan ialah pelajar ku sendiri
tidak ku sangka berjaya juga mereka mencari rumah sewaku
tidak.. tidak akan ku munculkan diriku dikhalayak mereka di sebalik tempat tinggalku
bukan bermakna aku tidak prihatin
tetapi jika aku menyerah diri
bermakna aku akan merana dikemudian hari
faham maksudku..??

mereka akan sentiasa menziarah aku walaupun aku sihat
mengganggu hari tenangku
segala rahsiaku
~ketawa~

nampak gayanya aku perlu bernomad kembali
menjadi golongan hippies dizaman moden
merantau menaiki caravan bagi mengelakkan sergahan askar komunis
~GELAK BESAR~

askar komunis sedang korek hidung, itulah gerangannya

lepas sudah hari bertugasku selama seminggu
menjadi pak guard di pintu besar sekolah
desas desus yang kudengari kuketahui diriku telah diumpat
dikatakan aku tidak senyum semasa bertugas
geli hati sungguh
perlu ke aku sentiasa senyum semasa bertugas..??
yakin ke aku tidak senyum..??
bagaimana aku mahu senyum jika mereka ini tidak pandangku..??
pelik tapi memang benar
itulah masalah yang kuhadapi dari dulu
agaknya aku perlu berlatih senyum
melebarkan lagi senyumanku sehingga sampi ke telinga
~ketawa~

sesiapa yang ada tips untuk memaniskan senyuman
sila hubungi aku
ajar diriku cara senyuman yang boleh dinilai
status: kemalasan untuk menghadiri sidang LDP esok hari, tidak sabar untuk cuti panjang